Thursday, July 27, 2017

Resepi Sotong Sumbat Telur Goreng


Assalamualaikum, hye! ;)


Sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan, sayangkan blog OMG husna! tak ber-update empat bulan. Ya tuhann, tak taw lah apa ke baloq liat sangat nak update blog. 😣

Sementara nak kutip mood tu balik, mencari kekuatan kudrat yang masih bersisa, husna mulakan dengan entri simple ni dahulu..

sotong_sumbat

Resepi Sotong Sumbat Telur Goreng ni husna buat waktu berbuka puasa hari tu, dek terpengaruh dengan Kak Noli, salah sorang kakitangan pengurusan kat tempat husna intern dulu. Gigih bonar laa lepas sahur tak tido risau kang terlajak nak pergi pasar basah. Nak cari sotong saiz besar gedabak centu memang tak dapat laa kalau kat kedai runcit biasa.. 

Resepi asal ada dua jenis; 1) Sotong Sumbat Telur Masin Goreng &, 2) Sambal Sotong Sumbat Telur. Memandangkan husna nak sotong goreng tapi tak nak sumbat telur masin sebab tak makan telur kuning, makanya Sotong Sumbat Telur Goreng jelaa. ngehehehehe..

Bahan-bahan:
- 4 ekor sotong bersaiz besar
- 5 ekor udang besar **dicincang
- daun bawang & daun sup **
- cili merah **
- bawang besar **
- 3 biji telur

Cara-caranya:

sotong_sumbat

1. Bersihkan sotong. Kemudian siapkan bahan-bahan inti sumbat; 1) udang dan bawang besar dicincang kasar, 2) cabai merah, daun sup daun bawang dipotong kecil. Bawang besar tu husna cincang guna khidmat cik Manual Chopper Tefal je senang cerita. 

Terima kasih Lazada! 😘

2. Ambil kuali tumis bawang sehingga garing, masukkan kesemua bahan-bahan cincang tadi, goreng sekejap lepas tu pecahkan telur buat macam telur hancur. Kemudian perasakan sikit dengan garam atau lada ikut sedap tekak memasing. Kalau nak pedas boleh juga letak cabai melaka.

Siap dan sejukkan sebelum kita mulakan proses menyumbat. 😁

sotong_sumbat

3. Seterusnya sumbat dan padatkan sotong-sotong tu, tapi jangan sampai meletup perut kawan tu sudah laa. Bahan inti sumbat yang husna buat tu ngam-ngam untuk empat ekor sotong. Kemudian rapikan dan tutup dengan kepala sotong. 

Yang bahagian mencucuk tu husna mintak mama yang tolong buatkan sebab prosesnya memerlukan kepakaran dan kekuatan lain macam, silap cara tercucuk jari kang terus menyesal tak nak buat dah. Kahkahkah!

sotong_sumbat

4. Dah selesai, panaskan minyak menggoreng. Sementara tu mandi dan lumurkan sotong-sotong tersebut dalam tepung menggoreng. 

Pedulikan kerja anak dara cemerkap, tumpah bersepah habeh..

Patutnya guna Tepung Bestari untuk rasa lebih umphh gituu tapi sebab kesuntukan masa mencari kita bantai jelaa tepung goreng yang mana ada. Susah betul!

sotong_sumbat

Selesai menggoreng dan siap sedia dihidang bersama nasi putih ataupun nak potong kecik-kecik cicah sos pon sedapp! 😋


Till then! See ya~ 

21 comments:

  1. Ouch! Laparnyee tengokkk sotong sumbat ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi dah kenyang pon boleh jd lapar kan..>_<

      Delete
  2. silaaaa buat laaagi nak sikit..!! kalo kat Korea ni depa sumbat ngan nasik goreng.. then potong.. celup dlm telur and goreng lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya allah yakaa kak?? bunyi pon mcm sodapp je.. tp tu laa sotong pon mahal sgt.. hahahaha..

      Delete
  3. sedapnyaaa husna !! kak nina tgk pun terliur dh rajin anak dara ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab teringin sama ni kak itu yg buat jugak.. hihihi..

      Delete
  4. nampak menarik dan akak sudah tertarik..nanti boleh cuba buat

    ReplyDelete
  5. wow menarik ni
    montok2 gebu2 sotong husna..nti k.el try

    ReplyDelete
    Replies
    1. gigih taw pergi pasar pagi.. hahahaa..
      cuba kak el, jgn tak cuba..

      Delete
  6. Sedapnya..makan dengan nasi putih panas-panas pun dah cukup menyelerakan.

    ReplyDelete

Copyright © 2017 husnazahidi
| Distributed By Gooyaabi Templates