Wednesday, February 01, 2017

Celebrate Birthday Mama & Keputusan PT3 Adik



Assalamualaikum w.b.t..


Celebrate Birthday Mama & Result PT3 Adik | Salam 1 Februari, Salam 20 sen.. husna tengah ada mood nak keluarkan cerita-cerita lama ni ekekekke, harap yang membaca juga bertabah..

Birthday mama husna 18 Disember, sebulan dah pon berlalu dan semua sedia maklum bahawa keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pon keluar pada keesokkan harinya, 19 Disember 2016.. syukur Alhamdulillah adik husna dapat keputusan yang cemerlang, 8A2B.. rasa macam tak percaya, sebab dya ni boleh tahan kaki tidor dalam kelas jugak sampaikan cikgu-cikgu pon kerap mengadu..

Subjek Bahasa Inggeris dapat kepujian (B), entah perangai apa sejak dari zaman husna sekolah lagi, keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) kitaorang, bila subjek Bahasa Inggeris je mesti dapat B.. mungkin sebab bukan keturunan mat salleh kot cuma anak cucu Tok Salleh je, ekekekke..

Lepas dapat taw keputusan, semua pon pakat tanya adik nak sambut makan-makan kat mana, mulanya dya cakap nak makan Dominos Pizza sebab dya ada banyak kupon, lagipon banyak hari dah dok berzikir nak tebus kupon Dominos Pizza tu.. tapi husna macam tak berkenan sikit disebabkan banyak benda bezanya dengan Pizza Hut Malaysia, jadinya husna cadang pergi makan Pizza Hut je..

Pizza Hut Village Mall

Pizza Hut Village Mall

Hujung minggu 24 haribulan adik-adik husna semua ada kat rumah, abah cuti, husna pon dah masuk minggu study week, alang-alang nak pergi Sungai Petani tu pergi angkut sekali segala barang-barang husna di rumah sewa Sungai Petani, selesai punggah masuk kereta terus ke Village Mall singgah makan Pizza Hut..

Pizza Hut Village Mall

Alhamdulillah rezeki sebulan sekali dapat makan besar macam ni, kalau setiap minggu jenuh botak kepala, cukur bulu ketiak nak bayar.. ekekkeke.. 

Pizza Hut Village Mall
adik husna yang ni jenis susah nak ajak bergambar.. 
Pizza Hut Village Mall

Walaupun ramai yang berpendapat Dominos ni murah sedikit berbanding Pizza Hut tapi Dominos tak dak apa yang Pizza Hut ada, macam sos cili, roti pizza tebal topping tak kering, set keluarga yang dah tak perlu nak add on benda lain.. senang cerita makan Pizza Hut lagi puas hati dan kenyang lah ekekkeke.. tapi itu pendapat husna, sebab citarasa masing-masing tak sama kan..



Till then! See ya~

23 comments:

  1. yes agreed wit u.
    pizza hut still terbaik antara dua tu.
    aida kalu just suka2 nak makan pizza kat umah, order dominos.
    but kalau ada masa, nak bebetul makan pizza yg sedap, is pizza hut la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul! kalau sesaja teringin tu boleh laa nak makan Dominos tapi kalau nak kenyang kena cari Pizza Hut jugak..:)

      Delete
  2. Happy birthday mama.
    Tapi birthday yg keberapa ye?

    ReplyDelete
  3. pizza hut takda apa yang dominos ada. cthnya popcorn cicken tu. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi mesti penggemar dominos nih.. tahun lepas rajin gak husna check in dominos.. :)

      Delete
  4. kadang2 rasa tekak nak makan Pizza Hut. Kadang2 tu teringin Dominos plak. Dua2 pun beza pizanya. Dan dua2 pun sedap bagi Ain.

    ReplyDelete
  5. kan domino ada kupon banyak. Syeeda pon ada.hii

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu yg best dgn dominos nih.. kalau ada promosi, diorang akan sent mcg.. bagus betul..:D

      Delete
  6. Happy Birthday mama husna and tahniah kepada adik tu hehe. wah sedapnya pizza! btw saya singgah sini dan follow sekali ya. Jemput melawat blog saya jika berkelapangan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih syed! kejap lg husna singgah lawat kawasan ye..:)

      Delete
  7. Happy Birthday to your mom & congratulations utk adik Husna 😄 sy pilih Pizza Hut, bukan sbb rasa tapi harga murah time promo 😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah masa pizza hut tengah promo pon syok jugak..

      btw terima kasih ye..:)

      Delete
  8. Wah wah makan Dominos pulak. Happy Belated Birthday to your mom :)

    ReplyDelete
  9. selalu dominos beli utk t/way yer,
    pizza hut klau mkn situ..hihi

    ReplyDelete

Copyright © 2017 husnazahidi
| Distributed By Gooyaabi Templates