Wednesday, August 24, 2016

Aktiviti Hujung Minggu Berbasikal Sekitar Georgetown


Assalamualaikum w.b.t..


Aktiviti Hujung Minggu Berbasikal Sekitar Georgetown | selamat petang! tetiba ada mood nak sambung semula cerita husna dan kengkawan pergi Penang hari tu.. 

al kisah nak sangat bercuti sebelum memasing terpisah antara jasad dan pandangan kan, diorang rancang nak pergi Langkawi, tapi husna ni kalau tak rancang awal, bab bajet memang macam buih-buih putih di lautan laa.. hahaha.. jadi untuk cut the cost kawan cadang pergi Penang je, semua pon setuju!

awal pagi lagi husna dah siap, sapa yang tak semangat kan kalau bab-bab macam ni.. hihihi.. dalam pukul 9 husna bertolak ke rumah kawan husna si Chah di Simpang Ampat, sementara menunggu Nurul dari Taiping ambek kami untuk ke Terminal Feri Butterworth.. Ummi, Jiha, Eera dan Azie, diorang gerak terus je ke sana sebab Azie dan Jiha tido rumah Ummi.. Eera plak, rumah dya dekat je dengan rumah Ummi.. lebih kurang pukul 11 pagi kami naik feri, mujur tak kena tunggu lama, kalau tak mesti bosan dalam kereta.. 


dah naik feri tu apa lagi, saat untuk bersuka ria laa.. hihihi tak sempat pintu gate feri tutup kitaorang dah keluar kereta ke bahagian hadapan feri.. selalu asyik tengok orang lain je berhuha-huha dengan kengkawan diorang, selfie sana, selfie sini kan.. kali nih giliran husna plak dengan kengkawan muahahaha.. kalau dulu sorang dua rasa segan, ni dah ramai kira segan pon hilang terbang habis.. ekekkeke.. 


sampai je jeti terus waze cari Phantamania, Penang.. satu lagi terikan yang terbaru terdapat di Penang.. tak jauh pon dari Terminal Feri, cuma kitaorang je salah masuk jalan lepas tu nak kena pusing balik, pepaham jelaa, segelintir orang malas masuk Penang sebab masalah macam ni lah.. :D

seperti yang husna ceritakan sebelum nih, lepas dah sesat sekejap, kami dicadangkan untuk guna kawasan parking berbayar, sehari RM5.. lepas tu terus terus sewa basikal dengan uncle yang sama jugak.. 

dengan uncle tu, sewa sebiji basikal hanya RM8 sahaja.. kalau yang basikal duet/pair tu, sebiji RM18, kira sorang jatuh RM9 laa.. mulanya macam nak sewa basikal duet/pair tu tapi bila uncle tu cerita serba sikit macam mana nak guna, terus rasa macam susah laa pulak memandangkan jalan kat situ bukan semedang lurus je.. jadi husna dan empat lagi kawan sewa basikal biasa, Ummi dan Jiha sewa basikal pair tu sebab Jiha dah lama tak berbasikal, jadi dya sedikit kekok.. hihiihi..


waktu ni uncle tengah ajar Ummi dan Jiha cara nak guna basikal pair.. nak seimbang dan kayuh sesama tu je masalahnya.. diorang nih nampak je macam kekok, tapi dah di jalan lepas tu bukan main laju.. kudrat dua ketul manusia lah katakan.. sakan betei! =.=

uncle jadi mangsa untuk ambekkan gambar kami.. hihihi..
destinasi kami yang pertama, mesti lah Phantamania.. yang mana tak baca lagi cerita husna hari tu boleh rujuk entry Phantamania Penang : Trust No One, Just Have Fun!

lebih kurang sejam lebih kami kat dalam dengan pelbagai aksi yang berjaya dirakamkan sehinggakan betri fon memasing merah sakan.. hahaha.. keluar je terus cari Masjid Kapitan Keling.. dalam perjalanan sempat lah jumpa beberapa ketul lukisan Street Art.. 


kami tak jumpa banyak pon, yang mana sempat kami nampak, situ jelaa kami berenti.. 


agaknya diorang nih nak pergi mana lah ye.. tak perasan kot ada sekoq kat belakang tuh.. hahaha..

lepas solat kat Masjid Kapitan Keling, terus memburu untuk makan pulak.. perut memasing dah bergendang tahap dewa, mana tak nya dah pukul 3 lebih kot tak makan lagi.. hahahaha.. lepas dibincang-bincang, kami makan KFC je kat Komtar.. gigih kayuh sampai ke sana.. 

ye kami pergi Penang makan KFC okay!

hahaha.. orang lain sibuk nak mai Penang sebab nak makan nasi kandar, kami plak sibuk nak makan KFC.. jujur husna cakap, memang fokus husna mai Penang nanti pekena nasik kandaq tak kisah lah yang mana pon tapi disebabkan salah sorang kawan husna, identiti dirahsiakan, tak maw makan nasi kandar terpaksa lah kami akur.. hahahahah.. itu lah namanya bukan rezeki.. alasan untuk datang Penang lagi mungkin! ekekekke..



Till then! See ya~

Saturday, August 06, 2016

Memburu Kerabu Maggi di Thai Food Festival, Kulim


Assalamualaikum w.b.t..


Memburu Kerabu Maggi di Thai Food Festival, Dataran Sejahtera, Kulim | kembali bersiaran! ekekekke.. bagai orang mengantuk disorongkan bantal.. bagai orang lapar disuakan nah! segedebuk makanan jatuh dari langit.. tak sebenarnya nak cakap yang husna lama dah nak sangat ke Festival Makanan Thai nih sebabnya saja gedik nak habiskan duit, boleh centu! hihihi.. 

umum mengetahui yang baru-baru ni riuh sana sini bercakap soal kerabu maggi, sampaikan ada yang dah jadikan ianya sebagai makanan kegemaran.. tapi husna plak masih terkulat-kulat menyoal sedap sangat ke kerabu maggi tu.. hahaha.. kalau nak buat sendiri ketahuilah anda bahawa kerabu maggi tersebut hanya sesuai dan sedap dimasak menggunakan maggi mereka, jadi dah sah-sah laa kalau buat guna maggi yang kat malaysia ni nanti tak sedap.. 

kebetulan muncul pulak Pesta Makanan Thai bermula di Perlis, kemudian Alor Star dan kini seterusnya di Dataran Sejahtera, Kulim.. tak dinafikan Festival Makanan Thai kini telah mendapat sambutan yang luar biasa oleh masyarakat kita hari ni, erm memang laa nama pon pasal makanan.. ekekekkke.. dapat je taw pasal pesta ni, terus dua orang ahli sejambak, Ummi dan Chah, whatsapp trutt! truttt! nak ajak date hihihi.. 


haa kalau nak taw maggi nih laa yang husna maksudkan tadi.. ntah apa nama tah maggi nih.. menurut salah sorang kawan blogger husna, dya sanggup beli sekotak besar maggi ni untuk buat stok kat rumah.. kat mana lagi kalau bukan melalui insta shop online, bukak je hashtag kerabu maggi, bersepah orang jual maggi sahaja.. cuma kena pandai banding harga jelaa.. hurm dasat fenomena kerabu maggi ni ye..  

husna dan mama ke Thai Food Festival ni sebab nak memburu kerabu maggi je, yang lain tu tak berapa hadap sangat.. sampai je sana sementara menunggu kengkawan husna tu sampai, sempat laa cuci mata ter-cuci purse sekalik! ekekkke.. 


Kerabu Maggi

Taraaaaa! ini laa rupa kerabu maggi seafood husna.. sepinggan RM6, husna pilih yang biasa saja.. kalau yang special sikit ada isi kaki ayam tapi husna cakap awal lagi kat brader tu tak maw letak kaki ayam tu, husna tak makan.. 

Apa Rasa Kerabu Maggi??

sedapp! serius sedap, rasa masam-masam dan pedas, sangat pedas! makan bergilir-gilir dengan mama pon husna rasa tak cukup untuk menenangkan husna.. huuhuhu.. harga berbaloi laa dengan kuantiti dan kualiti yang husna dapat.. untuk yang tak pernah rasa, husna sarankan cubalah.. :)



habis je sepinggan kerabu maggi tu, perut macam ada ruang lagi boleh diisi, apa lagi teruskan aktiviti memburu laa.. datang Thai Food Festival kalau tak pekena Green Tea diorang memang tak sah.. kali pertama husna minum masa trip ke Hatyai, Thailand dulu.. diorang buat memang pekat elok tak macam orang kita kat sini, kadang beli ada yang tak rasa teh pon, rasa manis susu je banyak.. 

lepas tu cakap kat mama rasa macam nak cuba nasi kerabu diorang.. husna pon beratur beli, gerai yang sama husna beli air tadi.. 


waktu pakcik nih tengah serius kacau/gaul nasi kerabu tu, husna hairan bin pelik terus! kebiasaannya nasi kerabu dijual tak digaul pon, dijual centu jer.. bila dah dapat, dah bayar lagi tambah darjah kehairanan husna.. hahaha..


husna bayang nasi kerabu macam selalu tu, nasi, sayur taugeh dan bahan-bahan lain tak digaul sekali macam nih.. lepas tu sepatutnya pelengkap dya ada ikan goreng, solok lada, telur masin atau keropok tapi lain pulak yang husna terima.. huhuhu.. jangan tak tahu, husna peminat setia nasi kerabu taw.. heeeee~

rupanya ada cerita disebaliknya.. tak berapa cukup kepastian tapi mama husna cerita, nasi kerabu orang thailand sama macam nasi ulam kita.. lagipon rasanya memang tak sama langsung dari rasa nasi kerabu yang biasa dijual.. kurang sedap! diorang ada letak sesuatu macam chicken floss dalam tu buatkan nasi ni rasa manis.. harga sepinggan RM5, makan tak habis.. 


Pulut Ayam | yang ini bungkus bawak balik ke abah dan adik husna.. kot laa nak rasa makanan orang thai.. balik rumah abah mengadu pulut dya kering dan tak berlemak.. hahaha.. memang jenis pulut ayam sana macam tu laa bah! sebab tu pulut diorang tak cepat basi.. kawan husna, Ummi, minat sangat dengan pulut ayam nih, sampai je terus cari ini dulu.. sedap tak sedap?? bagi husna biasa je.. 



perut dah kenyang, masing-masing pon dah pusing satu kawasan, dah terkoyak purse, tibalah masa untuk beredar.. yeahh! ini laa rakan food hunting husna, Ummi dan Chah hihihi.. semoga bertemu lagi kawan! :*




Till then! See ya~ 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Blog ini merupakan blog peribadi perkongsian daripada penulis. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pengalaman atau pendapat peribadi, dan tidak melibatkan mana mana pihak kecuali dinyatakan sumber atau nama pemiliknya.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal, dan mungkin berbeza dengan individu lain. Penulis sama sekali tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen dan pendapat yang dilontarkan oleh para pembaca blog ini.

Terima Kasih.