Monday, June 27, 2016

Segmen Bloglist Azhafizah.com Julai & Ogos 2016


Assalamualaikum w.b.t


Bersiaran kembali untuk segmen rutin 2bulan sekali di blog Fiza. Kembali dengan Segmen Bloglist Azhafizah.com Julai & Ogos 2016. Ada yang tak sempat sertai bulan April yang lepas kan dan juga yang tak berpeluang masuk dalam bloglist blog Fiza. Kalau sudi, berminat dan nak memeriahkan segmen ni jemputlah sertai ramai-ramai ye. Segmen simple je. Cuma perlu buat entry dan copy & paste je. Pemilihan 10 blog melalui random.org.

Klik banner untuk sertai  Segmen Bloglist Azhafizah.com Julai & Ogos 2016

http://www.azhafizah.com/

TAMAT : 29 JUN 2016

Langkah Penyertaan Segmen
1. Buat entry bertajuk : Segmen Bloglist Azhafizah.com Julai & Ogos 2016
2. Copy coding dalam kotak bawah ni dan paste di ruangan HTML entry
3. Publish dan tinggalkan link entry dalam kotak komen di entry asal Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016 

  Terima kasih atas sokongan semua ^__^


Friday, June 24, 2016

Nikmat dan Keseronokan Buka Puasa Di Kampung


Assalamualaikum w.b.t..


Nikmat dan Keseronokan Buka Puasa Di Kampung | Salam 19 Ramadhan.. hari ni terasa nak mengimbau kenangan lagi, cerita pasal keseronokan berbuka di kampung masa arwah tok dan tokwan husna masih ada..

Apa yang husna masih ingat bila tiba je bulan Ramadhan, kalau di kampung sebelah abah husna, mesti nanti memasing semua pon sibuk nak tetapkan tarikh untuk balik berbuka reramai.. paling seronok paling meriah bila nak dekat berbuka je semua pakat duduk bersila kat bawah kerumun makanan kat ruang tengah dapur.. ramai gila, riuh dapur, nasib baik ruang dapur rumah arwah tok besar.. makanan pulak jangan cakap lah, rasa macam boleh bukak gerai.. hihihi.. ada yang masak sendiri, dan ada jugak yang dibeli..

Kalau di kampung sebelah mama pulak, jenis semua tak balik berbuka serentak sebab memasing rumah dekat je.. arwah tokwan dah lama tak dak sejak dari husna kecik lagi, lepas tu kalau balik yang ada cuma arwah tok.. husna nih dari kecik memang jenis tak memilih bila bab makan, arwah tok masak apa pon semua sebat.. orang balik kampung selalu kenyang, husna balik sentiasa lapar, =.=' arwah tok pulak sentiasa tahu, lepas tu sengaja biar atas meja bawah tudung saji ada lauk.. hahaha.. lepas habis berbuka je mesti ikut arwah tok pergi taraweh.. rindunyaaa kat arwah.. T_T


13 Ramadhan hari tu balik berbuka bersama dengan makcik, sepupu husna pon ada tengah bercuti sampai raya.. berbuka di kampung memang seronok! walaupun suasananya tak semeriah dulu tapi bagi husna seronok tu memang ada.. sebabnya adat makan beramai-ramai tu masih diwujudkan.. :D

pucuk kaduk, masak lemak cili api
Pucuk Kaduk Masak Lemak Cili Api..

Balik hari tu makcik ada buat pucuk kaduk masak lemak cili api, kalau tak silap husna itu kali pertama makcik buat, dan kali pertama jugak husna makan.. hahaha kebiasaannya husna makan berulam je pucuk kaduk nih.. baunya memang pahit tapi bila dah dicelur dengan air panas, rasa pahit tu dah kurang jadi boleh lah makan.. makcik ada cakap pucuk kaduk jugak boleh dibuat kerabu, eh! Ada jugak rupanya.. dapat pucuk kaduk nanti boleh laa cuba buat pulak.. :)




Till then! See ya~   

Wednesday, June 22, 2016

Kad Raya 2016 – Eintan Nurfuzie


Assalamualaikum w.b.t..


Kad Raya 2016 – Eintan Nurfuzie | bila tiba di pertengahan bulan Ramadhan je bermula laa tradisi utus kad raya.. sejak dari kecik lagi husna memang jenis yang berbalas kad raya.. bermula dengan sepupu sepapat.. teringat pulak dalam kad raya tu kami siap tempek duit 5 sen atau 10 sen.. konon duit raya, pastu pesan kalau nak lebih, raya nanti kena datang rumah.. padahal masa kekecik dulu mana ada duit lagi nak letak bebanyak, 5 sen dan 10 sen tu pon ntah mana rembat.. kihkihkih..

lepas tu masuk sekolah rendah dan sekolah menengah berbalas kad raya dengan kengkawan baik pulak.. sampai lah sekarang dah masuk universiti ni masih lagi hantar kad raya kat diorang.. itu pon tak semua sempat..

cuma bahagian yang tak seronok nya kalau masa sekolah dulu, kita kirim melalui pos, ada yang kirim dedepan je.. huhuhu.. lepas tu terkurang laa sikit nikmat teruja abang posmen singgah rumah nak hantar kad raya.. :( 

kemudian bila dah jadi blogger sambilan je nih, dapat kenal para blogger yang jejauh tu lagi laa seronok semua pon pakat nak utus kad raya.. hihihi.. bahagian paling seronok, bila diorang simpan lagi nama dan alamat kita lepas tu dok rotate setiap tahun.. tetiba je dah sampai depan rumah.. alahai.. terharu tak sudah.. T_T

untuk tahun nih, kad raya pertama datang daripada Eintan Nurfuzie - nurfuzie.com
terima kasih cik en! :*




Till then! See ya~   

Friday, June 10, 2016

Segmen Sally nak bagi Kad Raya 2016!


Assalamualaikum w.b.t



Mula - 6/6/2016 | Tamat - 26/6/2016




Giveaway Ramadan 2016 By NurAlja


Assalamualaikum w.b.t..



Giveaway Ramadan 2016 Oleh NurAlja adalah satu cara untuk mengenali blogger lain disamping merapatkan ukhwah terutama pada blogger baru. Jom meriahkan lagi Giveaway ni yang berlangsung dari 10-13 June 2016 sahaja..

Pendapat tentang Blog Alja: cantik dan kemas! =)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Blog ini merupakan blog peribadi perkongsian daripada penulis. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pengalaman atau pendapat peribadi, dan tidak melibatkan mana mana pihak kecuali dinyatakan sumber atau nama pemiliknya.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal, dan mungkin berbeza dengan individu lain. Penulis sama sekali tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen dan pendapat yang dilontarkan oleh para pembaca blog ini.

Terima Kasih.