Friday, May 06, 2016

Sambutan Hari Jadi Eera di Rose Cherry Bakery Café


Assalamualaikum w.b.t..


Sambutan Hari Jadi Eera di Rose Cherry Bakery Café | sambutan yang tak dirancang pon sebenarnya, hanya bermain di dalam kepala husna nih je.. sebab selalunya kalau jenis rancang kemain ada itu ini pung pang sana pung pang sini pada akhir nanti tak jadik pon, buat letih pikir je.. meluat taw!

Jadi kita biar kita je yang taw, lagipon jenis husna jugak, suka sesuatu yang surprise.. :D
dan Alhamdulillah plan menjadi..

Rabu, 27 hari bulan, minggu lepas, husna bagitaw Ummi nak sambut birthday Eera pada keesokan harinya, sebab esok tu hari jadi dya.. dan kebetulan Eera tumpang Ummi balik Permatang Ara sekali, senang sangat laa.. kengkawan yang lain pon husna dah inform, dan diorang setuju.. lama tak berkumpul makan sekali walaupun satu kos satu uitm, kes nya sebab memasing kelas dah asing-asing.. huhuhu..

Khamis, 28 hari bulan, sebelum kitaorang habis kelas Issue dengan Dr. J petang tu, Ummi dan Eera tak ambek Issue jadi mintak tolong Ummi dan Jiha (housemate Ummi) jap pergi ambek belon Helium dari sorang kakak nih kat Sg. Layar.. proses beli belon helium tu pon husna search insta pagi tu jugak.. muehihihi..

lepas habis kelas je sebelum semuanya beransur pulang ke kampung memasing untuk bercuti, Nurul dan Chah pergi ambek Eera kat rumah, Husna dan Azie gerak terus ke Rose Cherry Bakery Café, Laguna Merbok.. memandangkan Eera nih tak pandai nak berprasangka dya cuma diberitahu Ummi ada kerja dan nanti diorang akan berjumpa di Laguna, tu je.. hihihi..

bila dah sampai kafe baru taw.. hihihi :)

Happy 24th Birthday Nazeerah Anuar!
May all ur wishes come true, be good and we’ll always love you..XOXO..






Rose Cherry Bakery Cafe, Laguna Merbok.

dan mestilah dengan pertolongan dari kakitangan kafe tu jugak.. terima kasih banyak sebab ikut je kemahuan kitaorang dan tak usir kitaorang makan kat luar, dah tawu ramai nak jugak sesibuk gabung meja makan kat dalam.. erk air cond punya pasal weyh! :p



kat sini cakap sesiap pesen semua air kena letak gula sendiri.. kalau order air ber-susu pon kena jugak letak gula sebabnya air korang tu memang tawar walau warna dah mengancam habis.. hihihi jangan risau botol air gula memang datang sekali dengan air korang, rujuk gambar atas..

jom tengok apa yang kitaorang makan..:D


Nasi Putih with Mixed Vegetable Soup | RM5.90
yang atas nih husna punya, rasa macam lama sangat tak hirup sup sayur pepanas.. sedapp! sayur pon tak terlalu masak, dan masih ada rapuhnya, omputih cakap well cooked!.. 


Samosa | RM4.90

Meatball Spaghetti Bolognaise | RM11.90
 kuah bolognaise dya memang pedas mengancam! terasa hangat lada hitam.. 


Nasi Putih with Lemon Chicken | RM6.90
siapa yang suka masakan masam lemon rasa sedap lah.. tapi kawan cakap masam sangat, sampai denyut kepala dya.. adehh hahaha..


Kungfu Noodle | RM7.90
yang ni portion dya besar gila, terkejut semorang waktu pesanan sampai.. husna suka kuah kungfu dya.. memang sedap! 


Creamy Chicken Carbonara | RM10.90
terima kasih semua! dan maaf tercuri masa hampa.. hehehe.. muah ciked!


eh, rainbow cake korang serius sedap! 

Rose Cherry Bakery Cafe
Alamat: No. 20,, Lorong BLM 1/2, Bandar Laguna Merbok, 08000 Sungai Petani, Kedah
No. Tel: 04-444 5443
Waktu Operasi: Isnin-Sabtu, 9.30 pagi - 11.00 malam (TUTUP: Ahad)
Instagram: Rose Cherry Bakery Cafe
Facebook: Rose Cherry Bakery Cafe


Till then! See ya~  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Blog ini merupakan blog peribadi perkongsian daripada penulis. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pengalaman atau pendapat peribadi, dan tidak melibatkan mana mana pihak kecuali dinyatakan sumber atau nama pemiliknya.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal, dan mungkin berbeza dengan individu lain. Penulis sama sekali tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen dan pendapat yang dilontarkan oleh para pembaca blog ini.

Terima Kasih.