Friday, November 25, 2016

Hadiahkan Rumah Baru Untuk Anak-Anak Bulus


Assalamualaikum w.b.t..


Hadiahkan Rumah Baru Untuk Anak-Anak Bulus | di rumah husna nih dah ada 3 generasi anak bulus, padahal dulu dulu dulu punya dulu tak berapa yakin sangat nak membela sebabnya risaukan hasil projek berbau diorang tu.. tapi disebabkan adik husna yang sorang ni teringin sangat nak ambil bela, makanya bermula lah proses mengangkat kucing jalanan..😸

Bermula dengan si jantan yang berwarna oren, ambek belakang rumah je.. yang kedua anak kucing betina, abah husna ambek dari kilang tempat dya bekerja disebabkan kedua-dua kaki belakang tak dapat berfungsi dengan kuat, masa jumpa dya kecik lagi jalan seret kaki belakang kesian gila.. sekarang Alhamdulillah kaki dah makin okay cuma tak kuat dan dah dua kali beranak dah.. Yang ketiga kucing jantan, adik bawak balik.. nampak gaya macam kena buang sebab dya dah pon dimandulkan..

Kumpulan anak yang pertama lahir tiga ekor tapi tak sempat besar, mati sekor kena langgar kereta depan rumah.. kumpulan anak yang kedua, lahir berempat tapi dua ekor je dapat bertahan, yang lagi dua tu mati lepas lahir.. huhuhu..😿

Dari yang pertama, memang tak pernah sediakan sangkar untuk diorang sebab tak pernah timbul masalah.. semua pakat kencing dan berak dalam bilik air.. cuma jantan yang pertama tu je kalau datang mood mengawan dya, habis semua tempat dya nak spray.. tapi semenjak lahirnya yang paling kecik ni, ada ke patut dedua ni buat onar depan rumah.. aiyooo! Tak boleh jadi dan tak boleh dibiarkan husna terpaksa jugak carikan rumah..


Yeay rumah baru.. Lena sakan! 😻

Memula tadi gelisah jugak laa sebab tak biasa duduk dalam sangkar tetiba kena duduk dalam sangkar.. husna beli di kedai kucing kat Kulim je dekat dengan Minat.. harga RM78, beli sekali dengan pasir najis diorang, RM13.. Alhamdulillah hasil dari berniaga ais krim sumi dan choki-choki.. nanti ada rezeki lagi nak bawak pergi mandulkan pulak, kawal populasi, jumlah pon dah tujuh ekor ni.. hahaha..



Till then! See ya~

4 comments:

  1. wahh . besar dah rumah. lagi la ank2 selesa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itupon tak berapa bebas.. nak jugak keluar lompat sana sini.. hahaha..

      Delete
  2. Replies
    1. hihihi.. rumah terpaksa.. kalau tidak nanti akan buat perangai lg..

      Delete

assalamualaikum dan hye..
tinggalkan jejak awak di sini..
terima kasih..♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Blog ini merupakan blog peribadi perkongsian daripada penulis. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pengalaman atau pendapat peribadi, dan tidak melibatkan mana mana pihak kecuali dinyatakan sumber atau nama pemiliknya.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal, dan mungkin berbeza dengan individu lain. Penulis sama sekali tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen dan pendapat yang dilontarkan oleh para pembaca blog ini.

Terima Kasih.