Thursday, October 20, 2016

Mudah Dan Jimat Membeli Atas Talian Di Laman ezbuy Malaysia


Assalamualaikum w.b.t..


Mudah Dan Jimat Membeli Atas Talian Di Laman ezbuy Malaysia | hai semua! Sebenarnya husna tengah usha beberapa laman atas talian nih dan sibuk membuat perbandingan, almaklumlah cuti sekolah makin dekat jadi pepaham jelaa ye hihihi.. jujur husna cakap ada barang yang boleh dibeli secara atas talian dan ada barang yang tidak.. makanya, sebagai pembeli yang bijak lagi berhemah mesti laa kena ada teknik dan skil membuat perbandingan ekekekke..

Sekarang ni husna dah tersangkut di laman ezbuy Malaysia dan dengar kata mereka menawarkan pelbagai tawaran menarik seperti promosi potongan harga, kos penghantaran yang paling rendah sebanyak RM4.50 per 500 gram dan prime service.. 

Apa pulak tu?? sekejap lagi husna cerita..



Cara Membeli Atas Talian Di ezbuy Malaysia

Sebelum apa-apa hal, kena laa register dulu..


Tengok tu belum apa-apa, dah disogok dengan Baucar RM15 Percuma, macam mana tak tersangkut.. Nak daftar boleh klik gambar atau pautan yang husna bagi ni http://bit.ly/2dDrSGW..



Dah selesai log masuk, boleh laa mulakan sesi penjelajahan hihihi, husna paham kalau dah mula masuk tu mesti laa dah tak sabar nak godek ke serata pelosok laman kannn.. selain daripada pilihan kategori yang tersergam indah di bahagian kiri, korang boleh jugak klik-klik pautan yang terdapat di bahagian atas tu seperti feature collection..

Bahagian ni kalau korang masuk mashaAllah, jenuh buntang mata agaknya boleh jadi macam mata Zairi tenung tajam si Amzar malam tadi dalam #PatahnyaSebelahSayap punya laa baaaanyak pilihan sampai rasa nak berkurung dalam bilik satu hari suntuk pilih apa yang berkenan.. eh! Pilih apa yang menjadi keperluan, kata pembeli bijak tadi ekekekke..



Dah selesai, dah puas hati boleh laa “add to cart”..

Buka pautan shopping cart bahagian atas kanan laman nanti akan jumpa macam gambar kat bawah.. Sebelum daftar keluar, pastikan barang yang dipilih betul dan semak bahagian yang bertanda di bawah..


1.Pilih jenis penghantaran dan tempoh yang dijangka tiba.. seperti yang husna sedia maklum ezbuy Malaysia menawarkan kadar penghantaran terendah sebanyak RM4.50 setiap 500 gram untuk penghantaran menggunakan Economy Air.. memandangkan berat barang-barang husna tak banyak pon jadi kos yang dikenakan hanya RM4.50 jelaa.. jangan terkejut kalau kos penghantaran kita memasing tak sama ye..



2. Kemudian klik di bahagian “Use credit and coupon code” akan terpampang macam dalam gambar kat atas ni.. nak guna point masih tiada lagi jadinya meh sini husna bagi kod 15% potongan dari kos penghantaran.. dalam kotak yang disediakan tu masukkan kod ezsh15 ini dan klik butang apply..



3. Seterusnya klik bahagian “Use Voucher” untuk tebus baucer yang ada.. jangan buat-buat lupa plak, kan tadi kita daftar masuk ada dapat Baucer RM15 Percuma, haa masa ni lah nak guna.. klik je dekat kotak ungu tu sehingga bertanda dan klik confirm..

Kemudian klik “Check Out” dan di bahagian “Add New Address” masukkan butir penghantaran korang.. dan tekan butang “Next”..


Dah yakin semua betul dan klik butang “Pay Now”..



Terdapat beberapa cara untuk membuat pembayaran sama ada melalui “E-Banking” itupon kalau ada akaun bank atas talian yang tertera, atau boleh juga melalui “Manual Internet Banking” makna kata korang nak transfer sendiri laa pembayaran tersebut.. Cara lain boleh juga menggunakan Kad Kredit dan ATM Transfer.. Bayaran boleh dilakukan selama 24 jam atau pesanan akan terbatal..


Kelebihan Yang Terdapat di ezbuy Malaysia – “Prime Service”


Lepas daftar masuk tadi perasan tak kat bahagian atas sebelah “Feature Collection” ada navigasi “Prime”.. ini satu lagi yang husna rasa husna patut kongsi dengan semua pembaca husna.. ezbuy Malaysia menawarkan kadar penghantaran sebanyak RM8.80 untuk setiap penghantaran jika menjadi ahli Prime.. erm tak paham?

okay meh husna terang lebih jelas, makna kata kat sini kalau korang memilih untuk menjadi ahli Prime dengan membayar keahlian sebanyak RM188 untuk setahun, korang boleh nikmati kadar penghantaran sebanyak RM8.80 sahaja sepanjang tahun setiap kali belian.. tidak kisah berapa pon kuantiti, berat dan saiz barang-barangnya.. atau tak jelas jugak boleh hadam gambar di atas dan jugak di bawah ni..

Mak oiiii, seronoknyaa! Buat si kaki shopping online memang meleleh air liur tengok tawaran macam ni ataupun dah tak dapat tidur malam, ekekkeke sabar jelaa.. 



Jadi, apa tunggu lagi? Untuk makluman lanjut boleh layari https://ezbuy.my/ ..



Till then! See ya~  

24 comments:

  1. ramai yang beli online sekarang. terbaik la ada laman web ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah buat pelanggan yg teringin nak miliki produk luar negara.. hanya perlu klik klik saja..:)

      Delete
  2. Replies
    1. senang sgt kak, dah laa ditawarkan dengan harga penghantaran yg murah..

      Delete
  3. bahaya beli online!!! haha for me la.. segalanya senang la..nak kluar duit pun senang

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha sebab tu husna cakap, sestengah barang memang boleh dibeli secara online, tapi sesetengah nya jugak tak boleh.. kalau rasa brg tu terdesak kita nak guna tp tiada di memana kedai yg terdekat, boleh saja beli menerusi atas talian..:)

      Delete
    2. tapi kalau jenis barang yg ada saiz ni, takut jugak nk beli online.. takut nnti saiz x sama yg kita expect..

      Delete
    3. haa itu satu hal.. apa2 masalah nanti banyak jgk prosedurnya..

      Delete
  4. Menarikk ! Mudah aje kan beli atas talian macam ni :)

    ReplyDelete
  5. ezbuy pulak.. hahaha.. 1st time dengar.. nice share...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi ezbuy ni meliputi luar negara taw.. kira dari pembekal terus kepada customer laa..

      Delete
  6. Replies
    1. iyaa kak.. kos penghantaran dari luar negara mmg murah..

      Delete
  7. Tambah satu lagi online shopping spree ;-)

    ReplyDelete
  8. Dulu rasa was-was, tapi kini dah semakin berani nak shopping online.. mudah lagi menjimatkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul! tp kena sentiasa ada perasaan curiga dlm setiap perbuatan kita supaya tak menyesal di kemudian hari..;)

      Delete
  9. ramai sngt blogger brcakap pasal ezbuy. dan tngok entry awk jd tertarik. hehe. nnti nak try la. thanks!

    ReplyDelete