Saturday, October 08, 2016

Bisnes Kecilku Menjual Ais Krim Sumi dan Choki-Choki


Assalamualaikum w.b.t..


yeay! muncul kembali, dalam usaha mengumpul mood untuk menaip semula.. adatlah kalau dah terberhenti lama dari mengarangkan, nak mula semula tu mesti rasa liat nak mampoihh! ekekkeke.. eh Selamat Hari Sukan Negara husna ucapkan!

Bisnes Kecilku Menjual Ais Krim Sumi dan Choki-Choki | meh sini husna belanja Ais Krim Sumi sorang satu ea, kalau nak belanja reramai nih ais krim Malaysia jelaa husna mampu.. itupon belanja tengok gambar je kihkihkih, kedekut gila.. eh kata jenis support member, jadi kena laa beli tanpa mengharapkan sebarang harga diskaun.. tanpa kawan dan sedara siapa lagi yang tolong naikkan bisnes kengkawan kan.. ini tidak, asal berniaga dengan kawan je mula laa nak mintak harga kawan-kawan, kadang tu husna tengok kesian pada deme yang baru nak mula berniaga.. dan awak yang menjual tu plak letak laa harga yang setimpal, baru laa orang tak bising..

gituuu.. jauh dah melalut.. nak cerita pasal bisnes kecil husna nih, alkisahnya bermula masa cuti semester lepas dek kerana tak taw nak buat apa, nak keja macam sekejap sangat, sebulan je pon, susah nak ada tempat yang boleh terima part time masuk keluaq ni.. lepas tu teringat nak main jual-jual tapi nak jual apa, banyak sangat dalam kepala nih cuma takut tak boleh komited je lepas tu tersadai.. huhuhu.. pastu mama husna cadang buat ais krim sumi nih letak kat kantin sekolah..

Alhamdulillah dah lebih sebulan husna buat, dah bukak semester pon husna masih teruskan.. mulanya husna cuma buat Ais Krim Sumi dan Choki-Choki ikut macam resepi yang tengah viral dulu je, lepas tu bila dah semakin nampak penerimaan ramai, husna mula letak nata de coco dalam ais krim sumi tu biar rasa meriah sikit.. hihihi..


Yang ini husna buat waktu cuti hujung minggu lepas sebab dah rancang hujung minggu ni husna tak balik, kiranya itu stok untuk dua minggu laa.. penuh bahagian rak atas freezer mama kihkihkih nasib baik muat.. cuti hujung minggu depan plak kita balik buat lain..



Till then! See ya~

28 comments:

  1. hahahaha... nasib baik mama bagi penuhkan freezer dia.. kalau akak, jenuh berebut dengan ikan2

    ReplyDelete
  2. bagus2.. saya respek dengan perempuan yg pandai berdikari cari duit sendiri..
    malangnya taukey nasi lemak anak dara dah berpunya.. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahha banyak lg anak dara yg berdikari lah pha is.. cuma tak masuk tv jaa..:P

      Delete
  3. tapi setuju betol dengan point tolong member yg berniaga tu.. ramai yg bila tengok member berniaga, konon nk support tapi mntak harga kurang sampai x masuk akal.. ni bukan nk support tapi nk menjahanamkan ada la.. hehehe..

    sbagai kawan, kita support bukan mntak harga kawan tapi suppot beli banyak2 niat tolong atau at least hebahkan kat org.. baru org melayu boleh maju.. hehehe..

    sory terpanjang plak komen.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul! kalau dgn adik bradik pon laju jaa nak mntak harga adik-bradik.. kdg2 husna pon mcm tu tp sedar jgk kalau bukan kita yg nak support siapa lg kan..hihihi..

      Delete
  4. timm pun rajin jugak.. siang malam kerja.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak timm memang.. kuat sungguh.. org ckp masa bujang ni laa masa nak gigih kumpul duit, buat OT segala.. :D

      Delete
  5. Mengimbau memori aiskrim nie. sedap! :)

    Btw, sy dah follow sini..Klu sudi jom singgah & follow blog saya hee..
    https://hyheejabs.blogspot.my/

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi memang pon.. tp harganya skarang dah makin mahal.. huhuhu..

      Delete
  6. Replies
    1. boleh2.. nak beli banyak mana pon boleh.. hihihi..

      Delete
  7. terbaik. kecik kecik lama lama leh jadi tycoon busines :D

    ReplyDelete
  8. rajinnnyaaa anak dara sorg ni.. lama kak nina tak mkn

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh cuba buat kak nina.. pastu pelbagaikan rasanya.. dappp~

      Delete
  9. Rajin betul..klu tak usaja mana nk dpt hasil kan husna..Alhamdulillah mesti sedap aiskrim husna ni.manis macam orangnya.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak..husna mmg dah lama nak menjual.. tp tak tahu nak jual apa.. last2 terkeluar projek aiskrim.. hihihi..

      Delete
  10. Replies
    1. a'ah dari dulu asyik bukak peti ais sbb nak cari ais krim..hahaha..

      Delete

Copyright © 2017 husnazahidi
| Distributed By Gooyaabi Templates