Tuesday, October 18, 2016

3 Cara Mudah Masak Lemak Cili Api Dengan Tefal Deep Fryer FR4950


Assalamualaikum w.b.t..


3 Langkah Mudah Masak Lemak Cili Api Dengan Tefal Deep Fryer FR4950 | yeay kembali bersiaran! Tempoh hari husna ada cerita pasal Tefal Deep Fryer FR4950 Hadiah Contest Lazada Malaysia kan, sekarang husna nak kongsikan pengalaman kali pertama husna guna periuk tefal tu.. 

kebetulan mak cik jiran rumah hujung sedekahkan buah belimbing buluh pokok dya yang semakin galak berbuah.. mulanyaa teringat sambal hitam housemate husna bawak dulu awww dengan masam-masam belimbing buluh, sedapnyaaa makan dengan roti Gardenia tak pon nasi putih panas.. tapi disebabkan proses membuatnya makan masa dan agak sedikit renyah, husna tangguh sat, nanti kita belajaq lain.. hihihi.. 


3 Cara Mudah Masak Lemak Cili Api Udang Belimbing Buluh

Sebelum nak ke proses 3 langkah mudah tu kena laa dulu siapkan bahan-bahan masak lemak cili api ni, baru nanti nampak jelas langkah-langkahnya hihihi..

Antara bahan-bahannya:
  • Bahan Kisar (*kunyit hidup, jintan manis, serai, cabai Melaka, bawang merah bawang putih)
  • Belimbing Buluh (*dipotong dan direndam air garam untuk kurangkan rasa masam)
  • Udang Besar
  • Santan Kelapa (*husna ambek 2 kali perahan)


Berdasarkan buku panduan yang disertakan dengan periuk Tefal nih hanya 15 minit masa yang diperlukan untuk menyiapkan lauk pauk berkuah.. 

1. Memula set kan masa 15 minit dan termometer bersuhu 100 darjah Celcius.. lepas tu masukkan bahan kisar tadi ke dalam periuk Tefal.. masa ni tak dak laa keluar bunyi menumis atau macam air kena periuk panas tu tapi sakan jugak laa diorang menggelegak.. kacau sedikit dan biarkan seketika..

2. Waktu tengah sibuk memerhati macam mana benda alah ni berfungsi, almaklumlah orang cewi tengah guna periuk baru lah katakan tiap masa nak perati, dah nampak minit yang ke-5 tu, masukkan laa perahan santan yang sedikit cair, kacau sebati dan tutup periuk.. 


3. Selepas minit yang ke-sepuluh, masukkan udang, belimbing buluh, dan santan pekat.. pastu perasakan lah dengan garam atau apa saja bahan perasa yang korang biasa letak secukupnya.. kacau sebati dan biarkan mendidih sampai laa timer berbunyi menandakan cukupnya 15 minit..



Siap! Serius senang sangat memasak guna benda alah ni sampai rasa nak gila punya senang.. kihkihkih.. paling husna suka, bila timer berbunyi nanti secara automatik dya akan berhenti memasak, berhenti mendidih tanpa kita tutupkan suis atau reset termometer.. jadi senang lah kalau tetiba terlupa sebab khusyuk sangat skrol group Whatsapp ke kan.. ekekkeke..

hari tu dah cerita soal kelebihan, mak aih bukan main banyak kelebihannya.. seperti yang dijanjikan entry test power husna akan cerita apa pulak kekurangannya..

Kekurangan Tefal Deep Fryer FR4950

  • sesuai untuk travel tapi kalau travel dengan kereta sendiri laa ea, sebabnya benda alah ni berat kot.. nak basuh periuk dya saja husna jenuh timang elok-elok.. :'D
  • memang tersangat mudah tapi dari segi rasa, ini pendapat mama husna sendiri, rasanya agak sedikit kurang, katanya lebih sedap guna periuk selalu tu.. :D



Till then! See ya~

10 comments:

  1. suka lemak cili api tapi tak suka belimbing buluh di mask macam tu..tapi makan sambal hitam pahang tu sedap..hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi husna masak mcm mana pon tak kisah.. janji sedapp!

      Delete
  2. Semuanya kini mudah dengan tefal.cheewah.hahaha.makin rajin la husna tunjuk skill pasni.Boleh jadi calon menantu pilihan awww

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak guna dah kak.. lagi seronok guna periuk biasa tu, senang nak handle.. hihihi..

      Delete
  3. Replies
    1. nak makan memang laa kena rajin kak.. hihihi, ada masa pemalas jugak kak, rela makan nasi putih dgn ikan masin goreng.. itu pon dah rasa sodappp.. :P

      Delete

assalamualaikum dan hye..
tinggalkan jejak awak di sini..
terima kasih..♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Blog ini merupakan blog peribadi perkongsian daripada penulis. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pengalaman atau pendapat peribadi, dan tidak melibatkan mana mana pihak kecuali dinyatakan sumber atau nama pemiliknya.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal, dan mungkin berbeza dengan individu lain. Penulis sama sekali tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen dan pendapat yang dilontarkan oleh para pembaca blog ini.

Terima Kasih.