Friday, June 24, 2016

Nikmat dan Keseronokan Buka Puasa Di Kampung


Assalamualaikum w.b.t..


Nikmat dan Keseronokan Buka Puasa Di Kampung | Salam 19 Ramadhan.. hari ni terasa nak mengimbau kenangan lagi, cerita pasal keseronokan berbuka di kampung masa arwah tok dan tokwan husna masih ada..

Apa yang husna masih ingat bila tiba je bulan Ramadhan, kalau di kampung sebelah abah husna, mesti nanti memasing semua pon sibuk nak tetapkan tarikh untuk balik berbuka reramai.. paling seronok paling meriah bila nak dekat berbuka je semua pakat duduk bersila kat bawah kerumun makanan kat ruang tengah dapur.. ramai gila, riuh dapur, nasib baik ruang dapur rumah arwah tok besar.. makanan pulak jangan cakap lah, rasa macam boleh bukak gerai.. hihihi.. ada yang masak sendiri, dan ada jugak yang dibeli..

Kalau di kampung sebelah mama pulak, jenis semua tak balik berbuka serentak sebab memasing rumah dekat je.. arwah tokwan dah lama tak dak sejak dari husna kecik lagi, lepas tu kalau balik yang ada cuma arwah tok.. husna nih dari kecik memang jenis tak memilih bila bab makan, arwah tok masak apa pon semua sebat.. orang balik kampung selalu kenyang, husna balik sentiasa lapar, =.=' arwah tok pulak sentiasa tahu, lepas tu sengaja biar atas meja bawah tudung saji ada lauk.. hahaha.. lepas habis berbuka je mesti ikut arwah tok pergi taraweh.. rindunyaaa kat arwah.. T_T


13 Ramadhan hari tu balik berbuka bersama dengan makcik, sepupu husna pon ada tengah bercuti sampai raya.. berbuka di kampung memang seronok! walaupun suasananya tak semeriah dulu tapi bagi husna seronok tu memang ada.. sebabnya adat makan beramai-ramai tu masih diwujudkan.. :D

pucuk kaduk, masak lemak cili api
Pucuk Kaduk Masak Lemak Cili Api..

Balik hari tu makcik ada buat pucuk kaduk masak lemak cili api, kalau tak silap husna itu kali pertama makcik buat, dan kali pertama jugak husna makan.. hahaha kebiasaannya husna makan berulam je pucuk kaduk nih.. baunya memang pahit tapi bila dah dicelur dengan air panas, rasa pahit tu dah kurang jadi boleh lah makan.. makcik ada cakap pucuk kaduk jugak boleh dibuat kerabu, eh! Ada jugak rupanya.. dapat pucuk kaduk nanti boleh laa cuba buat pulak.. :)




Till then! See ya~   

31 comments:

  1. bestnya...

    singgah ramadhan

    https://belogs.blogspot.my/

    ReplyDelete
  2. sronok..sape tak suka berbuka di kg dan makn beramai2..

    memeang nostagia..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. untung buat mereka yang masih ada grandparents..:)

      Delete
  3. bila tok dan wan dah takda 2 2 belah rasa puasa dh tak best sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu laa kak.. lelagi kalau dengan yang kita rapat..:(

      Delete
  4. Seronoknya berbuka puasa ramai2 di kampung. Eratkan perhubungan 😊

    ReplyDelete
  5. mmg seronok dpt berkumpul ramai2 berbuka sesama
    tp yg x best bila setengah orang tu mai bawa perut je..ngam2 dtg nak berbuka..kita punya lah sibuk kat dapur memasak huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. adat laa kak el.. biasa dah semua tu..

      Delete
  6. Lisa pun lebih suka makan masakan kampung dari western.. hehehe bosan

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeayy sama husna.. masakan kampung xkan pernah jemu kan lisa..

      Delete
  7. bestnya berbuka puasa mkn lauk pauk kampung

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah nikmat paling bermakna bila di kampung..

      Delete
  8. Seronok husna bila berkumpul makan ramai2 dibulan puasa camni.tetiba teringat dekat aruah mak n pak kak muni.sob sob sob

    ReplyDelete
    Replies
    1. hurmm sabar ye kak.. alhamdulillah akak masih ada mak dan ayah mertua yg sentiasa sygkan aiman, afia dan aryan..;)

      Delete
  9. sometimes makan masakan kampong ne blh menaikkan selera

    ReplyDelete
  10. balik kg memang best.. bila bukak puasa ramai2 ni.. mcm2 lauk ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pon sebab mak cik bawak lauk lain, kitaorang plak lauk lain.. mmg meratah jelaa.. iihi..

      Delete
  11. Mrs. A pun suka berbuka di kampung macam-macam ada paling win berkumpul ramai-ramai tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas tu memasing semua nak menyembang sampai tak makan.. hihihi..

      Delete
  12. Replies
    1. yg paling sedap masak lemak tu.. mmg cenggini haa!

      Delete
  13. saya dok kampung hari2, dah x rasa apa2.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. syoklaa.. org yg dok bandar nu nak sgt mkn masakan kampung..

      Delete
  14. first time akak dengar pucuk kaduk awak oooi hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaa.. kalau centu masak lemak cili api pucuk kaduk lagi laa first time dgr kan..

      Delete
  15. balik kampung memang makanan meriah.. orang ramai semua selera macam2..
    kalo tekak x sama memang makin banyak makanan.. sambung lepas trawih n pastinya esok bawa buat sahur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha meratah lepas teraweh pon boleh kak.. sedap gituu mkn ramai-ramai sambil layan tv..

      Delete

Copyright © 2017 husnazahidi
| Distributed By Gooyaabi Templates