Saturday, March 05, 2016

Makan Ala-ala Hotel, Bayar Harga Macam Tepi Jalan


Assalamualaikum w.b.t..


Makan Ala-ala Hotel, Bayar Harga Macam Tepi Jalan | haa gituu! peminat air hipster mungkin ada yang dah biasa dengar kot tagline “Drink Tea Like A Boss” jadi mesti dah dapat agak kat mana pulak yang makan macam kat hotel, tapi bayar harga macam tepi jalan..

Selasa minggu sudah kawan husna ajak makan luar katanya nak cuba kedai makan baru kat Laguna Merbok, husna ingatkan kafe yang dya tunjuk dalam group Whatsapp bulan lepas, pon dekat Laguna jugak.. rupanya bukan, takpe yang tu kalau ada kesempatan nanti kita cuba ye.. hihihi..


Tea Boss HQ, Sungai Petani Utara

Selain dari air nya yang kebaboom tu, katanya western food dya murah.. sepinggan spaghetti boleh dapat harga tak sampai enam ringgit, lepas tu yang istimewanya kat sini ada boat noodles.. dedulu masa boat noodles kat Shah Alam atau yang berdekatan tengah terkenal, terkena jugak lah tempias nya tu tapi tak gamak lah sampai nak melulu ke sana sebabkan mee dalam sampan je..

nah husna selit sikit senarai menu yang terdapat di kafe ni.. 



Chicken Thai Boat Noodle | RM1.90/bowl
cakap banyak sangat pasal mee dalam sampan ni pon tak guna jugak kalau tak order.. husna bertiga dengan kawan pesan sorang semangkuk je sebab nak rasa.. jadi apa yang boleh disimpulkan kat sini, mee dalam sampan ni bukan citarasa husna.. 

jangan salah faham plak, sebenarnya cukup je rasanya tapi tak tawu kenapa husna tak minat sangat, dan memang itu jelaa kali pertama dan terakhir.. alaa biasala tu lain orang lain citarasanya kan.. kalau sama, jenuhlaa, lelaki kuota empat pon tak cukup.. eh!

Linguine Carbonara | RM5.90
habis selesai membaham mee dalam sampan tu, husna pilih Linguine Carbonara plak.. yang ni sedap! serius, tak terlalu berkrim sangat jadi tak de laa cepat muak.. harga pon boleh tahan, portion nya pon banyak.. :D


inshaAllah lain waktu boleh datang lagi.. angkut geng ramai sikit kita cuba menu lain, haa gituu.. :p

dan untuk pengetahuan, setiap kali pembelian air tea boss nih, korang boleh dapatkan cop di kaunter, kumpul sampai 10 cop untuk dapatkan 1 tea boss percuma.. tiada tempoh! :)

Tea Boss HQ, Sungai Petani..

Alamat: 163, Zon Melati, Jalan Melati 1, Amanjaya 08000 Sg. Petani, Kedah
(rumah kedai baru di kawasan traffic light simpang empat Sg.Petani Utara, bertentangan dengan Restoran Marina 4)
Waktu Operasi: 12.00 tgh hari - 12.00 malam (Rabu cuti)
No tel: 012-417 8227
Facebook: Tea Boss HQ


Till then! See ya~


31 comments:

  1. tingin nk makan tp xde orang nak teman..hehehe

    ReplyDelete
  2. Adui..baru ingat nak terjah.. sekali SP da,...

    ReplyDelete
  3. Bestnya.. tapi boleh tahan jauh juga ^^"

    ReplyDelete
  4. tengok Linguine Carbonara tu perut dah ngengamuk.. adehh

    ReplyDelete
  5. OK pasni saya pulak akan terjah..hehehe<3

    ReplyDelete
  6. Panaih2 camni memang sesuai pi minum2 kat Tea Boss...

    ReplyDelete
  7. boat noodle saya pernah try kat kedai apa ntah, dalam shopping mall kat SP. boleh tahan la sedap, ikut jenis jugak.. hehhe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yakaa..kat mana tu?? klau dlm mall x pnah dgq lg.. tp xmaw rasa dah.. nak rasa benda len plak..hahaha

      Delete
    2. x igt. adik yg bawa sbb dulu dia belajar kat kolej jururawat kat SP.. dia kata kdai tu popular jugak.. hari tu pi pun kna take turn tunggu orang habis makan, baru boleh masuk.. penuh..

      Delete
  8. bolehlah ni jadi port jjcm baru..asyik pening je tak tau nk makan dimana.tq husna review..nti nk order la spageti carbonara tu.murah betul la harganya.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. bnyak dah kedai mkn baru kak muni.. semua style hipster belaka.. huhuhu

      Delete
  9. kalau balik kampung boleh la singgah makan kat sana sat

    ReplyDelete
  10. husna nti k.el pi sana banjer boat noodles 18mangkuk ok..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboihh kak el.. satu family 18 mangkuk ke?? ke sorg² makan nih?? hahaha..

      Delete
  11. arghhh kak yana is terliurrrr kenapa murah sangat ? hehehehe

    ReplyDelete
  12. uuuit murahnyaa harga makanan dia.. bebila terlajak sampai SP bolehla kan pi jenguk kedai ni..

    ReplyDelete

assalamualaikum dan hye..
tinggalkan jejak awak di sini..
terima kasih..♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Blog ini merupakan blog peribadi perkongsian daripada penulis. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pengalaman atau pendapat peribadi, dan tidak melibatkan mana mana pihak kecuali dinyatakan sumber atau nama pemiliknya.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal, dan mungkin berbeza dengan individu lain. Penulis sama sekali tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen dan pendapat yang dilontarkan oleh para pembaca blog ini.

Terima Kasih.