Featured

Wednesday, March 23, 2016

Giveaway Cash RM600 MAC2016 by Emas Putih



*sila tekan banner diatas untuk join*


Hadiah :
Top Referral RM100x1
Random Cash RM50x10

Start : 20 Mac 2016 - 3 April 2016


Saturday, March 05, 2016

Makan Ala-ala Hotel, Bayar Harga Macam Tepi Jalan


Assalamualaikum w.b.t..


Makan Ala-ala Hotel, Bayar Harga Macam Tepi Jalan | haa gituu! peminat air hipster mungkin ada yang dah biasa dengar kot tagline “Drink Tea Like A Boss” jadi mesti dah dapat agak kat mana pulak yang makan macam kat hotel, tapi bayar harga macam tepi jalan..

Selasa minggu sudah kawan husna ajak makan luar katanya nak cuba kedai makan baru kat Laguna Merbok, husna ingatkan kafe yang dya tunjuk dalam group Whatsapp bulan lepas, pon dekat Laguna jugak.. rupanya bukan, takpe yang tu kalau ada kesempatan nanti kita cuba ye.. hihihi..


Tea Boss HQ, Sungai Petani Utara

Selain dari air nya yang kebaboom tu, katanya western food dya murah.. sepinggan spaghetti boleh dapat harga tak sampai enam ringgit, lepas tu yang istimewanya kat sini ada boat noodles.. dedulu masa boat noodles kat Shah Alam atau yang berdekatan tengah terkenal, terkena jugak lah tempias nya tu tapi tak gamak lah sampai nak melulu ke sana sebabkan mee dalam sampan je..

nah husna selit sikit senarai menu yang terdapat di kafe ni.. 



Chicken Thai Boat Noodle | RM1.90/bowl
cakap banyak sangat pasal mee dalam sampan ni pon tak guna jugak kalau tak order.. husna bertiga dengan kawan pesan sorang semangkuk je sebab nak rasa.. jadi apa yang boleh disimpulkan kat sini, mee dalam sampan ni bukan citarasa husna.. 

jangan salah faham plak, sebenarnya cukup je rasanya tapi tak tawu kenapa husna tak minat sangat, dan memang itu jelaa kali pertama dan terakhir.. alaa biasala tu lain orang lain citarasanya kan.. kalau sama, jenuhlaa, lelaki kuota empat pon tak cukup.. eh!

Linguine Carbonara | RM5.90
habis selesai membaham mee dalam sampan tu, husna pilih Linguine Carbonara plak.. yang ni sedap! serius, tak terlalu berkrim sangat jadi tak de laa cepat muak.. harga pon boleh tahan, portion nya pon banyak.. :D


inshaAllah lain waktu boleh datang lagi.. angkut geng ramai sikit kita cuba menu lain, haa gituu.. :p

dan untuk pengetahuan, setiap kali pembelian air tea boss nih, korang boleh dapatkan cop di kaunter, kumpul sampai 10 cop untuk dapatkan 1 tea boss percuma.. tiada tempoh! :)

Tea Boss HQ, Sungai Petani..

Alamat: 163, Zon Melati, Jalan Melati 1, Amanjaya 08000 Sg. Petani, Kedah
(rumah kedai baru di kawasan traffic light simpang empat Sg.Petani Utara, bertentangan dengan Restoran Marina 4)
Waktu Operasi: 12.00 tgh hari - 12.00 malam (Rabu cuti)
No tel: 012-417 8227
Facebook: Tea Boss HQ


Till then! See ya~


Copyright © 2017 husnazahidi
| Distributed By Gooyaabi Templates