Friday, August 28, 2015

Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com


Assalamualaikum w.b.t..



Sempena bulan Ogos, bulan kemerdekaan ini, Mia nak buat Giveaway Merdeka 2015 yang simple. Hadiahnya berupa 18 Fridge Magnet Ringgit Malaysia. Ole-ole dari Kelantan.


Tanggal 31 Ogos 1957. Merdeka!! Merdeka!!

Jom join giveaway ini... syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
  5. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 31 Ogos 2015.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan akan diumumkan pada 3 September 2015.

nak join giveaway ini, sila klik pada banner..

Wednesday, August 26, 2015

Penubuhan Logo Rasmi Blogger Utara


Assalamualaikum w.b.t..


Hi..


Logo Rasmi Blogger Utara | lebih kurang seminggu yang lalu pada tanggal 19 ogos 2015 telah terlancarnya logo rasmi Blogger Utara.. logo kreatif yang direka khas oleh blogger Cik Pinz pemilik blog Cerita Orang Bujang ini mempunyai empat warna dan hashtag blogger utara.. empat warna tersebut melambangkan empat buah negeri utara iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak yang di ambil daripada bendera rasmi negeri memasing..

#BloggerUtara mempunyai ahli seramai 30 orang.. buat sementara waktu..**
disini husna sertakan senarai nama dan pautan ke blog mereka.. jom sama-sama kenali dan jangan lupa tinggalkan jejak anda.. inshaAllah jika ada kelapangan masa akan dijejak kembali.. selain bertukar dan berkongsi pendapat, boleh menambah bilangan kenalan alam maya..:)



jom ikuti dan sertai kami di Facebook Page Blogger Utara dan hashtag Blogger Utara (#bloggerutara) di instagram..


Till then!! See ya~



Monday, August 24, 2015

Supper Roti Tisu Tumbang di Restoran Nasi Kandar Nasmir


Assalamualaikum w.b.t..


Hi..

Supper Roti Tisu Tumbang | selepas makan malam petang semalam, abah bagitaw dya nak ke kilang ambil set pinggan mangkuk seramik balik dari surau nanti.. abah dah ajak mama, then adik husna pon nak ikut.. husna plak kalau ikutkan hati memang dah tak nak ikut, sebab malas nak bersiap satu hal.. kalau nak suruh siap ala kadar pon kena siap jugak what! 

abah husna ni jenis yang jarang ajak keluar malam but once dya dah ajak ada baiknya ikut je.. sebabnya bila dah keluar tu ada saja tempat yang dya nak singgah sebelum balik rumah walaupun baru sudah makan malam petang tu.. gigih la sarung jeans, shirt, pakai tudung ikat bunjut je kat hujung tudung.. paling malas, paling senang! ekekkke

seperti yang dijangka, lepas dah settle kerjanya, terus di aju nak menghala ke mana??


teringat akan roti tisu menggunung yang kak fizah kongsi beberapa hari lepas.. terus ajak abah pergi Restoran Nasi Kandar Nasmir, Kulim, bersebelahan Kedai Serbaneka ECO RM2.. tak tahu pon rupa dan rasa sebenar roti tisu, sebab tu yang teruja lain macam sikit nak cuba.. hihihi..

sampai je terus order..


Sup Ayam | adik husna tengah sakit perut jadi dya tak lalu nak makan.. dya teringatkan sup ayam style rumah, kuah plain, berlada, bersayur dan ayam rebus.. sekali sampai kat meja kami lain pulak rupanya.. hahaha.. muka memasing terus hairan bin pelik.. sekali ditanya untuk pastikan itu sup ayam, memang ya pon.. struktur dan rasa dya dah lari jauh beza ketinggalan di belakang, rempah terlalu banyak hasilnya kuah terlalu pekat.. kalau hirup ni semata, alamatnya sakit tekak lah esok pagi.. muahahaha..


Maggi Kuah | pilihan abah husna.. husna tak rasa sebab dah terlalu kenyang, makan roti tisu pon tak habis so tak tahu rasa maggi kuah kat sini macam mana.. tapi tengok ke rupa dan gaya presentation nya menarik boleh jadi sedap lah kot.. abah husna kalau bab makan memang dya cerewet sikit tapi bila dah makan tak berbunyi tu maksudnya sedap la.. hihihi..


Roti Tisu | pilihan mama dan husna.. sedih taw bila sampai dapat tumbang gini.. husna nak yang berdiri tegak macam dalam gambar tu.. sobs sobs walaupun sebenarnya tak dak beza apa pon diri ke tidor ke tergolek ke tapi ntah bila kita bayang macam dalam gambar tapi sampai ke meja macam lain, sangatlah tak siokk.. hahaha.. sebenarnya malam tu angin malam kuat dengan angin kipas lagi jadi sebelum dya tumbang ke lantai lebih baik tumbang dalam tray je.. hihihi.. not bad laa rasanya, sedap cicah susu..:)


by the way, sekadar hebahan mungkin ada yang tertanya, penjualan pinggan mangkuk seramik yang seterusnya di Kilang Lama, Kulim pada 2 Oktober 2015 akan datang.. tiga hari berturut-turut bermula dari hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.. terima kasih..:)




Till then!! See ya~


Sunday, August 23, 2015

Segmen "Meh Sally Nak Review"


Assalamualaikum w.b.t..


Hi..




Syarat-syaratnya:
  1. Follow blog Sally, Add To Circle Google+ Sally, Follow Twitter Sally, Follow Instagram Sally dan Like Fanpage Sally
  2. Buat satu entry bertajuk Segmen "Meh Sally Nak Review"
  3. Letak banner dan link kan ke entry ni.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.

Segmen ini akan berlangsung dari 20th-30th August 2015 (11.59 pm waktu Malaysia)


Sally akan pilih secara rawak 10 blog untuk di review ye.. Boleh la nanti kita kenal-kenal dengan dorang yang terpilih.. Kalau yang mana takde G+ ke, takde Facebook ke, takde Twitter ke, takde Instagram ke.. boleh je join asal jangan takde blog laa.. hihi



Till then!! See ya~



Giveaway Anak Merdeka 2015!


Assalamualaikum w.b.t..


Hi..


Syarat-syarat penyertaan:
  1. Blogger Malaysia
  2. Follow Blog: Maria Firdz | Homemadesticker
  3. Follow Google + : +Maria Firdz  | +Firdzaus Mariah
  4. Like page: Homemadesticker | Cetak Baju Ekspress
  5. Buat satu entry bertajuk "Giveaway Anak Merdeka 2015!"
  6. Copy BANNER di atas dan Backlink kan ke entry ini.
  7. Publish dan Tinggalkan URL Entry di kotak komen ENTRY INI.


Hadiah yang ditawarkan:
  • 1 helai T-Shirt Cotton x 2 pemenang
  • 1 button badge + 1 magnet fridge x 3 pemenang
  • 1 custom sticker x 2 pemenang
  • 1 puzzle x 1 pemenang
  • 1 car stripe sticker x 2 pemenang


10 pemenang bertuah dicari!!!


Tempoh Giveaway: 21 Ogos 2015 hingga 31 Ogos 2015 (8.00pm)



Till then!! See ya~


Painting Potret Giveaway by Azhafizah


Assalamualaikum w.b.t..


Hi.. 


Cara untuk menyertai Painting Potret Giveaway untuk blogger.

1. Buat entry bertajuk "Painting Potret Giveaway by Azhafizah"
2. Letakkan banner di atas dan linkkan ke entry ini.
3. Letakkan link blog www.azhafizah.com ke dalam bloglist blog *jika ada bloglist untuk follow up giveaway
4. Follow blog: www.azhafizah.com | instagram: azhafizahmdnor *Jika tiada instagram boleh join juga :)
6. Letakkan gambar [single, close up, jelas, high pixel, gambar asal tanpa edit 360]
7. Publish entry dan letakkan link blog penyertaan dalam ruangan kotak komen di bawah.

3 gambar yang menepati ciri² gambar yang terbaik akan di painting potret. Kalau nak menang kenalah pilih gambar yang terbaik ye. Senang je kan syarat² dia. So jemputlah join beramai²


Contest bermula dari 22 Ogos-30 Ogos 2015, 11:59pm

harap menepati syarat..:)

Till then!! See ya~

Wednesday, August 19, 2015

Open House Park Avenue Hotel, Sungai Petani


Assalamualaikum w.b.t..


Hi..

syawal dah habis tapi cerita raya baru nak menjelma.. hihihi.. seminggu yang lalu komuniti Blogger Utara telah mendapat jemputan ke majlis rumah terbuka di Hotel Park Avenue, Sungai Petani.. nasib baiklah waktu tu tengah free, yelaa kerja husna pon tak susah sepanjang cuti semester kali ni, tanam anggur tak berbuah ja.. ekekekke.. then set dengan kak Siti on that day nak jumpa terus je kat hotel memandangkan kami dari laluan yang berbeza.. 

sedikit terlambat dari waktu yang dijanjikan.. sampai saja terus call kak Siti then ke kaunter pendaftaran.. lepas dah tinggalkan jejak kami diberi doorgift sorang satu, kat dalam tu ada tiga jenis biskut raya kalau tak silap.. sedap!! salah satunya cookies perisa susu..


selesai je tanpa sempat cari tempat duduk, mata terus tertancap dekat gerai kambing bakar ni.. sebelah je haa dengan meja pendaftaran tadi.. kambing bakar ni kak Siti jelaa yang ambek sebab husna tak makan.. hehehe.. sebabnya family tak makan kambing, dari kecik tak di ajar lepas tu mindset makan kambing nanti pening.. huhuhu..


padahal boleh je kalau nak rasa sikit tak terkesan pun, macam hari tu laa tak pepasal terkeluar topik kambing kat meja makan.. hihihi.. sempat laa husna rasa sikit yang kak Siti ambek tu, dan tak sangka rasanya sedapp.. dagingnya yang lembut dengan limpahan sos black pepper.. kalau dah macam ni rasanya kenapa tak try dari dulu jaa..-..-

sebelah abam kambing bakar tu husna terlupa stall apa.. maaf ye bang.. *peace


deretan stall yang terdiri dari pelbagai jenis hidangan ada kebab, sate ayam, sate daging, nasi arab, laksa kedah dan ayam golek.. pilihan husna tengah hari tu sate ayam, sate daging, dan ayam golek.. teringin nak rasa nasi arab tapi risau pulak yang lain tak boleh masuk.. huhuhu.. kedua-dua sate nya sedap dicicah dengan kuah kacang kira memang bebetul kawan sehidup semati lah.. 

ayam golek pilihan husna dicicah dengan sos cili manis tapi tak terlalu manis.. husna kalau makan ayam memang akan ambek bahagian isi atau dada so rasa plain dari isi ayam tu kena laa dengan sos nya.. main celup-celup, juicy gituu.. sambil sembang sambil belek fon sambil layan persembahan, semua lesap sekelip mata je.. ekekke..



tetamu dihiburkan dengan dendangan lagu-lagu raya, bukan sahaja bahasa melayu malah lagu berbahasa cina pon ada.. kali kedua husna tengok penyanyi yang sama buat persembahan.. tak nafi suaranya memang merdu, bawak lagu cina pon dah dengar sebijik macam orang cina yang menyanyi.. 


jauh di sudut ballroom dekat dengan stage ada bahagian ni terhidang nasi briyani serta lauk, ketupat, rendang ayam, lemang, serunding, nasi impit dan kuah kacang.. dah balik baru teringat nak rasa serunding, tak dapat makan serunding lagi raya tahun ni, hurmm boleh macam tu..:p

kat bawah ni stall ABC dengan 50 jenis perasa.. singgah stall ni husna letak perasa yang mana husna makan je, siap letak lebih plak tu.. hihihi.. yelaa kalau kat kedai susah laa nak dapat self service gini.. dengan pelbagai jenis pilihan nak letak perasa apa pun suka hati..:p jadi haruslaa tak lepas peluang.. 

sebelah stall ABC ada stall roti jala, soto ayam dan mee rebus.. 



seterusnya ada tiga stall dessert in a row, jenuh jugak laa nak pilih.. ada pelbagai jenis kek, kuih-muih, fruit tart, biskut raya, puding dan buah-buahan.. semuanya nampak menyelerakan, yang mana kak Siti ambek, itu laa yang husna rasa.. hihihi..


adat dah sekarang ni memana jaa mesti nak selfie.. hihihi.. selfie dengan kak Siti, pemilik blog Siti Yang Menaip.. kak Siti suka cerita pasal tempat makan best area Penang.. kalau sangkut dalam blog kak Siti mohon sabar jelaa.. :p silap hari bulan yang sudah makan pon boleh terlapar balik.. hahaha nafsu sangat kan..:D

gambar yang sebelah tu menu pengakhiran husna.. soto ayam.. sebelum raya dan selepas raya ramai gila dok tayang gambar soto ayam ni, husna tahan sabar jelaa.. pergi beraya pon tak jumpa lagi memana rumah yang buat soto ayam.. until that day, happy tak taw nak cakap.. in fact, soto ayam dya lengkap dari segi bahan-bahan dan rasa, Alhamdulillah puas.. balik rumah terus cerita kat mama sampai rasa nak buat sendiri.. hehehe.. inshaAllah..

terima kasih pihak Hotel Park Avenue..:)


Till then!! See ya~


Thursday, August 06, 2015

Jualan Pinggan Mangkuk Seramik di Kilang Lama, Kulim


Assalamualaikum w.b.t..


Hi..

awal Ogos bebaru ni husna dapat taw kilang pinggan mangkuk seramik buat sales lagi.. dekat Kulim dalam kawasan Kilang Lama uolls.. tiga hari berturut-turut macam biasa dari Jumaat, Sabtu dan Ahad.. nak bagitaw mak-mak, mak cik-mak cik, kakak-kakak, eh tak kisah laa lelaki atau perempuan yang minat atau suka kumpul set pinggan mangkuk seramik mesti tak tahan daulat tengok sales macam ni.. tapi kalau dapat tahan tu Alhamdulillah.. hehehe..

ini cerita bulan sudah, husna pergi tengok sendiri suasana yang orang kiri kanan dok canang.. lepas makan tengah hari siap semua terus keluar dengan adik husna.. tak sangka memang ramai, ada saja orang keluar masuk.. 


ada yang datang dari dekat, dan ada jugak yang datang dari jauh.. sanggup turun sebab nak memborong.. kebanyakan yang datang memborong tu selalunya nak adakan kenduri.. barang-barang ni nak dijadikan sebagai doorgift atau seangkatannya lah.. diorang akan datang awal, kenduri lagi empat lima bulan boleh laa datang nak tengok stok.. pernah abah cita ada pakcik ni sanggup datang dari KL sebab anak dya nak kenduri, dya beli dulang/tray seramik berapa ribu ntah tak ingat.. tray tu dya bagi macam tu je kat tetamu.. harga tak mahal sebab tu dya bolot semua..

bangsal panas
dan kebetulan time tu husna sampai bebetul tengah lelong dekat bangsal panas.. yang berbumbung tu laa bangsal panas.. abah cakap bangsal panas ni sehari dua kali je diorang bukak, pagi dalam pukul 11 dan petang dalam pukul 3 kot kalau tak silap.. so rezeki husna laa dapat tengok sendiri suasana bangsal panas tu..

sakan dak?? perati je mak cik tu borong.. :D
time ni diorang lelong pinggan dan periuk seramik atau clay pot.. pekerja yang bertugas akan keluarkan dari kilang guna forklift, susun bebetul kat bawah bangsal panas.. mak cik-pak cik, kakak abang adik dah siap sedia dah keliling bangsal tu nak serang.. hahaha.. bila petugas bunyikan siren tanda serang abeh tak pandang kiri kanan dah.. dya pandang barang dya nak tu je.. bontot ke bontot jangan cakap lah, tak sanggup husna nak berperang.. ekekekke.. 


ni bahagian seterusnya, tak sempit sesak macam tadi lah.. sebab sana lelong murah, maw nya mak cik-mak cik tu tak menggila macam tu.. sini lapang senang sikit nak belek tengok teliti sambil pikir nak ambek ke tak, murah ni, tapi beli nak buat pa banyak dah, eh ambek jelaa.. hahaha..:p

akak cina tu pon kompius nak ambek ke tak..XD
semua ada empat bahagian takpaa kalau dah sampai tu pusing je semua, mana nampak orang keluar masuk tu, belasah je masuk jugak walaupun toilet.. kot laa baru teringat nak melepaskan hajat.. hahaha.. 

dulu time sekolah tiba ja hari guru, mug cenggini aa bagi kat cikgu tapi ada laa bebunga sikit.. tak taw laa cikgu jenuh hari-hari tukar mug, anak murid bagi kena hargai.. hihihi.. boleh jugak beli untuk hadiah birthday, kalau rajin sikit cari bagi cukup set kasi hadiah kahwin.. tak pon belasah je periuk seramik bagi.. hehehe.. 


haa yang ni husna punya, beli tanpa tujuan.. kihkihkih.. kekdahnya husna juga seorang perempuan kot.. murah sikit mula laa gatal tapak tangan.. nasib baik bawak extra, kalau tidak dah kena leret kad.. aicehh kemain sangat, padahal murah je kot.. beli satu percuma satu bang, adik tak nak tunggu.. 

periuk yang husna beli tu saiz kecik je, sesuai laa untuk yang bujang atau mak nak masak sambal tumis ikan bilis.. yang besar nak buat gulai/sup pon ada.. uishh dapnya cucuq udang cicah gulai ikan nyok-nyok.. adehh.. 


dua bulan sekali diorang akan buat sales dan akan datang bulan 10 plak.. so jangan risau masih sempat lagi, inshaAllah.. kilang ni dalam kawasan perusahaan Kilang Lama, Kulim.. 


Miyao-Toki (M) Sdn. Bhd
Alamat: Lot 67 Kulim Industrial Estate, 
09000 Kulim, Kedah, Malaysia



Till then!! See ya~

Saturday, August 01, 2015

Resepi: Ais Krim Oreo Dual Flavor Homemade


Assalamualaikum w.b.t..


Hi.

puas betul mencari saki baki kudrat nak karang entry seketul demi seketul nak elakkan blog picisan ni dari terus di pandang sepi.. dulu perlukan masa, sekarang dah ada masa jadik gini pulak, dasar manusia..-..-'

back to the topic..

suka makan ais krim?? cakap pasal ais krim, siapa sedar yang tua pon boleh jadi bebudak gara-gara ais krim.. sebenarnya tak salah pon, sebab kita semmmuua ada cara memasing nak hargai dan enjoy kehidupan.. so sekarang husna nak share macam mana nak buat ais krim dekat rumah.. dulu dah pernah share Resepi Ais Krim Oreo Homemade tapi kali ni saja laa nak main dengan warna, dah tu nama resepi pon mestilah hebat macam gempak sangat gittew.. ekekekkee..

Resepi: Ais Krim Oreo Dual Flavor Homemade

Bahan-bahan:
- 1 biji telur
- 2 sudu makan ovalett
- ½ tin susu pekat
- 1 tin air suam
- 1 sudu the esen vanilla
- biskut oreo
- pewarna merah


Cara-caranya:
1. Telur dan ovalett dipukul sampai kembang.. 
2. Seterusnya, masukkan susu pekat, air suam, esen vanila dan krim biskut oreo.. Pukul sebati sampai adunan likat tambah gebu..
3. Selesai lebih kurang 15-20 minit, boleh laa masukkan adunan ke dalam peti sejuk beku selama sejam.. Proses yang ni tak letak cecantik pon takpaa sebab nanti akan dikeluarkan semula..
4. Selepas sejam di sejukkan, keluarkan bekas adunan dan putar lagi selama lebih kurang 20 minit..
5. Dah siap boleh laa masukkan dalam bekas dan hias cantik mengikut selera.. 



6. Dah beku tunggu apa lagi, boleh laa ngap.. hehehe.. :p





Till then!! See ya~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Blog ini merupakan blog peribadi perkongsian daripada penulis. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pengalaman atau pendapat peribadi, dan tidak melibatkan mana mana pihak kecuali dinyatakan sumber atau nama pemiliknya.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal, dan mungkin berbeza dengan individu lain. Penulis sama sekali tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen dan pendapat yang dilontarkan oleh para pembaca blog ini.

Terima Kasih.