Featured

Friday, June 26, 2015

Buffet Buka Puasa di Hotel Park Avenue, Sg. Petani


Assalamualaikum w.b.t..


Hi..

dah nak hampir setahun tak wujud tetiba petang ni husna muncul hehehe.. Kfine tak lawak.. sebenarnya banyak je cerita yang nak dicoretkan, dan sesungguhnya apa aktiviti yang dilakukan mesti nak ambek gambar kekononnya untuk update blog nanti.. bukan apa, sayang kalau setiap cerita nak dibiarkan berlalu cenggitu jaa.. tapi sedar lah anda bahawa ‘nanti’ husna tu lama gilaaa okay!! -..-

inshaAllah habis je final exam dua minggu lagi, heharap boleh laa teruskan semula niat murni ku ituu.. so petang ni kita fokus pasal makan, makanan dan memakan.. elehh nak berbuka dah kan so tak dak hal lah hehehe.. makan husna kali ni bersama unta fadang fasir lah ya habibi ya maulana.. mana tak nya Buffet Buka Puasa di Hotel Park Avenue pada tahun ni bertemakan Road To The Desert.. habis semua staff Park Avenue Hotel dressing macam pak arab dan mak arab.. eh! mak arab pon bolelaa..


buat orang utara yang dah jemu buka puasa di rumah atau dah habis ronda bazaar tapi masih tak jumpa yang berbeza dan masih memerlukan kelainan boleh laa singgah Bistro Coffee House, Hotel Park Avenue untuk melangsaikan nafsu korang hehehe.. ada lebih kurang 300 jenis makanan yang terhidang yang mana setiap menu ni akan bertukar mengikut hari.. gila lah sekali pergi pon tak dapat nak rasa semua, inikan pulak menu bertukar-tukar.. dan yang paling best sepanjang bulan Ramadhan, korang akan dihiburkan dengan persembahan khas dari penyanyi Zatul (Mentor 6) secara live..


ni pilihan husna dan kawan husna pada malam tu.. ada lagi ni tak muat masuk frame..

korang kalau datang sini cakap je nak makan apa, dari makanan bergoreng, berkuah, lauk kampung, makanan barat, sejuk atau panas, semua siap tersedia.. tak nak makan nasi, laksa penang, bihun sup dan mee rebus ada dan memacam pilihan lagi lah punya dok ada.. nak makan sampai kembung perut terjojol pusat pon tak dak orang herann.. yang pasti kempunan husna terhadap siput sedut dah pon settle, yummehhh.. tersedut sengsorang di penjuru meja, kalau mak mertua lalu pon tak perasan dah kihkihkih..:p



untuk pembuka selera, mereka menyediakan pelbagai jenis kuih-muih dan lebih kurang 9 jenis bubur.. husna jadi terkilan plak tak dapat rasa salah satu bubur tu, padahal dah tengok dah bubur jagung gandum, siap cakap dengan kawan kejap lagi kita datang balik ambek tapi macam mana ntah boleh pulak terlupa..-_-' 

kuih-muih kat sini memang bebetul kuih laa tak dak yang diisi dengan oxygen semata.. tetiba husna teringat peristiwa semalam, teringin nak makan kuih punya pasal jadi pergilah beli kat bazaar.. husna beli seringgit ada 3 ketul kuih; mini burger, karipap inti keledek dan pulut hijau yang makan dengan gula melaka tu.. malam tu nak makan sambil hadap slide terperasan mini burger tu hanya ada kesan calit sambal dekat roti, timun dan sekoq jaa ikan bilis.. sayu terus hati, dah laa tengah bayang mini burger mama yang penuh dengan limpahan sambal ikan bilis dan timun rangup..:( sebab tu dari dulu parents husna tak suka beli kuih kat bazaar, nak elak dari dok sumpah seranah time bulan puasa, so nak makan apa list je then ikut turn.. aloooo nak balik rumah.. 



ok teruskan.. husna perasan stalls kat sini diberi sedikit pembaharuan, itupon setelah diberitahu oleh kak Farah.. warna-warni ni ada kaitan dengan tema tapi husna tak ingat apa kaitannya..:p ada lagi ni stall yang husna tak masukkan, stall udang goreng berempah dan stall arabic corner..




dan stall yang paling mendapat perhatian mestilaa kambing bakar.. mujurlaa husna tak makan kambing kalau tak, mesti dah beratur sekali.. kawan husna makan nasi arab dengan kambing bakar, dya kata sedap.. katanyaa nasi tu pon lembut jaa tak macam tempat yang dya makan sebelum ni.. sayang plak husna tak rasa sebab dah lama cadang nak makan nasi arab tapi tak berkesempatan huhuhu.. lagipon kenyang ratah siput sedut, dok berenang-renang dah dalam perut kihkihkih..

dua atas tu bahagian celup-celup, kiri bawah stall bubur, dan kanan bawah stall roti bakar..

bahagian celup-celup pon ada, alaa yang lebih kurang macam steamboat tu.. meriah tengok bahan-bahan dya lepas sorang, sorang plak angkut.. husna kalau singgah bahagian nih mesti dok celup kangkung tu jee.. yang lain husna tak makan, tak reti nak makan macam tu je walaupun tengok orang lain makan sedap.. lelagi kak Farah, feveret spot dya nih hehehe.. 

rojak buah, agar-agar, pudding, asam buah, dan pelbagai pilihan air sejuk..

bahan-bahan untuk ais kacang..


untuk pencuci mulut pula mereka ada sediakan cendol, agar-agar, pudding yang memacam jenis kaler dan ais kacang yang ada lebih kurang 100 jenis bahan.. berpinar mata nak senduk mana satu yang mana korang tinggal isi je dalam bekas, then pass kat staff stall ais kacang untuk completekan ais kacang korang tu.. heeee senang kan..

suasana sekitar lobi masa berbuka.. full house!!

kejap nak senarai menu yang husna masih ingat hehehe saja nak buat korang terliur..:p ulam-ulaman, telur itik masak lemak cili api, kepah goreng kunyit, siput sedut masak lemak cili api, ayam goreng kunyit, apam balik, sayur campur, siew pak choi goreng, gulai udang, ayam masak masam manis, kari kepala ikan, dalca daging, pasta, mee rebus, bihun sup, laksa penang, rojak mamak, ketupat, lemang, rendang, serunding dan banyak lagi.. 

rasa macam tak puas lagi cerita dan kongsikan gambar kat korang.. tapi nanti banyak plak nak kena load, so kalau rasa macam tak puas hati jugak boleh laa walk in berbuka sini nak rasakan kelainannya.. tapi better booked laa beli voucher sebab kang kalau walk in seat fully booked menangis tak berlagu plak huhuhu..


Walk In:
Adult: RM65.00
Child: RM45.00

Voucher:
Adult: RM60.00
Child: RM35.00


apa-apa pertanyaan boleh contact no kat atas tu atau mereka ni:

1. Yeo - 016-419 2946
2. Sharul - 016-419 2915
3. Haizard - 016-419 2926
4. Syed - 016-419 2945
5. Catherine - 016-418 0094
6. Nur asmani - 016-419 2944


Terima kasih kepada pihak hotel kerana sudi menjemput husna dan rakan blogger yang lain, terima kasih kak farah ajak husna lagi, dan terima kasih Azie sebab sudi temankan husna..;)


Till then!! See ya~





Copyright © 2017 husnazahidi
| Distributed By Gooyaabi Templates