Wednesday, December 09, 2015

Beraksi di Jump Street Trampoline Park, Penang


Assalamualaikum w.b.t..

hai semua! minggu lepas husna diberi kesempatan untuk sertai aktiviti melompat lebih tinggi bersama 18 orang ahli blogger utara di Jump Street Trampoline Park, Penang.. ini pertama kali husna berjumpa sebahagian besar ahli keluarga blogger utara selain dari sembang rancak dalam group WhatsApp.. hahaha.. perasaan pada masa tu hanya diri sendiri je yang tawu padahal ada jaa yang husna dah pernah jumpa tapi normal laa sementara nak biasa malu segan tu tetap ada.. kihkihkih..:p


okay untuk pengetahuan semua, Jump Street Trampoline Park, Penang merupakan taman tema trampoline yang terbesar di Asia dengan lebih seratus trampoline dihubungkan bersama dari lantai sampai lah ke bahagian dinding.. Nak masuk sini tak perlu risau pon kalau seumur hidup tak pernah melompat atas trampoline, sebab nanti akan ada referee berpengalaman yang akan membantu di setiap bahagian.. kat sini ada lebih kurang 7 bahagian yang sememangnya akan menarik perhatian para pengunjung.. kalau boleh semua pon nak cuba.. hehehe..


kami sampai dalam pukul 2 lebih lepas tu terus disumbatkan dalam blue cube untuk sesi penerangan, agihan socks dan pemakaian tag tangan.. mereka yang berbaju belang hitam hijau tu laa referee kami pada hari tu, mesra je diorang.. sebelum memulakan permainan, Jump Referees akan memberi penerangan tentang undang-undang di setiap aktiviti dan paling penting memastikan setiap jumper melompat mengikut kemampuan mereka selain dari memastikan setiap jumper sentiasa selamat..


sebelum memulakan aktiviti kena laa panaskan badan dan regangkan otot-otot dulu.. kalau tak kang ada pulak yang terseliuh atau tersilap urat.. kihkihkih.. kan dah potong mood nak melompat so buat bebetul ye..

lepas tu baru boleh terjah dan beraksi..:D

5 minutes break! hihihi 

1. Main Court @ Ice Breaker 
setiap group akan dibawa ke sesi ice breaking dulu di Main Court ni untuk meregang dan mengenali skill-skill asas bermain trampoline.. ada 5 jenis skill asas iaitu Straddle Jump, Tuck Jump, Pike Jump, Knee Drop, dan Seat Drop..

tiga jenis lompat yang pertama tu husna boleh hadap lagi, lepas tu masuk je Knee Drop dan Seat Drop tu tak mampu dah.. nak kena melompat jatuh dengan lutut dan melompat jatuh dengan duduk.. mak aih bukan apa, jenis tak percaya diri sendiri boleh buat nih fail lah sekejap.. hihihi.. so buat yang nak tingkatkan keyakinan diri sendiri boleh laa datang cuba..:)


2. Foam Pit Relay @ Foam Pit
kat bahagian nih pulak dua kumpulan akan lompat dengan serentak ke dalam lautan foam untuk lawan kumpul point.. lepas dah lompat masuk dalam nih jangan harap dapat keluar dengan cepat.. makan masa sungguh, nampak je besar dan timbul kiub-kiub foam tu padahal bila dah lompat, mak aih tenggelam sekelip mata boleh lesap.. hahaha..


3. Tower Jump
di bahagian tower jump ada dua pilihan sama ada guna tower untuk melompat ataupun guna trampoline je.. tower jump merupakan platform untuk melompat dimana kita akan menentang graviti sehingga mendarat dengan selamat di atas Giant Air Bag.. yang ni husna tak cuba pon sebab ramai sangat yang tengah tunggu que..

4. Slam Dunk Lane @ NBA Sharp Shooter
ada tiga lane yang mempunyai 3 jenis ketinggian jaring iaitu 10', 9' dan 7'.. setiap jaring mempunyai markahnya yang tersendiri dan kumpulan yang bermain akan berusaha untuk kumpul markah sebanyak yang mungkin.. bahagian nih boleh laa nak acah-acah slam dunk, lompat atas trampoline dan menjaringkan gol.. nampak macam senang rupanya tak pon.. huhuhu..


5. Trampoline Dodgeball @ Dodge Ball Courts
kat sini ada dua gelanggang dodgeball dan setiap kumpulan boleh bermain di gelanggang tersebut menggunakan format Round Robin.. permainan nih lebih kurang macam tuju kasut laa, tapi ni guna bola dan tuju pihak lawan sambil lompat atas trampoline.. husna masuk gelanggang main nih awal lagi keluar, dok ralit tengok orang lain kena tuju tak perasan diri sendiri kena tuju.. adehh~

6. Battle Beam
aktiviti nih hanya sesuai untuk kanak-kanak ye.. hari tu tak dak Jump Referees yang bertugas so tak dapat nak tengok macam mana budak-budak tu main.. yang husna tawu dua orang akan meniti di atas palang sambil pegang Battle Sticks berkusyen, tujuan dya hanya kalahkan pihak lawan memasing..


7. High Performance
Kawasan high performance hanya sesuai untuk atlet dan orang dewasa sahaja.. terdapat 6 jenis trampoline bersaiz olimpic yang akan memberi persekitaran yang sempurna untuk jumpers asah bakat dan meningkatkan kecergasan.. trampoline kat sini sangat tak sama macam trampoline di aktiviti sebelum sebab trampoline dya gila jarang.. boleh nampak dasar lantai.. mak aih rasa-rasa mampu tak lompat atas tu.. husna try memula macam risau sikit tapi sebab dah gian, lompat jugak laa itupon mata tak pandang bawah.. herrr memang idok ler..


Aturan Keselamatan Melompat
Jump Street Trampoline Park, Penang sangat menitikberatkan mengenai keselamatan jumpers sebab melompat atas trampoline ni boleh dikategorikan sebagai sukan extreme, silap langkah atau cuai sedikit sebanyak akan mengundang kepada bahaya.. jadi jika terlihat jumpers yang tidak mengikut arahan, pihak mereka akan tidak teragak-agak untuk mengusir keluar..


pihak Jump Street jugak ada menyediakan kemudahan kafe dan toilet yang selesa.. ibu bapa yang menunggu anak bermain sementara tu boleh singgah minum atau makan dulu.. ataupun yang lepas lompat berasa dahaga boleh jugak duduk dan minum dulu..


keseluruhannya kami pada hari tu memang sangat-sangat have fun lah.. serius walaupun husna dah sampai Merbok balik rumah sewa still rasa macam masih berdiri di atas trampoline lagi.. inshaAllah kalau ada rezeki pasti akan ke sana lagi.. terima kasih banyak kepada pihak Jump Street Trampoline Park, Penang kerana sudi menerima kunjungan ahli Blogger Utara..

Pembelian Tiket

  • Harga Keseluruhan (Isnin hingga Rabu): RM22/pax (termasuk cukai GST 6%) [Sejam melompat + Stokin]
  • Harga Keseluruhan (Khamis hingga Ahad): RM27/pax (termasuk cukai GST 6%) [sejam melompat + Stokin]

Waktu Operasi
  • Ahad hingga Khamis, 10 pagi sehingga 9 malam
  • Jumaat dan Sabtu, 10 pagi sehingga 10 malam

Hubungi mereka:

Jump Street Trampoline Park
D'Piazza Mall,
70, Jalan Mahsuri, Bayan Baru,
11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Tel: +604-611 9248
Facebook: https://facebook.com/JumpStreetAsia/
Instagram: https://instagram.com/jumpstreetasia/


Till then! See ya~

27 comments:

  1. Bestnya husna dpt jkin aktiviti mcm ni, dkt cne mna ada lgi mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. husna pon tak caya husna dah sampai belah penang dgn sndiri..:D

      Delete
  2. hai husna...memang seronok berada di jump street kan...
    rasa nak pi lagi dan lagi....

    ReplyDelete
  3. thanks husna join event ni
    n dpt jumpa husna..tinggi orgnya :)

    ReplyDelete
  4. melompat jatuh dengan lutut dan melompat jatuh dengan duduk sama dengan akak...

    tak percaya pada diri sendiri... dah la "comel" kan... rasa macam tak mampu jaa.. huk2

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. tu laa.. risau kang terjelepok pon comel je..:P

      Delete
  5. Best gilaa.. tapi rasanya saya x boleh main sebab lebih muatan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. gamenih tak dak had limit pon.. asalkan boleh melompat.. hehehe..

      Delete
  6. best time melompat.. lepas tu lepas tu ehehe..
    nampak sngt laa akak ni tak fit wakakakaka..

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. best sgt zumal! rasa mcm nak pergi lagi bawak rakyat terkinja-kinja sana.. hehehe..

      Delete
    2. Zumal pun nak pergi lagipun center bisnes Zumal pindah kat mall tu juga ^-^

      Delete
  8. bestnya!!! pernah tengok tempat melompat ni dekat tv. siyesly rasa nak pergi. one day insya ALLAH

    ReplyDelete