Saturday, October 03, 2015

Jelajah Street Art di Pekan Semeling, Sungai Petani


Assalamualaikum w.b.t..


Dah lama sangat dah hati nih teringin nak bergambar (baca: menggila) dengan lukisan-lukisan yang bercambah dekat dinding bangunan-bangunan lama tu.. semenjak Street Art Penang heboh diperkatakan, semua pon macam dah tahu pasal street art nih.. kebanyakan tempat pon dah ada, macam Melaka, Ipoh dan Shah Alam.. apa yang menariknya pada street art, selain dari memberi keceriaan pada bangunan lama tersebut, ia juga membawa maksud tertentu..

Beberapa minggu yang lalu husna dapat taw yang di Sungai Petani dan Pekan Semeling juga dah ada street art.. bertuah sungguh laa, terus rasa tak sabar nak jelajah sendiri.. yelaa tempat yang jauh sekangkang gajah tu jenuh hitung hari dan waktu tapi masih belum rezeki nak sampai sana.. dan sebelum cuti raya Haji bebaru ni, sempatlaa pergi terjah yang paling dekat dengan kawasan rumah sewa husna iaitu Pekan Semeling..

Street Art Pekan Semeling, Semeling.

Memula macam tak percaya yang Pekan Semeling pon dah ada street art.. celah mana je nak dilukis semua lukisan tu.. rupanya dibelakang deretan kedai.. nasib baik pergi merempit, tak de laa nak kena park kereta tepi pastu berjalan masuk belakang kedai sebab belakang kedai cina kan, pepaham jelaa.. itupon bebudak ni gigih menggila.. kihkihkih..

street art, pekan semeling, semeling
Street Art Pekan Semeling, Semeling

Street Art, Pekan Semeling, Semeling
Street Art Pekan Semeling, Semeling

Street Art, Pekan Semeling, Semeling
Street Art Pekan Semeling, Semeling

Street Art, Pekan Semeling, Semeling
Street Art Pekan Semeling, Semeling

Street Art, Pekan Semeling, Semeling
Street Art Pekan Semeling, Semeling

Street Art, Pekan Semeling, Semeling
Street Art Pekan Semeling, Semeling

Street Art, Pekan Semeling, Semeling
Street Art Pekan Semeling, Semeling
memang banyak lah lukisan yang ada kat situ.. semuanya cecantik! kreatif dan berbakat betul semua pelukis nih.. kalau husna jangankan dinding, kertas secoet tu pon kalau melukis belum pasti dapat rupanya.. hahaha..:p

selesai penuhkan memori fon ingatkan nak terus gerak balik, sekali diorang ajak pergi makan char kuew teow ketam berasap.. dah alang-alang keluar, makan malam terus laa petang tu..


Char Kuey Teow Ketam Berasap, Semeling.

kalau dari Merbok, di penghujung Titi Semeling akan ada simpang empat, ambil kanan dan di sebelah kiri terletaknya kedai ini.. sebenarnya kedai ni dalam kawasan Restoran Dangau Nasi Talam.. kalau datang malam restoran ni akan lebih jelas dengan cahaya lampu bertulisan "Dangau".. 

char kuew teow, Halim Manan Char Kuey Teow, Semeling
Halim Manan Char Kuey Teow, Semeling

Halim Manan Char Kuey Teow, Semeling
well, nampak hidangan tu menyelerakan dah TAPI...

ada sesuatu yang tak kena.. husna tak tawu, rasa char kuey teow nya macam dah lari.. tak sempat nak kejar.. telur pon tak masak.. bukan separuh masak atau dua, tapi yang husna dapat tu memang tak masak.. jelas kelihatan jernih telur tu..

Char Kuey Teow Ketam Berasap berharga RM8.00 sepinggan.. kami bertiga ambek char kuey teow ketam dan sorang lagi kawan husna ambek Char Kuey Teow Special.. ada udang dan kerang berharga RM5.50 sepinggan.. husna tengok yang special punya lagi menyelerakan.. nampak berbaloi lah kisahnya.. dari segi harga dan kuantiti.. tapi tak pe lah nak merasa punya pasal.. lepas ni mungkin tak pilih dah.. 

walaubagaimanapun, Pe'a Char Kuey Teow tetap dihati.. murah dan sedap!! hihihi..

UPDATE!!
memandangkan ramai yang tanya macam mana nak makan ketam nipah gedang sekor terbuntang macam tu meh husna selit sikit ye.. sebenarnya cengkerang di badan dya tu dah dikopek sesiap untuk pelanggan.. masa kitaorang dapat tu pon terkejut jugak, macam mana nak makan nih.. rupanya diorang dah tolong bukakkan.. tinggal nak korek makan je.. tapi kalau tak puas jugak macam kitaorang hari tu, belasah je pakai tangan.. takyah nak malu, rugi bayar lebih tapi makan ciput jaa.. lagipon jangan risau sinki bersepah.. hahaha.. oraite!




Till then!! See ya~

31 comments:

  1. Wah,pekan semeling dah membangun la sekarang...awesome

    ReplyDelete
  2. elok sgt..lepas penat posing cari makan pulak..adoi mcm mana mkn ketam tu sekoq2 tu

    ReplyDelete
  3. Selalunya, telur dalam char kuey teow dimasukkan masa api dah ditutup dan sepatutnya telur tu masak juga tapi ini macam dah masuk dalam pinggan baru letak telur tu...

    ReplyDelete
  4. bagus eh skarang ni.. mana2 ada street art.. at least bila lukis elok2 xyah la
    jadi vandalisme dah kan.. akak rasa macam pernah pegi area sni tapi dok pasti la..

    selamat balik kampus adik manis =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat tempat Zumal ja belum ada rasanya... Terasa lekeh sangat duk Perlis ^-^

      Delete
    2. Kat tempat Zumal ja belum ada rasanya... Terasa lekeh sangat duk Perlis ^-^

      Delete
    3. zumal ajak SYM pi melukis kat perlis hehe

      Delete
    4. kan SYM... mana2 skrg dah ada street art.. kat pusat pengajian farmasi usm pun kami ada buat mural ala2 street art.. hehehe

      Delete
  5. dengan adanya street art tu, maka bangunan lama terjaga dan terpelihara...

    nahaiiii ! ketam seekor.. cemana nak makan tu? bagi pengepit tak..?

    ReplyDelete
  6. kuew tiaw ketam tu memang tak menahann sangat nyum nyumm melilihhh mommy tgk!

    ReplyDelete
  7. menarik2
    menarik lagi jln2 smbil makan kan hehe

    ReplyDelete
  8. Char koew teaw tu yang menarik...nanti balik kedah boleh singgah...

    ReplyDelete
  9. Style gmbr tu...selame ni g penang xpernah tau pun ade art2 ni..hihihi... klau mkn udang ke ketam ke mmg xpuas klau x guna tgn..hihi

    ReplyDelete
  10. tapi nampak CKT tu kuah pekat. errr errrrrr tetiba meloya baca telor tak masak huuuuuu uwekkkkkk

    tapi kan akak lagi suka Mural ni. dari dorang conteng dinding dengan ntah hape2 perkataan tak senonoh tu kan

    ReplyDelete
  11. Wah, dekatlah sesgt tu..rajin jugk depa buat street art kt sna.best2.

    ReplyDelete
  12. semeling pun dah ada street art yer.. nk celen penang lettew.. hehehe

    ReplyDelete
  13. menarik boleh cuba ni....tapi masih belum dapat pasti lokasinya

    esok akan ke sana....SP

    ReplyDelete
  14. tak sangka sampai ke sini ha street art....

    ReplyDelete
  15. Baru nk ajak en suami p street art ni tp macam susah je nk cari lokasi.p semata nk tngkp gmbaq mau ke beliau layan..huhu

    Ohh ni kt dangau ekk..dekat sgt ngan umah..tp dok p carik makan jauh2..nasib tak p..tak sedap kan.hahaha...

    Pae charkoteaw kt mana husna..bgtau plz..besa dok p kt zam je..nk try jugak

    ReplyDelete
  16. cantiknya lukisan dia! makanan murah2..
    kt penang pon seronok kan,,hehe

    ReplyDelete
  17. pernah pegi jugak cari street art ni.. jumpa te.pat ni tapi mengecewakan hujan lebat xleh nk turun bergambar huhuhu

    ReplyDelete

assalamualaikum dan hye..
tinggalkan jejak awak di sini..
terima kasih..♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Blog ini merupakan blog peribadi perkongsian daripada penulis. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pengalaman atau pendapat peribadi, dan tidak melibatkan mana mana pihak kecuali dinyatakan sumber atau nama pemiliknya.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal, dan mungkin berbeza dengan individu lain. Penulis sama sekali tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen dan pendapat yang dilontarkan oleh para pembaca blog ini.

Terima Kasih.