Featured

Saturday, October 03, 2015

Jelajah Street Art di Pekan Semeling, Sungai Petani


Assalamualaikum w.b.t..


Dah lama sangat dah hati nih teringin nak bergambar (baca: menggila) dengan lukisan-lukisan yang bercambah dekat dinding bangunan-bangunan lama tu.. semenjak Street Art Penang heboh diperkatakan, semua pon macam dah tahu pasal street art nih.. kebanyakan tempat pon dah ada, macam Melaka, Ipoh dan Shah Alam.. apa yang menariknya pada street art, selain dari memberi keceriaan pada bangunan lama tersebut, ia juga membawa maksud tertentu..

Beberapa minggu yang lalu husna dapat taw yang di Sungai Petani dan Pekan Semeling juga dah ada street art.. bertuah sungguh laa, terus rasa tak sabar nak jelajah sendiri.. yelaa tempat yang jauh sekangkang gajah tu jenuh hitung hari dan waktu tapi masih belum rezeki nak sampai sana.. dan sebelum cuti raya Haji bebaru ni, sempatlaa pergi terjah yang paling dekat dengan kawasan rumah sewa husna iaitu Pekan Semeling..

Street Art Pekan Semeling, Semeling.

Memula macam tak percaya yang Pekan Semeling pon dah ada street art.. celah mana je nak dilukis semua lukisan tu.. rupanya dibelakang deretan kedai.. nasib baik pergi merempit, tak de laa nak kena park kereta tepi pastu berjalan masuk belakang kedai sebab belakang kedai cina kan, pepaham jelaa.. itupon bebudak ni gigih menggila.. kihkihkih..

street art, pekan semeling, semeling
Street Art Pekan Semeling, Semeling

Street Art, Pekan Semeling, Semeling
Street Art Pekan Semeling, Semeling

Street Art, Pekan Semeling, Semeling
Street Art Pekan Semeling, Semeling

Street Art, Pekan Semeling, Semeling
Street Art Pekan Semeling, Semeling

Street Art, Pekan Semeling, Semeling
Street Art Pekan Semeling, Semeling

Street Art, Pekan Semeling, Semeling
Street Art Pekan Semeling, Semeling

Street Art, Pekan Semeling, Semeling
Street Art Pekan Semeling, Semeling
memang banyak lah lukisan yang ada kat situ.. semuanya cecantik! kreatif dan berbakat betul semua pelukis nih.. kalau husna jangankan dinding, kertas secoet tu pon kalau melukis belum pasti dapat rupanya.. hahaha..:p

selesai penuhkan memori fon ingatkan nak terus gerak balik, sekali diorang ajak pergi makan char kuew teow ketam berasap.. dah alang-alang keluar, makan malam terus laa petang tu..


Char Kuey Teow Ketam Berasap, Semeling.

kalau dari Merbok, di penghujung Titi Semeling akan ada simpang empat, ambil kanan dan di sebelah kiri terletaknya kedai ini.. sebenarnya kedai ni dalam kawasan Restoran Dangau Nasi Talam.. kalau datang malam restoran ni akan lebih jelas dengan cahaya lampu bertulisan "Dangau".. 

char kuew teow, Halim Manan Char Kuey Teow, Semeling
Halim Manan Char Kuey Teow, Semeling

Halim Manan Char Kuey Teow, Semeling
well, nampak hidangan tu menyelerakan dah TAPI...

ada sesuatu yang tak kena.. husna tak tawu, rasa char kuey teow nya macam dah lari.. tak sempat nak kejar.. telur pon tak masak.. bukan separuh masak atau dua, tapi yang husna dapat tu memang tak masak.. jelas kelihatan jernih telur tu..

Char Kuey Teow Ketam Berasap berharga RM8.00 sepinggan.. kami bertiga ambek char kuey teow ketam dan sorang lagi kawan husna ambek Char Kuey Teow Special.. ada udang dan kerang berharga RM5.50 sepinggan.. husna tengok yang special punya lagi menyelerakan.. nampak berbaloi lah kisahnya.. dari segi harga dan kuantiti.. tapi tak pe lah nak merasa punya pasal.. lepas ni mungkin tak pilih dah.. 

walaubagaimanapun, Pe'a Char Kuey Teow tetap dihati.. murah dan sedap!! hihihi..

UPDATE!!
memandangkan ramai yang tanya macam mana nak makan ketam nipah gedang sekor terbuntang macam tu meh husna selit sikit ye.. sebenarnya cengkerang di badan dya tu dah dikopek sesiap untuk pelanggan.. masa kitaorang dapat tu pon terkejut jugak, macam mana nak makan nih.. rupanya diorang dah tolong bukakkan.. tinggal nak korek makan je.. tapi kalau tak puas jugak macam kitaorang hari tu, belasah je pakai tangan.. takyah nak malu, rugi bayar lebih tapi makan ciput jaa.. lagipon jangan risau sinki bersepah.. hahaha.. oraite!




Till then!! See ya~
Copyright © 2017 husnazahidi
| Distributed By Gooyaabi Templates