Tuesday, September 30, 2014

#weirdolesissy | Ber-karaoke Hilangkan Stress


Assalamualaikum w.b.t..


Hi.
tengah nak tutup cerita bulan September, siapkan entry pekasam walaupun 30hb dah nak habis sebab kalau tak push untuk habiskan jugak rasanya sampai bila pon tak kan selesai.. akhir sekali padam macam tu je tanpa kesan.. 

ini cerita berlaku pada hari Ahad tengah bulan Ogos 2014, disebabkan semester baru untuk intake degree bakal bermula, jadi ada beberapa hal nak kena settle di kampus, buat clearance dan sebagainya sebelum mendaftar masuk.. adik-beradik #weirdolesissy ajak berjumpa since lama gila kitaorang tak bersua muka, bercerita sampai tak ingat..  

eh dah kenal belum adik-beradik pelik nih?? lepas baca entry nih, open house di merbok, tengok gambar apa semua kenal lah kot.. semua bekas housemate husna masa belajar diploma dulu..:)

Arifah dan Zaimah, member yang jauh diorang sewa homestay kat Merbok tido untuk semalam.. datang Affini dan Dalila teman.. tak lama lepas tu Atikah pon sampai.. Husna pukul 12 baru memulakan perjalanan.. singgah rumah Imani untuk pergi dengan dya sekali, berhenti lunch sekejap, pukul 2 baru kami sampai homestay.. dan last sekali yang sampai ialah kak Hany..

berjanji nak kumpul tengah hari, hari Ahad tapi dah nak menginjak ke petang baru semua nampak muka.. almaklumlah tersangkut dengan komitmen memasing, acewahh.. yang sedihnya 2 orang ahli tak dapat hadir atas alasan tertentu..:(

sampai je homestay, tak sempat nak bagi salam terus riuh je mulut menyembang tanya itu ini.. boleh bayang tak bila orang perempuan berjumpa?? rabung macam pasar malam.. hahaha.. alahai rindunyaa.. 8 orang pulun nak berbalas soalan dan jawapan maw nya tak riuh satu rumah tu sampai tak sedar ada jiran.. pukul 4 lebih baru kami bertolak pergi kampus.. itu pon tak selesai jugak sebab ada document pending yg memerlukan signature pihak atas.. pihak atas plak dah balik, yelaa kami datang pon 'awal sangat'.. bhahaha..

perasan tak monopod kat tangan kak Hany (baju purple)..
kemain husna ambek gambar diorang, diorang ambek gambar husna..:p

nak ada muka semua kena laa welfie..bheheee..:3

lepak minum kat kafe uitm, balik homestay solat dan rehat sekejap, pukul 8.30 malam plak keluar pergi Amanjaya Mall buang suara, buang segala stress yang ada.. yup, jangan tak tahu, dengan ber-karaoke juga tekanan stress dapat diatasi okay.. sebab nak jerit kat tepi pantai atau atas bukit macam dalam filem rasa terbatas kan?? jadi jerit dalam bilik karaoke jelaa sampai hilang anak tekak pon takpaa.. ekekekkee..


pukul 11 malam baru keluar dari karaoke, singgah kedai makan sebab dah lapar terok, tak daya nak tahan.. pukul 12 diorang hantar husna balik.. ingat tak nak menyusahkan tapi diorang dah cakap tak pe, husna pon ok jelaa.. sebab rumah husna dari merbok sejam jugak perjalanan, kesian dan tak elok orang perempuan drive tengah malam.. dah tu tawakkal jelaa..

Alhamdulillah pukul 1 selamat sampai rumah husna, mama abah pon dah tido.. perangai tak semenggah, anak dara balik lewat malam, adik-adik kakak-abang jangan ikut ye.. alaaa ini pon first time, tak sengaja punya pasal..:p

jealous dengan diorang sebab masih boleh pillow talk untuk satu malam lagi.. husna plak kena kerja esok paginya.. tak pe laa inshaAllah panjang umur jumpa lagi..


Till then!! See ya~











Friday, September 26, 2014

Giveaway 2014 Mialiana.com


Assalamualaikum w.b.t..



Giveaway 2014 Mialiana.com bermula pada jam 8.30 pagi 20 September 2014 hingga 11.59 malam 30 September 2014. Menawarkan hadiah yang bernilai RM1,495.80 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.

Syarat-syaratnya :

1. Wajib Follow Blog Sponsor

2. Wajib Like Fanpage Sponsor

3. Buat entri bertajuk Giveaway 2014 Mialiana.com
4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

40 pemenang bertuah akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 10 Oktober 2014.

Good luck!

klik pada banner untuk join....

Tuesday, September 16, 2014

Siti & Sally The Sisters Closet Dress Giveaway!


Assalamualaikum w.b.t..


Sempena pembukaan butik online yang dijalankan oleh Sally dan juga kakak, kami dah sepakat untuk menghadiahkan sehelai dress yang akan dipilih secara rawak untuk pembaca blog Sally..So, girls...what you waiting for..?


  1. Follow blog Sally, Add To Circle Google+ Sally, Follow Twitter Sally, Follow Instagram Sally (Kalau ada + optional) dan Like Fanpage Sally & Fanpage The Sisters Closet
  2. Tolong klik SITI - SALLY - THE - SISTERS - CLOSET - DRESS - GIVEAWAY
  3. Buat satu entry bertajuk Siti & Sally The Sisters Closet Dress Giveaway!
  4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish.
  5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.
  6. Sally akan gunakan khidmat Uncle Random.org untuk pilih ye...Hanya SEORANG PESERTA yang akan dapat sehelai dress.
  7. Giveaway akan berlangsung daripada 16th September 2014 - 19th September 2014











Perasaan Hadiri Walimah Dulu & Sekarang


Assalamualaikum w.b.t..


Hi.
Ini cerita hari minggu lepas, biasalaa husna cerita dah basi baru nak up.. huh!!

husna percaya orang lain pon banyak dapat jemputan ke kenduri kahwin kan?? tengah musim sekarang, budak-budak plak tengah cuti sekolah eloklah kalau buat masa ni.. husna ni pantang dengar ada jemputan, mesti menonong je ikut bontot mama abah pergi kenduri.. nasiblah sabtu tu cuti sebab ganti hari halfday..

kalau dulu masa kecik pergi kenduri rasa macam hanya pergi memenuhkan perut dengan nasik minyak je takpun nasik kaler-kaler.. then cepat-cepat nak salam tuan rumah sebab nak dapat bunga telur dengan gula-gula.. dan kalau salah sorang dari kami adik beradik tak dapat, berlakulah adegan muka tak malu pergi mintak kat tuan rumah.. sememeh sungguh..-..-

itu dulu, sekarang lagi best sebab dapat jumpa adik-beradik, sepupu sepapat yang jauh, yang jarang pernah tengok muka tahu mereka wujud tapi tak de kesempatan nak berjumpa.. haa waktu ni lah nak kenal, tukar-tukar no fon.. lepas tu sembang sampai tak sedar anak-anak dah kemana.. lepas kat tangan orang lain pon tak pe kot.. hahaha..

kekadang fail jugak pegang budak kecik nih, asyik nak nangis je..
husna: aloloo kenapa sayang..:3 baby: eh kenapa muka lain??

cuma yang tak bestnya bila jumpa makcik pakcik nih, dya tengok kita yang anak dara mula lah nak soal perancangan hidup yang kita sendiri tak nampak rupa dan caranya lagi.. kalau ye pon ambil berat tanya lah benda lain, banyak lagi benda boleh tanya.. lagi bagus kalau ambil berat yang datang dengan pilihan solusi.. baru thorbaekk!! ekekkkee..

anak perempuan tok long..
eh cantekkan 
warna tema diorang.. oren hehehe..

tapi husna ada satu tabiat yang husna rasa orang lain pon sama kepala dengan husna kot.. sekarang ni dari awal masuk majlis sampai dah nak balik, satu persatu husna teliti.. dari segi penggunaan deejay, jamuan makan oleh caterer atau rewang, pilihan makanan, apa dalam goodies bag dan macam-macam lagi lah.. eh ini bukan pergi soal siasat tuan rumah atau sibuk pergi belek barang-barang orang taw, dan bukan jugak nak pergi komplen.. sekadar rencana dalam fikiran je..

salah satu cara belajar dari penglihatan.. so that inshaAllah bila tiba masanya nanti, kita plak sebagai tuan rumah, kita tak kan ulangi kesilapan yang mana kita sebagai tetamu pernah rasa sebelum ni.. memanglah tujuan walimah untuk merai pasangan dan menghebahkan perkahwinan.. tapi bestkan kalau tetamu nak balik sepanjang perjalanan asyik puji majlis.. majlis kecil kalau kena cara lagi tetamu puji.. :)

di kesempatan ni husna nak ucap Selamat Pengantin Baru buat semua pasangan yang selamat di ijab kabulkan.. Semoga Allah memberkati hubungan kalian..

dan Selamat Hari Malaysia yang ke-51..^_^



Till then!! See ya~











Tuesday, September 09, 2014

Giveaway Blogwalking Bersama Mamaniza.com


Assalamualaikum w.b.t..




Dengan ini, dilancarkan Giveaway Blogwalking Bersama Mamaniza.com

Bermula 9 pagi 1 September dan akan tamat pada 12 malam 10 September 2014

Tujuan giveaway ini :  Untuk memperkenalkan blog-blog baru dalam dunia blogging serta dapat juga menambah rakan-rakan baru dalam list follower anda. 

Sila FOLLOW BLOG mereka :


Sila LIKE PAGE mereka :


Sila FOLLOW IG mereka :
[nor_farihan] [aimimiddleton] [shidaradzuan] [ct aman] [huda] [asha]

Senarai Hadiah :
Goodie Beg - 40 pemenang (Mama)
Top up RM 10 - 9 pememang
Top up RM 5 - 5 pemenang
Wang Tunai RM 30 - 2 pemenang
Dish Wash Concentrate Shaklee - 1 pemenang
Potrait - 2 pemenang
Novel - 1 pemenang
Shawl - 5 pemenang
Fridge Magnet + Bookmark LE - 3 pemenang
Button Bagde + Bookmark LE - 2 pemenang
Agent Dorship Sophie - 20 pemenang
Brooch - 2 pemenang
Header Blog - 1 pemenang
Keychain - 1 pemenang
Buku Motivasi - 1 pemenang
Coin Purse dan Bookmark - 3 pemenang

Nota : Diharap semua peserta dapat memenuhi syarat yang ditetapkan, dan enjoy blogwalking oke!








Sunday, September 07, 2014

Novel Magis & Gaun Cik Bos Tuxedo Mr. Secretary


Assalamualaikum w.b.t..


Hi. Hari ni husna cuti, tengah rindu nak terjah dan baca cerita semua orang.. Mohon diberi kesempatan tersebut.. InshaAllah.. Erm yang masih menanti hadiah tersenarai sebagai pengomen tegar tu, husna mohon beribu kemaafan masih belum berupaya nak settle lagi.. 2 jenis dah ada, 2 jenis lagi je belum, yelaa hutang untuk 4 bulan kan.. inshaAllah minggu ni jugak husna usahakan..

Semalam husna half day, keluar makan dengan kawan sekejap, sebelum balik singgah kedai buku ABC depan Sek Men Badlishah tu.. kalau dulu masa zaman sekolah menengah, area situ jelaa nak keluar pon, asal boleh lepas dari pagar sekolah dah rasa best dah.. beli Slurpee kat 7E lepas tu topup makanan kering yang dah nak habis..


Apa cerita singgah kedai buku?? Alang-alang kat luar kan, baik cari sesiap novel yang husna sponsor untuk Giveaway Blogwalking Bersama Mamaniza.com.. pemenang bertuah akan menerima Gaun Cik Bos, Tuxedo Mr. Secretary.. kalau pemenangnya lelaki?? takpaa budak lelaki sekarang ni ada yang kalah perempuan taw baca novel, siap koleksi bersiri-siri.. hehehe..

husna ni tak pandai sangat bab nak pilih novel best.. Asal cover cun, tajuk menarik, sinopsis macam best sikit haa beli jelaa.. belek belek lagi sampai terteleng kepala nak baca tajuk, lepas tu ternampak karya RAM, alamak macam mana nih?? macam mana apa lagi, ambek je dedua habis cerita.. -.-

Seingat husna novel pertama Ramlee Awang Murshid yang husna baca ialah, Ungu Karmila.. cerita pasal sebuah rumah dan tumbuhan berduri.. sinopsis husna bagi dua patah perkataan je memang tak best langsung tapi cuba lah baca.. konfem hilang dalam dunia sendiri.. lepas tu tiga novel pertama cerita pasal Laksamana Sunan.. semuanya ehsan pinjam kat member nama Azlan, waktu zaman sekolah dulu..

sekarang ni dalam koleksi husna cuma ada Rahsia Perindu & Semangat Hutan.. ini tambah lagi seketul Magis.. tak ikut susunan siapa terbit dulu pon, main belasah je ambek.. beheee gasaklah..

Eh siapa yang tak join lagi giveaway Mama Niza tu cepat join ye.. husna pon sekejap lagi baru nak join.. mama cakap sponsor pon boleh isi borang ekekkeke.. tarikh tutup 10 Sept, tak lama dah.. 


Till then!! See ya~











Monday, September 01, 2014

Himpunan cerita & Selamat Hari Merdeka yang Ke-57!!


Assalamualaikum w.b.t..


Hi.. peribahasa lama mengatakan sayangkan anak tangan-tangankan.. ini sayangkan blog tinggal-tinggalkan.. makin hari makin malas.. bulan ni saja hanya tiga entry tersemat  rapi.. tak paa biarkan, kita tengok sampai bila husna nak macam tu.. -_-

Selamat Hari Merdeka yang ke-57 semua!!
ittew tengah nak merdekakan diri dari terus dijajah kemalasan, hadoiii~

buat apa je hari ni?? ada yang semangat join perbarisan ke?? bagusnyaa!! husna hari ni tak buat apa hanya ikut family memenuhi jemputan makan kenduri, makan free.. bheheee.. kat Selama Perak sana.. pukul 10 dah bertolak keluar rumah, kena plan bebetul sebab kat sana diorang style makan kenduri awal, dan habis pon awal.. kalau kat tempat husna start tengah hari habis petang.. tapi terpulang jugak lah pada tuan rumah dan keadaannya..:)

bulan Syawal dah lama habis tapi husna masih nak cerita pasal raya.. tak kira nak cerita jugak kat sini biar jadi kenangan.. ekekkeke.. kad raya yang terakhir untuk tahun ni.. terbang dari Bumi Kenyalang sana.. terima kasih Mama Mursyiid..

 kad raya cantik..:)

terima kasih atas ucapannya, dah terlebih bahagia dah hari raya hari tu..:p

ini plak hadiah rajin komen dari Syira Lokman.. mask.. terima kasih Syira.. sampai sekarang tak pakai lagi, tak rasa nak manjakan diri lagi.. sayang nak pakai jugak nih.. hehehe.. 

kiwi apple?? perisa kiwi campur apple kot..:D

last one, hadiah rajin komen jugak dari Mama Maszull.. t-shirt I  Legoland.. cantik baju, kain pon selesa, terima kasih mama.. 


kenangan semua nih.. entah bila plak dapat merasa zaman kegemilangan rajin blogwalking nih kan?? ;D


Till then!! See ya~











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Blog ini merupakan blog peribadi perkongsian daripada penulis. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pengalaman atau pendapat peribadi, dan tidak melibatkan mana mana pihak kecuali dinyatakan sumber atau nama pemiliknya.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal, dan mungkin berbeza dengan individu lain. Penulis sama sekali tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen dan pendapat yang dilontarkan oleh para pembaca blog ini.

Terima Kasih.