Thursday, August 14, 2014

Kad Raya Dari Syaza & Kak Fizah


Assalamualaikum w.b.t..


Hi. selamat pagi!! beheee sempat lagi nak quick update nih. dah siap semua masih berbaki lagi beberapa minit sebelum keluar rumah. kita update dulu sikit sebab kalau pergi ofis awal pon bukan boleh masuk. staff lain pon lagi 2 ke 3 minit pukul 9 pagi baru diorang sampai. dah hari keempat kerja, alhamdulillah so far tugas yang husna dapat tak de lah membebankan sangat. monthly checking, still boleh handle.

Perancangan Allah itu lebih baik. result penerapan uitm dah keluar selasa petang. balik je kerja, housemate mesej cakap dah boleh check. husna tak berjaya. housemates husna pon separuh je yang berjaya. tak taw lah masing-masing nak buat rayuan atau tunggu intake bulan 3 nih. husna plak, dah mati akal, tak taw nak buat apa. hadoiii~

terlajak tulis, mukadimah panjang sedepa. bhehee. eh masih dalam mood raya? owh yelaa baru minggu ketiga dalam bulan Syawal. raya sebulan khennn. bheheee husna pon ada banyak lagi entry raya yang tak update nih. siap ada peristiwa pengajaran lagi untuk husna. :p

ini kad raya kelima dan keenam tahun nih. sikit je. datangnya daripada kak fizah, pemilik Blog Sihati Merah Jambu & seterusnya daripada syaza raihanah, Blog Apple Mints. dah sampai punya lama tapi baru hari ni kecoh nak update. terima kasih ye kalian. :)


dah siap! get ready nak merempit, senang nak menyelit. kihkihkih. eh nak menyelit pon kita spesies behave k. ekekkeke. 


Till then!! See ya~










p.s-3 hari balik keja, lepas settle apa semua, datang waktu online mesti sekejap je dapat bertahan sebab dah pengsan. blogwalking entah mana mana. kita cuba lagi malam ni ea. 

Monday, August 11, 2014

Resepi: Ais Krim Oreo Homemade


Assalamualaikum w.b.t..


Hi. zaman sekarang ni semua benda dah boleh buat sendiri kan. sampaikan kekadang tu benda tersebut lagi menarik, lagi menyelerakan dari yang dijual. tapi itulah kuncinya cuma satu je, rajin. ada rajin semua kerja jadi. eh terlupa ikhlas pon kena ada jugak, haa baru menjadi.

sebab husna pernah je masak sesuatu dengan mood yang tak ikhlas. serius rasa macam nak lempaq. rasanya sama taraf kot dengan biskut yaya. blerghh. sebab tu mama husna selalu pesan, kalau nak masak tu biar ikhlas. beheee.

kali ni nak share resepi ais krim oreo buat sendiri di rumah (baca: homemade). jangan risau, semua resepi yang husna share kat sini, semuanya ikhlas. yelaa kalau tak jadi, husna pon tak koser nak tayang kat sini. ekekkeke.

Resepi: Ais Krim Oreo Homemade.

stok ovalett. kemain besar bekas. selalu jumpa kecik cinonet je. abah punya kerja.

Bahan-bahannya:
- 1 biji telur
- 2 sudu makan ovalett
- ½ tin susu pekat
- 1 tin air suam
- 1 sudu the esen vanilla
- biskut oreo


Cara-caranya:

1.Pertama sekali pukul telur dengan ovalett sampai kembang.

2.Lepas tu masukkan susu pekat, air suam, esen vanilla dan krim oreo. Pukul adunan lagi sampai gebu.

3.Dah siap sebati kembang apa semua, jangan masukkan ke dalam bekas lagi tapi masukkan ke dalam freezer bahagian sejuk beku selama sejam dahulu.

4.Timer pon dah bunyi menandakan cukup sejam, keluarkan bekas ais krim tersebut dan putar lagi selama 15-20 minit.

5.Siap! boleh lah dimasukkan ke dalam bekas. kepingan biskut oreo husna cuma hancurkan dan buat hiasan di bahagian atas, tengah dan bawah lapisan ais krim. citarasa memasing. :)

6.Pastu bekukan dya. Letak dalam bekas comel macam ni senang nak ambek dan makan. potensi nak cepat habis pon laju, lelagi kalau ada hantu ais krim kat dalam rumah ni.:p

Rasanya sedap dan gebu. setanding dengan ais krim yang jual kat kedai.  bagi husna laa. tapi tak boleh lawan dengan Magnum la naa. hehehe. 

selalu buat perisa ni je, tak pernah lagi cuba perisa lain. cuma ada la jugak kekadang tu letak chocolate emulco sikit. saja nak tambah rasa. 

Selamat Mencuba!


Till then!! See ya~











Friday, August 08, 2014

July 2014 Top Commentators Award


Assalamualaikum w.b.t..


Selamat pagi. Salam Sayyidul Ayyam.

amboihh dah 12 Syawal baru nampak kelibat nih. sakannya beraya. habis semua terbengkalai. hahaha memang sakan pon, seminggu hari raya ada saja aktiviti. siap plan nak pergi beraya kat Alor Star lagi tapi dah tak sempat sebab Isnin ni dah start keja. Alhamdulillah. dah lama menganggur, dah berpuluh resume hantar merata alam, akhirnya melekat.

tapi serba tak kena jugak, sebab result penerapan UiTM dengar cerita keluar 13 Ogos nih. erm. pecah pala fikir.

dah kelaut mengarang. entry permulaan bulan Ogos ni mestilah nak beri penghargaan buat semua pembaca setia husna sepanjang abad. beheee. terima kasih ye sebab masih sudi singgah blog husna walaupun bulan lepas husna dah jarang sangat blogwalking. kena usaha lebih sikit nih.


lagi bebanyak terima kasih buat yang namanya tersangkut dalam carta widget top commentators. husna dah masukkan blog anda dalam bloglist husna. yang lain jom terjah mereka untuk tambah kenalan ataupun eratkan lagi hubungan. beheee.



Perhatian!! jika dulu husna pilih lima, sekarang disebabkan kekurangan modal, husna terpaksa pilih tiga dari setiap carta. maaf ye. pada insan yang pernah menduduki carta 1-3 dalam bulan Mei, Jun dan Julai sila pm husna nama dan alamat di Page Husna Zahidi

kalau tak ingat boleh double check nama anda di sini:

terima kasih! 


Till then!! See ya~










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Blog ini merupakan blog peribadi perkongsian daripada penulis. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pengalaman atau pendapat peribadi, dan tidak melibatkan mana mana pihak kecuali dinyatakan sumber atau nama pemiliknya.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal, dan mungkin berbeza dengan individu lain. Penulis sama sekali tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen dan pendapat yang dilontarkan oleh para pembaca blog ini.

Terima Kasih.