Saturday, February 15, 2014

This's What We Call Student!!


Assalamualaikum w.b.t..


sementara masih bergelar student nih lebih baik enjoy pepuas.. nanti kalau rezeki dah jadi isteri, pastu mak, tok, then umur pnjang jadi moyang konfem rindu semua ni kan.. aisehh.. nampak macam dah ada pengalaman.. tapi betul la tuu, cuma belajar dari pengalaman orang lain jer.. :)

syukur, bila dah menginjak ke semester akhir nih baru dapat merasa macam mana sibuknya hidup sebagai student.. perit sangat.. bukan bermaksud sebelum ni husna tak pernah merasa tapi kali ni jadi berganda dari yang dulu.. terkejar sana, terkejar sini.. paling ketara, semester ni masak pon tak sempat.. asyik makan luar jer.. sob sob sob~ :'(

desktop husna
nampak 5 ketul folder yang kat bawah tu?? 

lagi sibuk mengalahkan perdana menteri bila sir yang baik tu arahkan kitaorang satu rumah handle Malam Pra Graduan untuk Fakulti Pengurusan Perniagaan.. dya cakap kitaorang ni boleh dipercayai sikit.. muehehehe.. sampai macam tu punya percaya la sir ni.. :3 inshaAllah kami tak akan sia-sia kan kepercayaan yang di beri.. plus opkos laa nak tengok sesuatu yang kita handle tu berjaya kan..

dalam satu fakulti ada tiga kos.. office, bisnes dan bank.. projek puluh ribu beb.. rasa macam orang kaya macam dalam tv sangat dah.. bajet main projek ribu-ribu.. :p tapi ingat senang ke.. nak ambil peluang cari hotel, urus dengan pihak atasan, kiri kanan yang tak berapa nak support persoal duit RM10 untuk doorgift, tarikh asyik bertembung dengan viva ENT300.. dugaan betul semua nih..

bila pikir balik, serius best.. :) kos lain yang tak kenal jadi mesra, tak de la bila selisih je pakat tengok muka hang muka aku buat bodo.. blerghhh~


Till then!! See ya.. 



















p/s- tajuk tak boleh omputih lagi ka?? :D

Si Putih Kemutih Kegemaran Saya


Assalamualaikum w.b.t..


Salam hujung minggu!! rindunyaa nak berceloteh kat sini.. rindu lagi nak membebel kat blog awok semua.. tapi husna jarang dah dapat peluang centu sekarang.. tengok macam cuti minggu ni laa, balik jer kampung, bersenang lenang dengan bantal + tilam + laptop terus rasa berat sangat nak buat kerja.. huhuhu..

hari ni husna nak share sikit khasiat barli yang husna jumpa kat facebook.. orang cakap kat facebook tu rumors ja banyak tapi jangan risau, husna dah pon google pasal si kecik putih kemutih barli nih.. kurang lebih je faktanya..

Khasiat air barli ;
 
Khasiat barli dipercayai dapat menyejukkan badan, baik untuk melawaskan kencing dan meningkatkan kesihatan buah pinggang. Selain itu, barli juga dikesan boleh membantu merendahkan kolesterol, meredakan sembelit dan mencegah penyakit kanser.
 
Bijirin Barli kaya dengan khasiat pemakanan seperti fiber, vitamin dan mineral penting (Vitamin B3), thiamine (vitamin B1), selenium, iron, magnesium, zinc, phosphorus, copper dan niacin) serta sedikit lemak dan tidak mengandungi kolesterol seperti lain-lain bijirin.
 
Jika meminum air barli selalu diamalkan, ianya dapat mengurangkan risiko kencing manis, menyejukkan badan, memelihara buah pinggang, melawaskan kencing dan membantu untuk sistem penghadaman.


See!! hebat kan si kecik puteh kemutih barli ni.. husna sendiri kalau pergi makan kat luar mesti order air barli.. lepas tu mintak kurang manis dan kurang ais.. baru havoc!! hahaha..

air barli, khasiat barli
time makan kat hotmas tahun lepas..

air barli, khasiat barli
masa makan di D'King..

zaman sekarang ni, macam-macam penyakit boleh sergah dan menumpang, jadi apa salahnya kalau makan tu pantang sikit.. tak biasa kita biasa kan, ye takk?? :)



Till then!! See ya.. 



















p/s- housemate suruh try barli susu plak.. :P

Monday, February 03, 2014

IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014


Assalamualaikum w.b.t..




ze sponsors!! 










Sunday, February 02, 2014

January 2014 Top Commentators Award


Assalamualaikum w.b.t..


heavennya bila cuti hujung minggu dapat balik rumah jumpa mama abah, jumpa adik-adik, jumpa kucing jantan adik yang suka nak gesel kaki orang, grr.. jumpa makanan sedap, jumpa encik wifi, jumpa cik ted, dan yang paling penting jumpa bantal dan tilam.. woahhhhh.. sehari tidak bertemu ku rasa bagai setahun.. berjauhan dengan mu bukan itu yang ku impikan.. sobsob.. T_T

perghhhh~


anyway, Happy Chinese New Year for those yang celebrate and happy holiday too.. uitm bagi cuti 3 hari je tapi kami lanjutkan lagi sehari sebab isnin tu ada satu kelas je, sir baik cakap no hal kalau nak ganti.. hehehe.. lepas tu ingatkan dapat balik Selasa pagi, sayangnya Isnin malam ada Extraordinary General Meeting (EGM) plak dengan kelab bankers.. punah harapan, terbenam impian.. 

hehehe.. maaf!! 

top commentators, pengomen tegar

fokus pada carta top commentators di atas, nampaknya 1-4 orang yang sama masih bertakhta ye.. nombor 5 dah berubah.. kak fizah tertukar tempat dengan ika.. well, tahniah dan terima kasih ye semua.. walaupun bulan January ni husna jarang sangat update tapi tak sangka masih ramai yang sudi baca dan komen.. xie xie nimen!! :D

make a time to visit them!! :)

1. Pha Is
8. wantie



Till then!! See ya~ 




















p/s- raya cina ni tak dapat merasa limau mandarin lagi.. huhuhu.. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Blog ini merupakan blog peribadi perkongsian daripada penulis. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pengalaman atau pendapat peribadi, dan tidak melibatkan mana mana pihak kecuali dinyatakan sumber atau nama pemiliknya.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal, dan mungkin berbeza dengan individu lain. Penulis sama sekali tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen dan pendapat yang dilontarkan oleh para pembaca blog ini.

Terima Kasih.