Tuesday, September 30, 2014

#weirdolesissy | Ber-karaoke Hilangkan Stress


Assalamualaikum w.b.t..


Hi.
tengah nak tutup cerita bulan September, siapkan entry pekasam walaupun 30hb dah nak habis sebab kalau tak push untuk habiskan jugak rasanya sampai bila pon tak kan selesai.. akhir sekali padam macam tu je tanpa kesan.. 

ini cerita berlaku pada hari Ahad tengah bulan Ogos 2014, disebabkan semester baru untuk intake degree bakal bermula, jadi ada beberapa hal nak kena settle di kampus, buat clearance dan sebagainya sebelum mendaftar masuk.. adik-beradik #weirdolesissy ajak berjumpa since lama gila kitaorang tak bersua muka, bercerita sampai tak ingat..  

eh dah kenal belum adik-beradik pelik nih?? lepas baca entry nih, open house di merbok, tengok gambar apa semua kenal lah kot.. semua bekas housemate husna masa belajar diploma dulu..:)

Arifah dan Zaimah, member yang jauh diorang sewa homestay kat Merbok tido untuk semalam.. datang Affini dan Dalila teman.. tak lama lepas tu Atikah pon sampai.. Husna pukul 12 baru memulakan perjalanan.. singgah rumah Imani untuk pergi dengan dya sekali, berhenti lunch sekejap, pukul 2 baru kami sampai homestay.. dan last sekali yang sampai ialah kak Hany..

berjanji nak kumpul tengah hari, hari Ahad tapi dah nak menginjak ke petang baru semua nampak muka.. almaklumlah tersangkut dengan komitmen memasing, acewahh.. yang sedihnya 2 orang ahli tak dapat hadir atas alasan tertentu..:(

sampai je homestay, tak sempat nak bagi salam terus riuh je mulut menyembang tanya itu ini.. boleh bayang tak bila orang perempuan berjumpa?? rabung macam pasar malam.. hahaha.. alahai rindunyaa.. 8 orang pulun nak berbalas soalan dan jawapan maw nya tak riuh satu rumah tu sampai tak sedar ada jiran.. pukul 4 lebih baru kami bertolak pergi kampus.. itu pon tak selesai jugak sebab ada document pending yg memerlukan signature pihak atas.. pihak atas plak dah balik, yelaa kami datang pon 'awal sangat'.. bhahaha..

perasan tak monopod kat tangan kak Hany (baju purple)..
kemain husna ambek gambar diorang, diorang ambek gambar husna..:p

nak ada muka semua kena laa welfie..bheheee..:3

lepak minum kat kafe uitm, balik homestay solat dan rehat sekejap, pukul 8.30 malam plak keluar pergi Amanjaya Mall buang suara, buang segala stress yang ada.. yup, jangan tak tahu, dengan ber-karaoke juga tekanan stress dapat diatasi okay.. sebab nak jerit kat tepi pantai atau atas bukit macam dalam filem rasa terbatas kan?? jadi jerit dalam bilik karaoke jelaa sampai hilang anak tekak pon takpaa.. ekekekkee..


pukul 11 malam baru keluar dari karaoke, singgah kedai makan sebab dah lapar terok, tak daya nak tahan.. pukul 12 diorang hantar husna balik.. ingat tak nak menyusahkan tapi diorang dah cakap tak pe, husna pon ok jelaa.. sebab rumah husna dari merbok sejam jugak perjalanan, kesian dan tak elok orang perempuan drive tengah malam.. dah tu tawakkal jelaa..

Alhamdulillah pukul 1 selamat sampai rumah husna, mama abah pon dah tido.. perangai tak semenggah, anak dara balik lewat malam, adik-adik kakak-abang jangan ikut ye.. alaaa ini pon first time, tak sengaja punya pasal..:p

jealous dengan diorang sebab masih boleh pillow talk untuk satu malam lagi.. husna plak kena kerja esok paginya.. tak pe laa inshaAllah panjang umur jumpa lagi..


Till then!! See ya~











10 comments:

  1. Bro last karok tahun lepas masa buzday...

    Selebihnya karok dalam kereta je... Tak minat nak karok2 nie

    www.broframestone.com

    ReplyDelete
  2. Mieya karaoke dekat rumah je. Pasang lagu kuat-kuat dan nyanyi lah dengan riang ria nya. hehehe

    ReplyDelete
  3. seronoknya berjumpe kengkawan..apepun fiza tak pernah karok..percaya tak? hihi

    ReplyDelete
  4. Lagu apekah yg sering dinyanyikan ketika berkaraoke? Lama dah tak berkarok ni.

    ReplyDelete
  5. faham sgt la anak dara bila jumpa geng mmg riuh jadinya...enjoy la masa muda husna oi.hehe

    ReplyDelete
  6. lama dah tak karok...last sebelum kahwin....dah 5 tahun tak karok

    ReplyDelete
  7. Lama jugak tak karok ..seyess tak pandai lerrr ..Karok ngan anak2 jer la hahahha

    ReplyDelete

Copyright © 2017 husnazahidi
| Distributed By Gooyaabi Templates