Tuesday, September 16, 2014

Perasaan Hadiri Walimah Dulu & Sekarang


Assalamualaikum w.b.t..


Hi.
Ini cerita hari minggu lepas, biasalaa husna cerita dah basi baru nak up.. huh!!

husna percaya orang lain pon banyak dapat jemputan ke kenduri kahwin kan?? tengah musim sekarang, budak-budak plak tengah cuti sekolah eloklah kalau buat masa ni.. husna ni pantang dengar ada jemputan, mesti menonong je ikut bontot mama abah pergi kenduri.. nasiblah sabtu tu cuti sebab ganti hari halfday..

kalau dulu masa kecik pergi kenduri rasa macam hanya pergi memenuhkan perut dengan nasik minyak je takpun nasik kaler-kaler.. then cepat-cepat nak salam tuan rumah sebab nak dapat bunga telur dengan gula-gula.. dan kalau salah sorang dari kami adik beradik tak dapat, berlakulah adegan muka tak malu pergi mintak kat tuan rumah.. sememeh sungguh..-..-

itu dulu, sekarang lagi best sebab dapat jumpa adik-beradik, sepupu sepapat yang jauh, yang jarang pernah tengok muka tahu mereka wujud tapi tak de kesempatan nak berjumpa.. haa waktu ni lah nak kenal, tukar-tukar no fon.. lepas tu sembang sampai tak sedar anak-anak dah kemana.. lepas kat tangan orang lain pon tak pe kot.. hahaha..

kekadang fail jugak pegang budak kecik nih, asyik nak nangis je..
husna: aloloo kenapa sayang..:3 baby: eh kenapa muka lain??

cuma yang tak bestnya bila jumpa makcik pakcik nih, dya tengok kita yang anak dara mula lah nak soal perancangan hidup yang kita sendiri tak nampak rupa dan caranya lagi.. kalau ye pon ambil berat tanya lah benda lain, banyak lagi benda boleh tanya.. lagi bagus kalau ambil berat yang datang dengan pilihan solusi.. baru thorbaekk!! ekekkkee..

anak perempuan tok long..
eh cantekkan 
warna tema diorang.. oren hehehe..

tapi husna ada satu tabiat yang husna rasa orang lain pon sama kepala dengan husna kot.. sekarang ni dari awal masuk majlis sampai dah nak balik, satu persatu husna teliti.. dari segi penggunaan deejay, jamuan makan oleh caterer atau rewang, pilihan makanan, apa dalam goodies bag dan macam-macam lagi lah.. eh ini bukan pergi soal siasat tuan rumah atau sibuk pergi belek barang-barang orang taw, dan bukan jugak nak pergi komplen.. sekadar rencana dalam fikiran je..

salah satu cara belajar dari penglihatan.. so that inshaAllah bila tiba masanya nanti, kita plak sebagai tuan rumah, kita tak kan ulangi kesilapan yang mana kita sebagai tetamu pernah rasa sebelum ni.. memanglah tujuan walimah untuk merai pasangan dan menghebahkan perkahwinan.. tapi bestkan kalau tetamu nak balik sepanjang perjalanan asyik puji majlis.. majlis kecil kalau kena cara lagi tetamu puji.. :)

di kesempatan ni husna nak ucap Selamat Pengantin Baru buat semua pasangan yang selamat di ijab kabulkan.. Semoga Allah memberkati hubungan kalian..

dan Selamat Hari Malaysia yang ke-51..^_^



Till then!! See ya~











13 comments:

  1. dulu memang tak sama dengan sekaranb husna.. beza sangat... dulu sebok nak tengok pengantin..

    ReplyDelete
  2. Kalau dulu zumal selalu pergi kenduri kendara dgn arwah tok wan je, sekarang pergi sorang2 mesti ditemuramah oleh mereka2 yg dah berkeluarga ^_^

    ReplyDelete
  3. Tp kalau pergi kenduri kawen ni tak dapat nak melantak semua lauk yg ada. Buruk benor pulak org tgk nnt. Kalau goodies bag dapat masa balik. Masa balik dalam kereta tu juga tengok kalau ada makanan ke tidak. Kalau ada licin juga time tu.

    ReplyDelete
  4. comel n bambam baby dengtan husna tu

    selamat hari malaysia gak husna...

    bagus tu pi kenduri belajar dari majlis..sng nti untuk majlis sendiri..:)

    ReplyDelete
  5. akak sekarang ni rajin je pegi kenduri kawin. sekadar nak meriahkan majlis org

    ReplyDelete
  6. Salam Husna,

    Betul tu memang banyak beza pergi ke majlis kenduri kahwin dulu dan sekarang. Sekarang ni kalau pergi majlis orang tak sempat nak belek bagai, anak-anak dah bertempiaran lari. Pantang nampak mak berbual sikit je, terus ajak balik bila dah kenyang :)

    ReplyDelete
  7. setuju..kekdg saje nk tgk sbb sekurng2nya nnti klu rumah kita nk buat mjlis, dpt la betulkan apa2 kekurangan kan..hehe..

    ReplyDelete
  8. cantiknya meja makan pengantin tu..husna...hehe :)

    ReplyDelete
  9. Betul2. scha akan teliti segala details kat wedding tu. nanti senang bila plan wedding sndiri. hehe

    ReplyDelete
  10. wahhh...dah semakin detail nampaknya...baguslah kalau dah ada perancangan..semoga dipermudahkan urusanya nanti..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  11. dulu dan sekarang jauh beza kan..sekarang ni dah macam macam ada. belanja pun mesti lebih

    ReplyDelete

assalamualaikum dan hye..
tinggalkan jejak awak di sini..
terima kasih..♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Blog ini merupakan blog peribadi perkongsian daripada penulis. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pengalaman atau pendapat peribadi, dan tidak melibatkan mana mana pihak kecuali dinyatakan sumber atau nama pemiliknya.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal, dan mungkin berbeza dengan individu lain. Penulis sama sekali tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen dan pendapat yang dilontarkan oleh para pembaca blog ini.

Terima Kasih.