Wednesday, July 09, 2014

Tips Berkesan Untuk Dapatkan CPUV, Berdasarkan Pengalaman.


Assalamualaikum w.b.t..


Hi, hari ni rasa terpanggil nak cakap pasal buah hati kesayangan husna dan jugak rakan-rakan blogger, siapa lagi kalau bukan si sepat ronggeng Nuffnang.. bheheee.. rasanya kalau nak diikutkan husna ni blogger amatur je, dan masih belum fahami lagi isi hati Nuffnang ni, aicehh Nuffnang ada hati ke?? tapi tak paa, husna sekadar berkongsi, dan husna taw ramai jugak yang diluar sana sedang merasa apa yang husna rasa sebelum ni.. maksudnya kat sini manusia yang baru nak mulakan hidup sebagai blogger lah, risau kecundang lepas tu merajuk dengan Nuffnang.. sokayy lah, Nuffnang date je dengan semorang.. ngeheee..


dulu husna jenis blogger yang hidup segan mati tak mahu, buktinya tengok lah senarai cpuv yang husna dapat sepanjang dua tahun lepas.. blogger lain kalau campur darab tolak bahagi, dah berpuluh cpuv mereka.. cisss habaq mai sini siapa yang tak sedih dan cemburu tengok blogger lain kemain update tiap bulan tiap tahun cpuv tergantung, cpuv menari tergelek-gelek, cpuv tengah bermadu asmara dengan blog mereka??  boleh kecewa patah hati wooo.. *srooott lap hinguih*

tapi husna percaya, perkongsian tu bukan nak menunjuk atau bangga diri tapi untuk menaikkan lagi semangat manusia macam husna untuk rebut hati degil Nuffnang.. husna mula berblog hujung tahun 2011, cpuv tahun 2011?? hahaha memang haram lah dya nak lekat, tak aktif lagi pon waktu tuh.. tak paa sabar, usaha lagi.. masuk je tahun 2012 dan 2013, husna mula fokuskan untuk satu kategori, buat kawan, singgah blog mereka dan apply tips and tricks apa semua, syukur hasilnya sekarang husna dah boleh bersama mereka update cpuv yang bertenggek.. ekekekke.. mungkin lepas ni boleh laa merasa income dari blog ni kan, inshaAllah..:)


Tips Berkesan Untuk Dapatkan CPUV, Berdasarkan Pengalaman. 

1. Update blog tetiap hari, kalau rajin sangat 3 ke 4 ketul entry sehari pon tak paa.. sebab waktu nih kita tengah nak bina trafik, nak tarik pembaca untuk lekat kat blog untuk beberapa ketika.. kalau pembaca tak baca serentak sekaligus, at least diorang akan datang lagi lepas tu.. means tak sunyi lah blog tu dari kunjungan pembaca kan.. dan percayalah itu yang blogger otai amalkan selama ni.. ok noted!!

2. Kunjung-mengunjung, ziarah-menziarahi.. acecee tak sabar nak raya ke cane? :p ini paling penting, sebab sepanjang husna berblog, pembaca tak kan datang kalau kita tak mula kenal dan singgah blog mereka.. bukan singgah kosong lepas tu ‘done follow’.. husna lebih suka yang singgah blog, baca apa yang husna bebel lepas tu tinggalkan komen, komen pon haruslaa sesuai dengan entry.. inshaAllah slow-slow lepas tu husna akan jejak balik.. so kat situ dah ada give and take..

3. Hantar tiket kepada Nuffnang, untuk sedarkan Nuffnang yang blog kita wujud.. biasalaa banyak sangat kekasih gelap sebab tu tak sedar bhahaaa.. hantar secara berterusan pon tak paa, tak kisahlah soalan apa pon, berbahasa melayu pon boleh, as soon as possible Nuffnang akan balas, kekadang siap besertakan tips lagi, baikkan Nuffnang.. muehehehe.. ok jangan lupa sentiasa update survey..

4. Letakkan iklan Nuffnang mengikut tempat yang disarankan.. jangan risau bukak je site Nuffnang memang ada tersedia lengkap cara nak pasang iklan kat blog.. sesetengah orang mungkin bernasib baik, letak iklan kat memana pon tetap Nuffnang pandang.. kita yang tak bernasib baik nih, kenalah usaha lebih sikit.. kita nak iklan dya mestilah kita akan cuba sedaya upaya nak tarik hati dya bagi dya nampak sikit usaha kita tu.. alaaa macam kita bercinta lah, sama je konsepnya.. ngeheee..


ok selesai, husna rasa yang tu je kot yang selama ni husna buat.. syukur Alhamdulillah berkesan.. yang selebihnya usaha nak tingkatkan trafik je sebab blog personal ni payah benor nak dapatkan pembaca tetap.. macam blogger otai sana sini cakaplah, blog personal kena cari sesuatu yang boleh tarik pembaca.. tak paa slow and steady..:)


Till then!! See ya~











p.s-niat husna hanya ingin berkongsi..:) kalau ada terlebih terkurang bagitaw lah ye..^_^V *peace*

28 comments:

  1. semua di atas lya buat heee..alhamdulilah lya start ada blog bln 8/13 sehingga kini iklan nuff tak putus2 biarpun sikit2 je hee alhamdulillah..yg penting rajin kan

    ReplyDelete
  2. Sekarang ni dah jarang sgt nak update entri. CPUV pun macam dah berkurang nak melekat kat blog dah..

    ReplyDelete
  3. akak punya last may..
    sampai ke la tak dpat ads baru lagi
    time dapat cek tu seronok kan :)

    ReplyDelete
  4. Wah wah wah TAHNIAH ..Alhamdulillah rezeki tu Husna ..

    ReplyDelete
  5. nice tip, :) ika pun dulu tenggelam timbul, kekadang seminggu xupdate blog, smpai skarang xnak mals-2 dah, Alhamdulillah akhirnya nuffnang bgi jgak be wlaupun xbnyak, syukur jgak..:)

    ReplyDelete
  6. hehe.. setakat ni dah lama AA tak hantar surat cinta dekat nuffnang..
    lepas ni kena hantar la hehe nak cakap rindu dekat nuffnang hehe

    ReplyDelete
  7. Wowwwww !! cpuv tergantung-gantung , tergolek-golek , tersenyum-senyum . Alhamdulillah rezeki melimpah ruah .. :D selamat beribadah

    ReplyDelete
  8. BERDERET2 CPUV HUSNA
    ALHAMDULILLAH..REZEKI TUUU
    TIPS YG BAGUS UTK DIIKUTI..MOGA2 DPT LA CPUV SELALU...INSHA ALLAH

    ReplyDelete
  9. Bestnya baca tips husna, tapi kak register adsense ja, sama ka tipsnya? Syukur bila menjadikann

    ReplyDelete
  10. Banyak tu..pengalaman yang berharga ni boleh tambah lagi banyak :)

    ReplyDelete
  11. Tips yang cukup bermanafaat .. Thanks dear..

    ReplyDelete
  12. wah hbtnya nuff boleh lekat sbgitu bnyak, sha stuju ngn tips yg husna berikan..sgt stuju..kalau nak BE kena lah rajin2 usha blog org lain...kan..hihi..

    tahniah dpt BE sebegitu byk..wiwit

    ReplyDelete
  13. semua dh buat kecuali yg no 1 tu sbb kekangan masa sejak dh bekerja ni. huuuu

    ReplyDelete
  14. bagus tips nie..boleh praktik selalu.. terima kasih.. :)

    ReplyDelete
  15. Assalammualaikum... husna,

    Perkongsian yang bagus untuk blogger lain untuk dapat cpuv .. ok terbaik..

    mselim3

    ReplyDelete
  16. samalah kita husna. akak pun selalu update pasal nuffnang kt blog. itu pun boleh bantu

    ReplyDelete
  17. main key nye kena rajin la kan.. kalu tak mana kan dapat hasilnya..huhuh

    ReplyDelete
  18. Betul tu Husna... Tahun lepas, zumal sekali je dapat CPUV sebab jarang post entry.. Tahun nie kerana duk maintain post entry Alhamdulillah dah terima 9 CPUV ;)

    ReplyDelete
  19. memang betul pun, tahun lepas dan awal-awal tahun, CPUV mmg jarang melekat. Sejak rajin update blog dan dapat tips dari Nuffnang dan applikasikan barulah melekat CPUV kat blog. Ada usaha adalah hasilnya walaupun masih tak seberapa sebab UV masih tahap rendah lagi dalam range 100 - 300 daily.

    ReplyDelete
  20. alhamdlillah tahniah husna. berderet deret tu tgh on going

    ReplyDelete
  21. saya nubis kubis yang baru belajar..buat blog utk bisnes..tp alang2 ade sistem menarik mcm ni, nak juga timba ilmu dgn otai2 sume..yoroshiku onegaishimasu (sila tunjuk ajar ^_^)

    ReplyDelete
  22. nice tips ;) banyaknya CPUV on going.Untunglerr~ btw Tahhniahh :)

    ReplyDelete
  23. tq for the tips husna.. i really need this. baru nak aktif blogging balik.. merajuk dah dengan nuffnang sebenarnya. haha. kena rajinkan diri sentiasa untuk update blog. nak kena curi masa juga untuk blogwalking :)

    ReplyDelete