Monday, July 14, 2014

Segmen Panggung Sabtu | We Are Family


Assalamualaikum w.b.t..


keywords nuffnang
keywords nuffnang semalam

Hi, tengah cuba mencari mood nak update entry.. cerita ada je tapi mostly semua berkaitan makanan, kang update di siang-siang hari ada pulak yang meleleh air liur, istighfar panjang ngaku dya tengah pose.. bheheee.. mujur laa semalam cek keywords Nuffnang ada jugak benda berkaitan nak update.. tak sangka ada yang mencari segmen panggung sabtu husna.. hehehe.. husna ingat nak bebuat lupa je sebab sabtu lepas sibuk bertukang, pasal tu malam kang husna cerita ea.. ahad plak awal pagi dah keluar pergi shopping, settle satu hal berkaitan persiapan raya.. balik rumah je dah tengah hari, faham jelaa orang lemah stamina nih, penat sikit pengsan..-.-'


We Are Family (Hindi Movie)

We Are Family
sumber: google

Seorang ibu, Maya yang mempunyai 3 orang anak, Aaliya, Ankush dan Anjali dilanda krisis rumah tangga dengan suaminya, Aman, seorang photographer.. benda biasa, selalu jadi macam ni 99.99% disebabkan orang ketiga, well its true.. Di parti hari jadi Anjali, Aman memperkenalkan Shreya Arora, seorang fashion designer yang berkaliber, kepada Maya.. reaksi terkejutnya disedari oleh anak-anaknya dan menyangka Shreya seorang yang jahat..

Satu hari, Maya mendapati bahawa dya menghidapi kanser serviks tahap kritikal dan hanya menghitung hari.. Dya memberitahu perkara sebenar kepada Aman dan Aman terpaksa tinggalkan Shreya tanpa penjelasan kerana Maya ingin perkaranya dirahsiakan.. Maya cuba menceriakan hari-harinya sampai satu masa untuk memberitahu perkara sebenar kepada anak-anaknya, mereka kecewa dan menganggap Maya ingin meninggalkan mereka.. Maya tak kuat dan memerlukan bantuan.. Dya pinta bantuan Shreya, sebab dya fikir tak lama lagi, anak-anaknya juga memerlukan seorang ibu..

Shreya dibawa masuk ke dalam keluarga tersebut, tapi tidak dipersetujui oleh Aaliya, namun setelah Shreya cuba menjelaskan bahawa dya bukan ingin merampas ayah mereka, dan hanya ingin membantu ibunya, Aaliya bersetuju untuk berdamai.. Maya hadir membantu apa yang patut dari segi menguruskan anak-anak, bantu siapkan kerja sekolah, menyiapkan bekal dan menguruskan emosi mereka.. Sampai satu ketika, Maya dan Shreya bergaduh, yelaa cara Shreya menguruskan budak-budak tu tak sama dengan caranya.. Maya menyentuh sensitivity Shreya dan menyebabkan Shreya mengambil keputusan untuk tinggalkan rumah tersebut.. Aman memberitahu Maya caranya salah, dan tetiba Maya jatuh pengsan dan terpaksa dikejarkan ke hospital..

Sewaktu Shreya membawa budak-budak tersebut melawat Maya, Maya dan Shreya berbincang.. Shreya mengaku bahawa budak-budak masih memerlukan Maya.. Maya mengaku silapnya dahulu yang hampir membunuh Anjali, disebabkan kecuaian dya memberi Anjali makan mentega kacang, kerana Anjali alah.. Shreya menenangkannya bahawa tak semua ibu sempurna sebab tu dya kena terus mencuba.. Sebelum Maya meninggal dya pinta kepada Aman ingin pulang ke rumah dan hidup bersama-sama mereka meraikan perayaan Deepavali.. Semasa perayaan disambut, anak-anaknya mengadakan satu majlis untuknya dan memutar kembali kenangan bersama mereka.. Tiba masa untuk mengambil gambar, Maya mengajak Shreya untuk serta sekali sebab sekarang dya dah pon menjadi sebahagian dari keluarga tersebut..

Pelakon:
Kajol sebagai Maya
Kareena Kapoor sebagai Shreya Arora
Arjun Rampal sebagai Aman
Aanchal Munjal sebagai Aaliya
Nominath Ginsburg sebagai Ankush
Diya Sonecha sebagai Anjali


Till then!! See ya~












14 comments:

  1. citer sama dgn citer stepmom lakonan julia roberts. cume ade beza sikit2 je...akak tgk gak aritu.

    ReplyDelete
  2. salam ramadhan yang ke 16 dah...Selamat berpuasa dan saja ja blogwalking ni..Tengok blog kawan2.Datang dari Blog MiaLiana.Seronok sebab Mia rajin kumpul Link semua blogger supaya memudahkan kita blogwalking antara satu sama lain. Selamat berbuka puasa ya ;-) (lagi 3 jam jaa) blog gua cerita pasai Tamil ada masa mai la lawat

    ReplyDelete
  3. salam ramadhan yang ke 16 dah...Selamat berpuasa dan saja ja blogwalking ni..Tengok blog kawan2.Datang dari Blog MiaLiana.Seronok sebab Mia rajin kumpul Link semua blogger supaya memudahkan kita blogwalking antara satu sama lain. Selamat berbuka puasa ya ;-) (lagi 3 jam jaa) blog gua cerita pasai Tamil ada masa mai la lawat

    ReplyDelete
  4. rasa macam pernah tengok cerita ni
    tapi di mana
    cerita ni dah lama kan husna

    ReplyDelete
  5. dtg singgah sini husna. we are family, mcm best. :)

    ReplyDelete
  6. tak pernah tengok lak panggung sabtu apatah lagi citer ni..huhu..weekend selalu busy :(

    ReplyDelete