Saturday, July 05, 2014

Segmen Panggung Sabtu | Ankur Arora Murder Case


Assalamualaikum w.b.t..
  

Hi, hari sabtu macam biasa tepat pukul 2 je, manusia paling awal akan ada depan tv ialah abah husna, dan diikuti dengan husna.. dan mungkin adik-beradik yang lain dan jugak mama.. kalau peminat setia mesti fahamkan apa yang husna maksudkan, apa lagi kalau bukan Hindustan dalam segmen panggung sabtu.. abah memang dari dulu peminat setia hindustan, dan agaknya husna ni  turun dari dya lah kot.. ngehngehngeh..

selalunya kami layan tv3 dan ntv7 je, tv2 jarang sikit sebab kekadang tu diorang siar cerita lama yang memang lama lah, zaman yang mana husna pon belum wujud.. waktu tu Amitabh Bachan pon muda lagi, hensem piang.. hahaha.. husna tak kisah pon pelakon tu terkenal ke tak, janji filem zaman sekarang.. macam dua minggu lepas kalau tak silap, Band Baaja Baaraat, tak kenal pon pelakonnya tapi permulaan cerita yang menarik, lagu pon best, apa lagi sanggup tengok sampai habis.. eh kalau dah peminat setia Hindustan tu mana boleh dya berganjak kan, nak memasak pon sanggup bawak bahan potong di depan tv.. kihkihkih.. nak gerak pon time iklan, gigih betul..:p

Segmen Panggung Sabtu – Ankur Arora Murder Case

ankur arora murder case
sumber: google

minggu nih kisah mengenai seorang budak, Ankor Arora yang maut disebabkan kecuaian pihak hospital sendiri, atau lebih tepat kecuaian doktor yang membedah dya, Dr. Asthana..

"Ankor didapati menghidap appendix dan memerlukan rawatan pembedahan.. sejam sebelum pembedahan Ankor dilarang untuk makan, tetapi disebabkan terlalu lapar, dya makan jugak beberapa keping biskut semasa ketiadaan ibunya.. jururawat yang bertugas telah memaklumkan kepada Dr. Asthana tentang hal itu, dan akan menggunakan tiub ryle untuk mengeluarkan sisa makan tersebut.. tak sangka saat memulakan pembedahan Dr. Asthana terlupa dan disebabkan kecuaiannya, Ankor koma.. hal ini dirahsiakan dari pengetahuan semua pihak termasuk ibu Ankor.. Dr. Asthana percaya tiada siapa yang boleh menentangnya dengan memberitahu perkara sebenar, kerana hospital tersebut merupakan perkongsian miliknya dan sahabat..

Dr. Romesh, seorang doktor pelatih tidak berpuas hati kerana pada saat Ankor koma, dya diberikan ubat yang berlainan, dan terdapat kesan muntah pada rambut Ankor..  mencari kebenaran, Dr. Romesh bertanya kepada kekasihnya, Dr. Riya yang merupakan salah seorang saksi kejadian, tapi demi kariernya dya sanggup berbohong.. dua hari selepas itu, Ankor mati.. Dr. Romesh nekad untuk memberitahu perkara sebenar kepada ibu Ankor walaupun dya tahu risikonya..

mereka menuntut keadilan dengan memfailkan saman ke atas Dr. Asthana.. pelbagai tipu muslihat yang Dr. Asthana cuba lakukan, menggunakan peguam yang boleh berkomplot dengannya, merasuah saksi yang terlibat, mencuri ujian DNA muntah Ankor untuk lepaskan  dirinya.. mulanya dya berjaya tetapi disebabkan sifat sombong dan riaknya itu, dengan mengaku dya juga tuhan yang mampu mengembalikan nyawa manusia, akhirnya dya tertangkap.. seketika dya khusyuk mengaku yang kesalahannya itu cuma sedikit kalau nak dibandingkan dengan tuhan, yang telah melahirkan manusia untuk seketika, lepas tu sakit, kepada Dr. Asthana jugak mereka menuju.. dan dya tak sangka pengakuannya tersebut telah dirakam oleh Dr. Riya.. dan akhirnya Dr. Asthana dijatuhkan hukuman penjara 3 tahun dan denda 10 crore.."

kesimpulannya bak kata Abg Ben, kejujuran lebih bernilai dari kekayaan.. sayangnya tak ramai manusia di dunia ini yang sanggup berlaku jujur..:) terutamanya apabila melibatkan masa depan memasing..


Till then!! See ya~











p.s-Salam takziah buat keluarga allahyarham biduanita negara, Datuk Sharifah Aini binti Syed Jaafar, semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan disisi orang-orang yang beriman.. Al-Fatihah..

32 comments:

  1. assalamualaikum husna...betul tu mama pun tengok cite ni tadi...mmg menarik...;)

    ReplyDelete
  2. lama dh ciksu x melayan panggung sabtu.
    selalunya tgk saluran zee

    ReplyDelete
  3. tak tengok sampai habis pon cerita td..husband dok tukar chanel tu, chanel ni... huu
    btw , aisyah follow sini #1313

    ReplyDelete
  4. masyaallah...
    erm boleh ambil iktibar jalan cerita dia :)

    ReplyDelete
  5. penah tengok citer ni..tapi dah lupe dah..ehehe
    anyway salam perkenalan =)

    ReplyDelete
  6. Peminat hindustan rupanyaaa. hehe. Scha layan je, tapi taklah hantu sgt.

    Eh, mcm best je cerita ni. Kena tngok balik ni.

    ReplyDelete
  7. ala best citer nih. xdpt tgk sbb ank ank sbuk nk tgk katun...

    ReplyDelete
  8. selalu lyn citer tamil tv2 jek haha

    Salam Ramadhan Al-Mubarak 1435H

    Jalan-jalan bw malam dari segmen blogwalking sis mia liana :)

    Jom Terjah : Buffet Ramadhan Casa Ombak (ˆ⌣ˆԅ)


    ReplyDelete
  9. Blogwalking..datang dari Blog Mia..Senarai Blog saya number 80 dari bloglist yg dipostkan oleh MIa...selamat menyambut Ramadhan ;-)

    ReplyDelete
  10. ruginya tak dapat tgk.
    Cikgu Faiz datang dari segmen mialiana :)

    ReplyDelete
  11. sha ada tgk cerita ni, tp dah dkt penghujung..best rugi x tgk dr awal..
    singgah dr blog kak mia
    www.opzzpinky.my

    ReplyDelete
  12. Saya dah lama pencen tgk hindustan... dulu masa arwah mak ada... terpaksa layan... huhu

    ReplyDelete
  13. Lama x tgk hindustan...

    Psst:Salam ziarah dari blog kak mialiana...
    Selamat menunaikan ibadah puasa buat anda sekeluarga... Moga diberkati Allah selalu... (^_^)

    ReplyDelete
  14. Menarik jugak jalan cerita dia.. akak pn peminat Hindustan jugak.. cuma skrg nie tak la sefanatik dulu..skrg nie just dok layan drama bersiri depa ja ptg kt astro.. =D

    ReplyDelete
  15. tak sempat nak tengok hari tu..tapi cerita ni memang menarik :) tengok tajuk pun dah tertarik

    ReplyDelete
  16. Assalammualaikum... husna,

    mselim3 pun pengemar hidustan.. hindustan agak popular suatu ketika dulu era 90-2000 lepas tu dah tak berapa nak minat.Hidustan nie yang menarik adalah babak2 yang penuh kasih sayang ibu kepada anak kemudian bertukar kepada percintaan. Sekarang tak berapa best sebab byk bab 'dedah'.. dan agak moden..

    mselim3

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum, irrayyan.com datang singgah dari segmen kak mia dan follow..selamat menyambut Ramadhan ;-)

    ReplyDelete
  18. Dah lama tak berkesempatan tgk hindustan..

    ReplyDelete
  19. alaa tak sempt tngok tv lg hari ni, dh terlpas plak.. emmm

    dtg singgah dari segmen kak mia..:)

    ReplyDelete
  20. Dah lama gila tak nengok hindustan... tak sanggup lama sgt citernya

    ReplyDelete
  21. amboi.. siap buat segmen.. ni mmg kaki hindustan la nih.. hahaha

    ReplyDelete
  22. Dah lama tak tengok hindi movie..nway at one time kita pun addicted jugak ..he..he

    ReplyDelete
  23. dah lama dah tak tengok panggung sabtu nie..biasa time2 macam nie baru nk bagun sebab malam sebelum tu dah balik lambat..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  24. kaki hindustan rupanya...mesti husna romantik org..haha

    cerita hidustan lmbt nak abis tak larat nak layan..hehe

    ReplyDelete