Tuesday, July 15, 2014

Salam Nuzul Quran 1435H


Assalamualaikum w.b.t..


Hi, Salam Nuzul Quran semua.. Alhamdulillah hari yang baik, cuaca pon baik.. boleh ambek masa sekejap hayati apa itu pengertian dan peristiwa disebalik hari penurunan Al-Quran ni.. bersama menghayati dan mengamalkan bacaan Al-Quran di bulan yang mulia ini, sesungguhnya Allah SWT yang memuliakannya..



PENGERTIAN NUZUL AL-QURAN

Daripada segi bahasa, perkataan ‘Nuzul’ bererti menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi. Kata perbuatannya ‘nazala’ (نزل) membawa maksud ‘dia telah turun’ atau ‘dia menjadi tetamu’. Sebenarnya penggunaan istilah Nuzul al-Quran ini secara majaz atau simbolik sahaja yang bermaksud pemberitahuan al-Quran. Tujuannya untuk menunjukkan ketinggian al-Quran.

Secara teknikalnya Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir, Nabi Muhammad SAW yang akan menjadi petunjuk kepada manusia. 


PERISTIWA NUZUL AL-QURAN

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M.

Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.


Hari penurunan Al-Quran pon sudah dimuliakan dan diingati apatah lagi membacanya.. Subhanallah.. Selamat bercuti buat yang bercuti hari ni.. manfaatkan ruang yang ada, inshaAllah..


Till then!! See ya~










sumber:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Nuzul_Quran
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=2013.0

12 comments:

Copyright © 2017 husnazahidi
| Distributed By Gooyaabi Templates