Monday, July 21, 2014

Resepi Sup Sayur Campur Tumis Darat


Assalamualaikum w.b.t..


Selamat tengah hari kecintaan dan kesayangan.. Salam 23 Ramadhan.. dah masuk tengah hari ni, dah fikir ke nak masak apa berbuka jap lagi?? selalunya mak mak, kakak kakak yang kena masak tiap hari kat rumah tu mesti buntu fikir nak masak apa kan.. walaupun bukan bulan puasa, tetap rasa macam puas fikir lah nak masak makan apa.. kalau ada suami yang jenis bagitaw nak makan apa takpaa, kalau jenis yang ‘masak pi lah apa pon’ haa sudah, nak masak apa tu?? lepas tu soalan tu mesti pass ke anak-anak.. bheheee.. itupon kalau anak dah besar boleh fikir nak makan apa..

maaf tak senonoh sikit hidang kuih dalam loyang.. hehehe..
baki mama husna buat kuih order dari surau tu..

ni menu berbuka Jumaat, 20 Ramadhan lepas.. menu simple je tapi sesuai lah kalau jenis nak nampak banyak dan masaknya cepat.. lagipon gatai tangan ni nak testing Tumix Kuah Ajinomoto yang husna dapat siang khamis tuu.. ekekekke.. maka jadilah sup sayur campur versi tumis darat..

1.Masukkan air dan jenis sayur yang keras ke dalam periuk.. masak hingga mendidih atau cukup lembut sayur-sayur tersebut..

2.Setelah mendidih potong kobis, tomato, fishball, fishcake dan tauhu dan masukkan ke dalam periuk.. Masak sekejap..

3.Akhir sekali, tumis bawang putih dan bawang goreng dalam kuali berasingan dan tuang ke dalam periuk sayur tadi.. Lengkapkan dengan daun bawang daun sup, sedikit garam dan paling penting penambah rasa Tumix Kuah Ajinomoto.. kalau agak nak letak perencah sup pon boleh..:)

kat rumah husna kalau makan nasi berlauk tak de kuah memang tak lengkap.. lepas tu kalau masak sup macam ni, semua pakat hirup tak berhenti.. tapi tak de lah sampai terbawak-bawak perangai tak semenggah ni ke rumah orang.. malu ngat aih.. :p


Till then!! See ya~












30 comments:

  1. Kalau anak akak tengok ni mesti dia nk sayur tu...diaorg sgt suka!!

    ReplyDelete
  2. Amboi kemain rajin anak dara nie masak yer.. menu simple tapi menyelerakan.. akak pn selalu jugak buat sup sayur jugak utk menu sahur dan berbuka.. makan pulak dengan telur dadar..perghhh memang sedap! =D

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum... husna,

    nampak menarik sup tu. Boleh buat berbuka nanti...

    mselim3

    ReplyDelete
  4. nyum2..buat lebih skit stg mai hantaq mai area Penang satu naaa ;-)

    ReplyDelete
  5. sedap x tumix kuah tu? akak baru nak try beli.

    ReplyDelete
  6. Rajinyaaa masak.. hehehe ena ni ikut mood je, kalau rajin, rajin la... hehehe

    ReplyDelete
  7. Tiap2 hari yer Husna masak utk berbuka... Rajinnye ;)

    ReplyDelete
  8. syiokk kan dduk dgn mak sama2 masak..
    simple je masak sayur tu amcam oke tak perasa tumix gu.ciksu x guna lagi la.. dok ada situ je la..

    ReplyDelete
  9. Wah wah wah anak dara sorang ni mmg rajin betul la ..

    ReplyDelete
  10. Lepas ni boleh la ajak datang umah Kak Lya tolong masak masak ..

    ReplyDelete
  11. Sup campur memang menarik la kan. sedap kalau ada rasa masin skit.

    ReplyDelete
  12. hehe ajar sikit nak buat cmne kuih ni hehe

    ReplyDelete
  13. nyum2 terliur tgk . . kalao sup syur makan dengan ayam goreng or telur dadar memang sedap . . hehehe . .

    ReplyDelete
  14. datang follow sini .
    http://isolabellaz.blogspot.com/

    ReplyDelete
  15. wah sedap tu husna, lih-2 klau mkan panas-2 dgn perut lapar, emm sedapnyaa. :)

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum..
    Tahniah!!! Anda salah seorang pemenang untuk GA saya ini. Hubungi saya segera untuk urusan tuntutan duit raya...

    Wassalam

    ReplyDelete
  17. simple je masak sup kan..sedap mencedok kuah ke mulut.heee

    ReplyDelete
  18. sup sayur camni pekena panaih2 sedap ni husna..klu kt rumah kak muni sorg je dok hirup kuah,en suami style makan sayur je..aiman plak jenis memilih sayuq

    ReplyDelete
  19. Arghhhh... satu lagi entri makanan.... aduhhh

    ReplyDelete
  20. assalamualaikum husna...sedapnya kalau makan masa panas2...:)

    ReplyDelete
  21. Mmng pening husna hari2 fikir menu nk msak apa. Bila akk tnya suami nti dia kata msak la pape.. Blurrr dibuatnya..

    ReplyDelete
  22. Rajinnyer..akak memang penggemar sayur air ni..sebab mak selalu buat hari2 dulu..

    ReplyDelete

assalamualaikum dan hye..
tinggalkan jejak awak di sini..
terima kasih..♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Blog ini merupakan blog peribadi perkongsian daripada penulis. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pengalaman atau pendapat peribadi, dan tidak melibatkan mana mana pihak kecuali dinyatakan sumber atau nama pemiliknya.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal, dan mungkin berbeza dengan individu lain. Penulis sama sekali tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen dan pendapat yang dilontarkan oleh para pembaca blog ini.

Terima Kasih.