Monday, July 07, 2014

Pengalaman Menjala 750 Keping Roti Jala, ehemm Bukan Husna


Assalamualaikum w.b.t..


Hi semua!! sihat?? Alhamdulillah husna pon sihat tapi masih letih kelesuan sebab penat menjala semalam.. bukan menjala ikan taw, ni menjala roti, alaaa buat roti jala aka roti kirai lah.. tapi yakaa husna yang menjala?? jengjejeng hahaha percaya sangat, memang tak lah husna yang menjala sebab husna buat dah macam anyam tikar mengkuang, petak dan pelik semacam.. mungkin tangan cacat kot, hahaha.. dah tu buat nak bagi kat orang plak, tak kan lah nak buat rupa gituu kan, senonoh lah sikit husna oii, kalau buat nak makan sendiri tak pe lah jugak.. sebab kita pikir kenyang je muehehehe, presentation apa semua lantak..

sebenarnya kelmarin mama husna terima tempahan untuk moreh, 150 bungkus roti jala untuk surau kat taman ni.. Alhamdulillah rezeki.. pertama kali diberi kepercayaan, untuk handle makan-makan macam ni.. rasa teruja dan best sangat, mujur lah semalam abah husna cuti boleh jugak tolong apa yang patut, sudahnya kami bertiga je yang ada nak bertukang kat dapur tuh..

awal pagi lepas abah hantar adik-adik balik asrama terus bawak mama pergi beli barang, lepas tu bermulah kerja kerja sebagai seorang anak dara, kupas bawang sampai nangis nangis.. blerghh sangat tak macho, kupas bawang je kot.. selesai menjala, bungkus kuah, masukkan dalam bekas polystyrene then abah bawak ke surau.. lepas maghrib kot baru selesai semua, perrghh mencabar betul.. ingat sekejap je nak siapkan, mama husna lah yang paling penat sebab dya je yang kena jala, kekadang abah ambek turn itupon sekejap jelaa.. sebab abah buat dah nampak macam bunga hahaha..

ini kerja husna, bungkus kuah kari ayam.. nasib baik puasa, kalau tak dah masuk dah berketul-ketul ke dalam mulut.. hahaha.. >_<

siap nak bungkus.. mama husna tak gulung, risau lambat, jadi dya lipat bentuk kipas je.. 

serius memang penat to the max tapi husna suka, pengalaman kan, bila dah biasa macam ni baru lah kita taw macam mana rupa sebenar orang-orang yang buat makan nak berniaga tuh.. kita sebagai pembeli jangan hanya tahu nak merungut je, eh tapi kalau penjual buat seikhlas hati niat bukan semata-mata nak kaut untung je tak de kot rungutan macam tu..:)


Till then!! See ya~











23 comments:

  1. alaaaaa nak lah sikit...vah vah vah, dah tukar baju ini blog...cantik...i is suka...

    ReplyDelete
  2. kemain title "Pengalaman" .. baca-2 keja bungkus kuah. hahaha .. semalam moreh kat sini roti jala tp kuah pengat durian . Kalau dayah prefer mkn dgn kuah kari ayam mcm ni . Nyummmm dappp umphhh . Selamat berpuasa >.<

    ReplyDelete
  3. fuhh...banyak tu kalau nak menjala sensorang memang tak larat la husna...

    ReplyDelete
  4. teringat dulu masa arwah mak akak ada.. bulan2 pose menu peberet roti jala ni lah..tapi biler kene menjala tu..berpeluh2 lenguh tangan kaki duduk depan kuali..heheh.. tu sikit tu tuk makan keluarga je.. awak buat sampai 700 lebih keping...!! pengsan baca.. heheh.. :)

    ReplyDelete
  5. salam ukhwah singgah dari blog kak Mia...

    sedapppnyeeee roti jalaaaa~

    ReplyDelete
  6. sedapnyeee..btw bw dari segmen mia liana http://nuyushahidarahim.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. err..nak sebungkuih boleh?sebab xdan nak beli apa lagi ni ehehhehe

    ReplyDelete
  8. nasib baik tak tengok siang2 hari. hehehe.
    husna, pos lah sini sikit. terliur plak.
    haha

    ReplyDelete
  9. Wah Husna pandai buat roti jala yer... Boleh order nie ;)

    ReplyDelete
  10. Sedapnyaaaa roti jala..... lama tak makan... huargghhh ngidam dahhh.. ehhh XD

    ReplyDelete
  11. singgah kembali.
    thank you for the comment before.

    sodapnyo =D

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum husna. wahh bestnya bantu mak abah! ehh akak suka, teringat zaman tolong mak meniaga sarapan dulu.. setiap malam dok dapur sampai ke pagi. kalau ada lebih, dapat makan. kira upah bantu mak. hahahahha akak suka meniaga camtu, best..

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah.rezeki.
    betul tu.kalau lupat cepat sikit.kalau setakat utk makan dua tiga org boleh la gulung dik.. kalau beratus mau fengsan.. hihi..
    tapi ciksu suka main jala2 tu. syiokkk. hahahha

    ReplyDelete
  14. fuhh banyak..nak dapat satu pon jenohh.. haha

    ReplyDelete
  15. Roti jala mmg favourite akak... nie kalau pekena ngn Kari ayam.. perghh terangkat ooooo..=D

    ReplyDelete
  16. Hehehe bestnyerr roti jala ..Kak lya pon kalau buat suka lipat bentuk kipas jugak Husna ..
    kat sini makan dgn kuah serawa ..hehehehe ..

    ReplyDelete
  17. Sedapnya roti jala + kari ayam! Dulu masa kecik2, roti jala memang juadah wajib waktu berbuka puasa. Favorite Arol! :D

    ReplyDelete
  18. pergh..banyak tu husna...akak pon kalo menjala sekilo tepung dah sakit pinggang..hehe

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum husna...wah sedapnya tengok roti jala ni...:)

    ReplyDelete

assalamualaikum dan hye..
tinggalkan jejak awak di sini..
terima kasih..♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Blog ini merupakan blog peribadi perkongsian daripada penulis. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pengalaman atau pendapat peribadi, dan tidak melibatkan mana mana pihak kecuali dinyatakan sumber atau nama pemiliknya.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal, dan mungkin berbeza dengan individu lain. Penulis sama sekali tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen dan pendapat yang dilontarkan oleh para pembaca blog ini.

Terima Kasih.