Tuesday, July 22, 2014

Iftar Bersama Blogger Utara Di Hotel Park Avenue


Assalamualaikum w.b.t..


Hi, petang ni nak cerita lagi pasal makan, makan dan terus makan.. jyeahh makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan ye wahai insan.. bheheee..

ceritanya berbunyi begini, aceewahh, Khamis lepas husna dapat email dari kak farah owner blog Mrs Secretary ajak join blogger utara bukak puasa kat Hotel Park Avenue, Sg. Petani jemputan dari pihak hotel sendiri.. amboihh kemain kan, first time jumpa dah ajak berbuka di hotel, grand giteww.. hahaha.. Alhamdulillah rezeki dapat jugak join, gather bersama blogger.. itu laa dulu asyik tengok blogger lain berkumpul bersama, hati kecil teringin..

dan Sabtu baru baru ni, dapat jugak berjumpa dengan blogger yang satu negeri dengan husna.. malu, teruja semua ada.. segan sebab husna kenal kak farah je, itupon dalam blog, bheheee.. tapi bila dah jumpa semua, eh tersembul muka tak taw malu husna ni.. -..- kemain rancak bersembang, macam dah lama kenal tanya itu ini, maaf ye semua..:)

haa sekarang meh nak tanya, dalam bulan puasa ni selain bazaar Ramadhan kan tempat mana lagi yang korang cuma pergi satu tempat je tapi ada macam-macam jenis makanan?? sebut je apa yang tekak dan perut teringin.. dari makanan berkuah, goreng, bakar, sejuk mahupun panas, semuanya ada je kat Buffet Ramadhan Hotel Park Avenue, Sg. Petani ni.. jangan risau kalau tekak kita tu tetiba berbuka hari ni terasa nak makan makanan western atau mungkin sebaliknya, mengidam makanan kampung..

kemain beratur panjang sebab nak makan kambing rempit..
ehemm nampak macam dya tengah merempit tak?? >_<
model kambing golek.. bheheee..

Buffet Ramadhan Hotel Park Avenue berkonsepkan gerai, ada lebih kurang 25 jenis gerai makanan.. dari sekecil-kecil udang, selembut-lembut bubur hinggalah ke besarnya kambing golek.. bheheee.. diorang turut menyajikan 300 lebih menu makanan kepada tetamu, yang difahamkan sering kali bertukar.. perghh mencabar bagi seorang chef, dan kepuasan berganda bagi seorang pelanggan..

bahagian yong tau fu.. meriah tengok..

ini stall ais kacang.. pilih nak bahan apa, baru datang kat diorang ni letak ais..
ingat bahan ada 2 3 jenis je ke?? nalaaa punya banyak bahan dya..
nampak balang kat sebelah kanan tu! husna pilih yang husna makan jelaa..:D

Sampai je hotel korang kena pusing satu lobi tu baru taw apa yang ada.. Menu yang masih husna ingat yang tak terdetik pon boleh ada ialah roti canai, ais kacang, yong tau fu, pasta, roti john, bakso, laksa, cempedak goreng, pisang goreng dan macam-macam lagi lah.. 

dari segi minuman ada 9 jenis air ais kalau tak silap dan minuman panasnya teh tarik.. abah husna bedal sampai 3 ke 4 cawan..:p walaupun dah balik sampai rumah, teh tarik itulaa yang abah puji, cerita kat mama husna pon keluar pasal teh tarik.. ekekekke..

stall teh tarik..
stall bakso..
ramai kan?? 
husna terlupa nak pergi kat bahagian tengah tu..:( tertarik dah dengan something yang macam roda ferries tu, sebab ada budak-budak kemain dok pusing pilih juadah, tetiba lepas ambek gambar kaki dah menghala ke tempat lain.. adehh.. apa laa yang mengganggu ku waktu tu ye..-.-'

suasana kat dalam hotel tu meriah sungguh.. husna tak rasa macam tengah bulan puasa, rasa macam datang jamuan rumah terbuka.. bheheee.. bila disoal siasat memang hari-hari macam ni.. hebat lah kan..

abah husna tak nak mende lain, cepat je beratur kat stall nasi ayam ni..

husna punya ayam golek share dengan abah, ais kacang, kuih, murtabak, briyani gam.. 
puas husna tawaf satu hotel, itu je yang husna makan.. roti john dan kebab tu dari kak murni.. abah husna sampai je terus ambek nasi ayam.. waktu beratur nak ambek ayam golek tu ternampak stall makanan laut, takpaa postpone dulu ramai sangat beratur.. dah laa nak dekat berbuka.. fikir berbuka dulu baru ingat nak ambek lain kejap lagi.. 

bila dah sedap kekenyangan tak de maknanya nak bangun ambek.. bontot dah kejap melekat kat kerusi.. ekekekke.. serius semua juadah yang husna ambek memang sedap sampai kembong perut tak taw nak sumbat kat mana lagi.. puas makan..

itu GM hotel, Encik Azmi Rahman.. *maaf atas kekaburan gambar*

itu plak head chef hotel, Encik Nur Azmy.. 

selesai berbuka sembang-sembang sekejap dengan GM hotel dan head chef.. bercerita mengenai pengalaman memasing.. kemain kau duduk semeja dengan GM.. rasa segan, memasing pangkat bos kot.. 

apa yang husna perasan Encik Azmi amat menitik beratkan kebersihan dan status halal sesuatu makanan tersebut.. yelaa benda nak jadi darah daging kita kan.. baguslaa tu.. baru pelanggan boleh letakkan kepercayaan, seiring dengan dengan moto hotel, your trust is our strength.. 


gambar pinjam kat kak farah..:p
dari kiri Mimi, Kak Nazdia, Kak Murni, Kak Shila, Kak Farah dan husna..

terima kasih Encik Azmi dan pihak hotel sebab menjemput kami, dan terima kasih kak farah ajak husna.. will keep in touch dalam blog.. inshaAllah ada rezeki jumpa lagi ye semua..:)


Till then!! See ya~










25 comments:

  1. hihi..first time jumpa husna jugak..tak sangka dapat berbuka puasa bersama..memang makanan dia best kan..

    ReplyDelete
  2. alahai cantiknya gambar kita . . hehehe . . kak muni rsa mcm nak p berbuka ja lagi sekali kat sna tao tapi tatao la bila . dok terbyg pasta dya sedap ! hehe semoga lepas ni kita dapat gather2 lagi mcm ni . . n dpt eratkan lagi ukhuwah sesama kita . insya allah . hee .

    ReplyDelete
  3. seronoknya berbuka kat sini kan..macam macam ada..sangat menyelerakan

    ReplyDelete
  4. Yeayy.. good review husna.. kambing rempit ek..hehehe..a'a baru perasan la..mmg sama..hahaha.. best kan dpt kumpul ramai2 mcmni..hrp2 next projek tue akan kita berjalan seperti yg telah dirancangkan. tak sabar nk jumpa dgn husna dan kwn2 yg lagi.. =D

    ReplyDelete
  5. sally ada baca kat blog kak farah pg td...hehehehe...siap tya kak farah lg...tu husna ke kak :P

    ReplyDelete
  6. waaaa... bestnye... sungai petani...dah dekat sangat dah tu dengan bertam huhu
    tahniah husna... makanan pun nampak sedap hehe

    ReplyDelete
  7. daging salai tu yang nampak terliur sikit tu hehe

    ReplyDelete
  8. wah bestnya husna ..
    dpt joined xtvt gini..
    dpt bertemu sambil ramah mesra.

    ReplyDelete
  9. wah husna siap dpt jemputan dr park avenue lagi.kelass..klu pihak hotel ajak kak muni nak gak la pi..tp hampeh la kan..blogger taik kucing..haha..

    masa dulu2 penah mkn kt sini..event masa dekan uitm dulu..tp masa tu sorry to say mmg makanan dia tak sedap.huhu..chef lain kot..

    ReplyDelete
  10. Nampak best jer kat sana ...Makanan ok pasti kita pon suka

    ReplyDelete
  11. memang terbaik!! hehe apa pun nice to meet you husna! :D

    ReplyDelete
  12. Seronok dapat berbuka puasa dengan kenalan blogger, boleh bina network sendiri ..

    ReplyDelete
  13. Assalammualaikum... husna,

    tgk gambar tu.. bro eyriqazz ada gak ker?.. mesti best dapat jumpa ramai blogger kan..

    mselim3

    pls: Insaallah ada masa boleh jumpa bersama2 blogger lain..

    ReplyDelete
  14. Salam..
    Mohon hubungi saya segera untuk urusan penyerahan duit raya yang dimenangi... :)
    http://ummudd80.blogspot.com/2014/07/pemenang-segmen-ihya-ramadhan-giveaway.html

    ReplyDelete
  15. Salam ziarah. Wah... seronok dengan makanan lazat-lazat ya! Silap pula buka blog ni waktu tengah hari... aduhhhhh. Hahah.

    ReplyDelete
  16. wow..Park Avenue..sempoi....macam best ja nanti boleh try

    ReplyDelete
  17. bestnye berbuka dgn blogger..akak pon sekali je buka buffet taun ni tp mkn sikit je sbbb sakit tekak..huhu sedih.

    ReplyDelete
  18. macam2 ada gitu..

    sesekali dapat bersua mmg seronok..

    ReplyDelete
  19. bestnyerr temapt i ..seronok lerr Husna dapat pergi sana ..

    ReplyDelete
  20. ala.. x tahu pun.. kalau x bleh join sekali.. hehehe

    ReplyDelete

assalamualaikum dan hye..
tinggalkan jejak awak di sini..
terima kasih..♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Blog ini merupakan blog peribadi perkongsian daripada penulis. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pengalaman atau pendapat peribadi, dan tidak melibatkan mana mana pihak kecuali dinyatakan sumber atau nama pemiliknya.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal, dan mungkin berbeza dengan individu lain. Penulis sama sekali tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen dan pendapat yang dilontarkan oleh para pembaca blog ini.

Terima Kasih.