Thursday, June 05, 2014

Resepi Puding Roti Bakar Dengan Sos Kastard


Assalamualaikum w.b.t..


Hi. beberapa hari lepas husna ada buat Puding Roti Bakar dengan Sos Kastard.. husna rujuk resepi kat SINI.. macam biasa hasil blogwalking kat blog orang.. lepas tu bookmark, postpone buang tigapatlima minggu.. tunggu masa nak keluar pergi beli barang je.. keluar beli barang minggu lepas tapi minggu nih baru buat.. faktor kurang rajin menguasai diri.. bukan malas ye.. beza sangat tu.. 

hari tu puding roti kukus, kali nih puding roti bakar plak.. tukar selera kengkononnya.. nak buat puding roti nih senang je.. tak remeh mana pon.. main lempaq-lempaq pon boleh.. cepat plak tuh nak siap.. rajin dengan tak rajin je.. tapi kalau dah nak makan, memang kena rajin lah jugak.. lainlah kalau rezeki bergolek tetiba ada jiran baik hati nak bagi.. tapi kalau husna, hasil sendiri lagi puas hati.. nak complaint lelebih pon tak paa, sendiri yang bikin.. jom husna share resepi..

Bahan-bahan untuk puding roti:
8 keping roti
2 cawan susu segar
4 sudu besar gula halus
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar mentega (cairkan)
1 kotak kecil kismis

Bahan-bahan untuk sos kastard:
1 tin susu cair
1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula halus
1 sudu teh esen vanilla


Cara-caranya:

1. Masukkan susu segar, gula halus, telur, dan esen vanilla dalam satu bekas. Kacau sebati, husna kacau guna mixer je, senang nak sebatikan semua.. lepas tu jangan syok plak sampai kembang setaman adunan tu.. Cukup lah sekadar telur tu dah pecah elok pastu boleh mesra dengan yang lain.. 

2. Carikkan roti dalam 4 bahagian, dan masukkan dalam bekas adunan, biar terendam dan meresap sekejap.. Masukkan marjerin yang dah dicairkan serta separuh kismis kedalam bekas tadi dan gaul sedikit..

3. Sapukan sedikit marjerin dalam loyang untuk membakar.. Tuangkan roti yang telah direndam tadi dalam loyang pembakar.. Taburkan baki kismis atas adunan.. Bakar pada suhu 180C selama 30 minit.. Kalau risau hangit, pepandai adjust.. mulakan dengan beberapa minit dahulu, lepas tu kalau tak masak lagi, masukkan semula tambah minit..

Untuk sos kastard:
satukan bahan-bahan sos kastard ke dalam periuk.. petua untuk elakkan tepung kastard berketul-ketul semasa memasak, jangan panaskan lagi periuk, kacau dulu tepung bagi sebati.. dah larut/hancur baru letak atas dapur dan panaskan guna api sederhana.. masak sampai pekat.. kepekatan sos terpulang pada selera.. dah sejuk nanti lagi pekat sebenarnya..

Dah siap semua boleh lah makan.. sos kastard tu berlemak sikit, sebab husna terbuat pekat, so kalau makan banyak secara serentak memang tak boleh pergi.. boleh rasa muak, jadinya nak neutral balik jangan lupa minum air kosong.. laju je boleh hadap balik.. malam tu habis satu loyang, adik-adik buat kerja, pakat angkut sorang sikit.. abah husna plak makan saja puding tu tanpa sos, sebab dya cakap pelik kalau makan sekali.. hahaha.. makan saja pon sedap, sebab puding tu dah manis..


Till then!! See ya~ 










57 comments:

  1. ya ampun sedapnyaa... sos dia meleleh2.. nyum2

    ReplyDelete
  2. Rajinnya Husna memasak... Teringin juga zumal nak try tapi bilalah kerajinan tu nak datang... Hehe ;)

    ReplyDelete
  3. sedapnya husna ! yumm2.. dh lama teringin nk buat . thanks share resepi :)

    ReplyDelete
  4. mak ai.. telan air liur tengok pic last. tunggu free nak try menu ni

    ReplyDelete
  5. tgk sos kastad tu dh mcm su pekat manis plak :)
    mmg kan kalau buat sndiri puas hati.tak cukup apa, next time buat lgi..

    *rezeki ciksu dik dpt buah laici manis tu.isi mmg gimuk2 la.. :)

    ReplyDelete
  6. alamak husna. lapar pulak tengah2 malam ni ha.
    haha!

    ReplyDelete
  7. Boleh order tak? hahaha...nak wat sendiri macam malas je..

    ReplyDelete
  8. pandai dia buat dessert.. susah nak jadi girl yang rajin masuk dapur mcm husna..

    ReplyDelete
  9. dah lama tak buat puding roti.. umah akak kalo puding roti tak laku...akak jer mkn so mls nak buat.

    ReplyDelete
  10. Melting tengok.. nak kena buat jugak nie..thanks 4 sharing dear..=D

    ReplyDelete
  11. yummy ~~
    tiba-tiba perut mintak diisi :)

    ReplyDelete
  12. Sedapnyaaa.Kuahh kastard tu nampak macam cheese hehe ^__^

    ReplyDelete
  13. Kegemaran anak-anak ibu ni tapi dah lama tak buat..

    ReplyDelete
  14. alamak husna tergoda la pulak tgok..badan main mengembang ni cmna?huhu..klu ada soso lg mengancam kalorinya ni.hehe

    ReplyDelete
  15. alamak!!! tergoda tgk gambo yg last sekali!!!
    harus buat ni. senarai bahan semua ada...
    esok lah :-)

    ReplyDelete
  16. nampak sedap je.. tapi akk kat umh ni belum ada oven dan segala peralatan yang cukup.. jadi tak leh nak try..hukhuk

    ReplyDelete
  17. nakkkkkkkkkk nanti ika cuba buat juga la :)

    ReplyDelete
  18. kak sally ni malas nak bakar..selalu kukus je :P

    ReplyDelete
  19. fuhh...nampak sungguh menyelerakan betul...lama dah betul rasanya tak makan puding nie..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  20. sedap... dah pernah buat sekali jerk.... kena da mood kalau nak masak masak ni. hehehhe

    ReplyDelete
  21. Gulp.. berdarah hidung sebab nampak sedap sangat!

    ReplyDelete
  22. kalau masak custard dalam periuk nasik boleh ke kak husan?
    al maklum lah, student ~

    ReplyDelete
  23. Tq share recipi. Saya baru lps bake puding roti guna ur resipi ni. Simple dan senang aje. Tq sis!

    ReplyDelete
  24. Best.. sedap.. sehingga menjilat piring :-D :-D
    Terima kasih kerana berkongsi resepi

    ReplyDelete
  25. Sedap.. terima kasih kerana berkongsi resepi ♡ :-D

    ReplyDelete
  26. Salam..sy mohon ambik resepi...nak try buat kat rumah...harap halal kan..tq😊😊

    ReplyDelete
  27. Salam sis...sy mohon ambik resepi nak buat kat rumah...harap sis halalkn ...tq 😊😊

    ReplyDelete
  28. Salam..sy mohon ambik resepi...nak try buat kat rumah...harap halal kan..tq😊😊

    ReplyDelete
  29. saya mohon amik resipi ya admin..terima kasih kerana share

    ReplyDelete
  30. alahai.. sedapnya... makan bersungguh kalau dapat nie haa..

    ReplyDelete
  31. mohon halakan resepi ye. nak buat untuk suami tersayang. terima kasih

    ReplyDelete
  32. Im sorry but u have made english injustice.

    ReplyDelete
  33. Feveret all times...tp bila buatON xberapa nk jd..nnt nkntsy guna reswpi husna pula.husna nk tanya..kalau susu segar tutu kita ganti dgn susu cair boleh tak?

    http://yatiyue.blogspot.my/?m=1

    ReplyDelete
  34. Saya dah buat. Buat sos ikut suakatan husna bagi. Tp nampak terlalu pekat lak huhu

    ReplyDelete
  35. Oh kuah kastard sudah ada, lebihan anak buat puding buih hari tu. Bolehlah buat puding roti makan dengan kuah kastard ini..

    ReplyDelete
  36. Sedap ni..menu raya nanti..heheh.tq.
    Jmput singgah blog saya ea.. dirawanhartawan.blogsport.com

    ReplyDelete
  37. Sy cb wat ikut resepi sis...tekstur msk nye cmne

    ReplyDelete
  38. Kalau xde susu segar blh tak guna susu cair utk campur ngan adunan roti tu,mls plk nknke kedai
    Any ideas?
    Dh xsabar nk try ni

    ReplyDelete