Sunday, June 29, 2014

Bersama Ribuan Manusia Di Tapak Pasar Kemboja, Parit Buntar


Assalamualaikum w.b.t..


Salam 1 Ramadhan.. dingin pagi masih terasa tatkala bumi ditimpa hujan lebat pagi tadi.. sekarang pon masih mendung, rintik, matahari main sembunyi-sembunyi.. Alhamdulillah syukur, tak de lah rasa penat sangat nak meneruskan hari..  semalam sehari sebelum umat Islam mula berpuasa, beribu manusia (serius) berpusu-pusu ke Pasar Kemboja di Parit Buntar, termasuklah keluarga husna.. saja kali nih nak ubah selera kononnya nak shopping raya belah2 sini plak, sebab ramai sangat dah yang cakap pasal Pasar Kemboja kat Parit Buntar nih.. ada apa yang famous sangat, nak jugak tengok dengan mata kepala sendiri bagaimana situasi serta harga dan kualiti kain kat sana.. bila dah tengok baru boleh bagi komen..

awal pagi lagi dah bertolak, sebab risau tempat tu tutup awal.. itu je kerisauan kami dalam kereta tu, benda lain macam kesesakan lalu lintas, sangkut atas flyover memang tak pikir dah.. sebab tak de yang cerita details suasana kat sana.. pertama kali datang, mak ngah bagi petua ikut jalan ke Hospital Parit Buntar kalau dari Permatang Pasir, Bandar Baharu.. memang kami ikut sejibik sejiban, sampai lah kena naik flyover dan dari jauh dah boleh nampak beratus kereta sangkut atas flyover tu.. serius memang lama, naik kematu punggung, bosan menanti apa di penghujung sana, dan jangan lupa jaga brek jaga minyak itu je.. rupanya kami dah sampai destinasi, ya Allah azab betul shopping tak de tempat khusus nih..

suasana pasar kemboja di parit buntar

suasana pasar kemboja di parit buntar

tak de tempat khusus?? yup, orang kemboja nih berniaga bukan di tempat lapang, diorang main selit berniaga di kawasan rumah orang, rumah kampung.. memang banyak, sepanjang jalan so bayangkanlah suasana kat situ, mana nak cari parking lagi, tak strategic langsung.. tetiba terfikir, ini kalau ada emergency macam mana lah rupa.. mujur di penghujung jalan ada simpang empat, nak parking kereta tak de lah jauh sangat, boleh berpecah ke kiri mahupun ke kanan, walaupun sebenarnya dah jauh bagi kami.. husna rasa kalau tak de simpang empat tu sanggup manusia-manusia nih parking kereta sampai atas, gigih berjalan sampai berkilo-kilo meter.. -.-'

cukup sejam lebih sangkut dalam kereta, usai parking, berjalan jugak beberapa meter, singgah di setiap gerai mencari sesuatu yang boleh di bawa balik, dan berkemungkinan ianya luar biasa dari segi harga atau kualiti.. belek punya belek, memasing tak berkenan, bukan apa kami sampai pon dah tengah hari, shopping bersama ribuan manusia di bawah pancaran matahari terik, sangat tak boleh buat keputusan.. banyak je yang murah, kualiti kain pon ada yang ok dan ada yang sebaliknya.. sempat jugak grab sehelai untuk abah, orang lain balik dengan berbeg-beg plastik, kami satu beg je.. hahaha.. dah tak menahan nak bersesak macam tu lagi, dengan perut kosong dari pagi belum isi, mujur belum bulan puasa kalau tak memang menguji betul..

kesesakan lalu lintas

kesesakan lalu lintas

kesimpulannya memang kami tak datang dah kot.. :p buat pemborong boleh lah ambek peluang macam nih.. murah melampau, pattern yang dikeluarkan pon nampak baru.. berjalan balik menuju ke kereta, jam dah hampir pukul 11 lebih, tapi masih ada manusia yang sanggup redah sampai ke sini.. hebatlah korang, selamat shopping!!  


Till then!! See ya~











p/s- lalu lintas di Parit Buntar tak berapa best, 3 kali sangkut atas flyover.. 

24 comments:

  1. tak pernah pi sana lagi..teringin nak pi shopping..hehe

    ReplyDelete
  2. wah travel yang best hehe..
    erm, jem macam tu selalu berlaku di kawasan macam ni la hehe

    ReplyDelete
  3. 1st time akak tau pasal pasar kemboja ni,
    tapi macam best je kan husna

    jemput join GA di blog akak ea :)

    ReplyDelete
  4. tak pernah sampai lagi.tp ada la member ciksu kt kg gtau dlm wasap nk pi shopping kat pasar kemboja ni..
    kalau ciksu pon x sanggup hadap jem tu kan..mmg mncabar la gayanya ni

    ReplyDelete
  5. tersangat sesak ni...kenderaan yg seswai utk pergi adalah dgn naik motor....

    ReplyDelete
  6. tak penah sampai lagi pasar kemboja ni.. masyaallah ramainye orang..
    click ola bola maria elena

    ReplyDelete
  7. sebenarnya sebelum ni tak sesak...tapi semalam memang sesak gila2 sebab orang terlampau ramai pegi...dan ramai anak rantau yg balik nak pegang puasa...dik an orang parit buntar...so far jalan dia memang tak sesak...nak pegi mana2 just amik masa 10-15 minutes je...tapi semalam sebab bnyak keta maka nak pegi mrsm yg amik masa 10 minit pun boleh jdi 1 jam...bnda sesak2 ni hnya berlaku time pasar kmboja dan nak raya :)

    ReplyDelete
  8. pernah dengar, dan memang teringin nak shopping situ. dengar kata best :D
    selamat menjalani ibadat berpuasa :D
    http://iolacaviarofficial.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. daripada cara ceritanya bahaya jugak bila bukak bazar withour proper emergency exit..takut jugak laa kalau ada jadi pape yang tak elok nanti...dah laa bazar nie normally sesak...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  10. slalu dengar jgak psar kemboja ni, tp tak prnah prgi lg..

    ReplyDelete
  11. Zumal selalu lalu kat Parit Buntar masa balik Bagan Serai tapi tak pernah perasan pun pasal pasar kemboja nie... Nice sharing Husna :)

    ReplyDelete
  12. Hmm...sesak tu..pandai dia orang berniaga ya..walau lokasi tak strategik tapi masih ramai yang pergi...

    nway Salam Ramadhan Husna...

    ReplyDelete
  13. Asslmkm husna.. Selamat berpuasa.. Klau akk pun, mtk ampun la nk terjah sana klau jem.. Hehe

    ReplyDelete
  14. hohoho! kalau sesak gitu rupa, kami pun xkan sampai kot. x berbaloi nak berebut.

    selamat berpuasa!

    ReplyDelete
  15. murah? patutla sesak. kami pun xkan sampai kot.... Susah nak heret budak2 :)

    happy ramadhan!

    ReplyDelete
  16. x pernah sampai lagi sebab dengarnya camtu lah, sesak..

    ReplyDelete
  17. kalau harga murah macam best la pulak...tp jauh~

    ReplyDelete
  18. kalau bersesak memang fiza tak pergi la..setakat nak pergi sekali bolehlah kot.

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum husna....pasar Kemboja yg kat Johor ni pun mama x pi lg...

    ReplyDelete
  20. Assalammualaikum.. husna,

    walaupun mselim3 tak pernah gi.. tapi nampak sesak jalan nie kan. Tapi kalau berminat sesekali terjah takper... apa salahnyer yer tak...

    mselim3

    ReplyDelete
  21. Kawan2 ms kerja kilang dulu sangat suka pergi pasar kemboja ni..tapi akak xpernah sampai pon

    ReplyDelete