Monday, June 30, 2014

Bermalam Di Homestay Azman, Bercham


Assalamualaikum w.b.t..


ipoh

sekarang ni semester baru bagi setiap ipta dan ipts dah pon bermula, termasuk lah adik husna yang no 2 nih.. dua minggu lepas kami sefamily ke Ipoh untuk sesi pendaftaran kemasukan dya ke UniKL Royal College Medicine Perak (RCMP), Ipoh.. dya ni kira boleh tahan laa dalam sains, result SPM hari tu pon dapat dua kali ganda dari husna..-.- husna plak nama je aliran sains tapi haram tak boleh pergi langsung.. tak kena dengan jiwa.. dya apply UPU dengan matrik tapi tak dapat kos yang menarik di hati, banyak menjurus ke akaun, tak kena jugak dengan jiwa dya, dya mohon UniKL RCMP dalam bidang farmasi, minat katanyaa.. Alhamdulillah permohonan diterima..  

pendaftaran pagi Sabtu, 21hb, so untuk elak sebarang masalah yang tak di ingini berlaku, kami pon pergi sehari awal.. kemain google homestay area Greentown tak pon memana je yang dekat dengan area tu, tapi sayang lambat sangat buat tempahan banyak yang fully booked.. mujur masih ada satu yang available Homestay Azman, itupon di Bercham dekat dengan Tambun, tak pe lah ambek jelaa nak buat macam mana kan.. kang kalau tolak, tak de langsung lepas tu tak ke haru.. sewanya semalam RM150 je, standardlah kan, rumah pon selesa lengkap semua..

bagi yang tak de GPS macam kami mungkin akan kedengaran susah untuk kemana-mana.. tapi Alhamdulillah perjalanan berjalan dengan lancar.. masa keluar je persimpangan Bercham tu rasa macam lost sikit tak taw nak kemana, husna sarankan kat sini jangan sombong, pergi je tanya sesiapa.. mujur waktu tu nampak kedai kereta, terus pergi tanya uncle tu jalan nak ke Bandar Baru Putra Bercham.. dya bagi arahan kami ikut je sejibik sejiban.. dan dalam pukul 11 lebih kami sampai, kunci dah siap sedia dalam pos box tinggal masuk je kata tuan rumah sebab hari tu dya kerja memang tak sempat jumpa..

nasi bajet ayam goreng berempah

sebelum abah husna keluar pergi solat jumaat, abah ajak pergi tapaw makan kejap.. keluar je simpang empat taman tu, dari jauh dah nampak bannernya.. ada gerai jual Nasi Bajet Ayam Goreng Berempah, RM3.50 je, malas pikir banyak dan nak cepat gasaklah suruh pak cik tu bungkus.. satu hal yang husna perasan, ramai jugak yang datang beli kat kedai dya nih, sedap lah kot.. air pon kami beli tepi jalan sebab tak jumpa restoran melayu yang berdekatan, kebanyakannya restoran mamak.. bukan memilih tapi dari kecik tak di ajar makan di kedai mamak.. buktinya sampai sekarang tak pernah makan nasi kandar walaupun teringin.. T_T

berbalik pada nasi bajet tadi, satu family teruja.. serius memang sedap dan ayam berempahnya tu besar-besar, nasi pon banyak.. simple je lauknya, ada ayam goreng, kuah kari, sambal belacan dan timun tapi rasanya sangat memuaskan bagi husna dan family.. lepas makan rest kejap, petang tu keluar pergi cari tempat yang nak di tuju esok.. kali ni ikut signboard je, sampai kat hospital terus hilang punca.. apply lagi konsep jangan sombong, pergi tanya mak cik kat hospital tu baru jumpa.. kampus dalam pekan, konfem  hostel ntah mana-mana..

makan malam

on the way balik singgah tesco kejap beli barang adik yang tak cukup lagi, makan malam sesiap, balik rumah dalam pukul 9 lebih layan transformers plak.. sempat lagi walhal esok nak kena bangun awal.. -.- pasal esok, nanti husna sambung sebab dah panjang sangat nih kalah jurnal..:p


Bersambung...











p/s-nasi kandar tak de resepi kan?? cuma makan nasi berkuah kari/gulai sampai melimpah ruah.. 
perkara biasa dah bagi husna..:)

16 comments:

  1. tak pernah lagi stay homestay..nasi ayam goreng berempah memang sedap kan :)

    ReplyDelete
  2. nasi kandar ni kuah dia campur campur.nasi nnti jadi pekat likat dgn kuah hihi
    cik abe ciksu tak suka .. sbb dia makn nasi mmg x suka berkuah
    ciksu pulak terjebak masa ddk penang dlu. sbb dlm kantin ciksu mmg ada jual.. kena ada papadom, bendi rebus +ayam goreng berempah.sedpnya lahai..

    husna saja tau buat ciksu teringat ingat ni...

    tahniah buat adik husna.
    dlu junior ciksu ada blajar kat sna.
    ambik kos nursing.


    ReplyDelete
  3. Takdek r panjang sangat Husna...sedang2.. :) Pergi mana2 pun xleh sombong, sesat nanti. Macam tu r jugak kalau saya gi trip mancing, mulut kne ringan kalau nk port baik.

    ReplyDelete
  4. Wah jejalan kat Ipoh yer... Zumal dah lama tak sampai Ipoh ;)

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum husna.. nak tahu x, umh akk kat bndar baru putra tu tau..
    cuma kt taman sebelah.. bukan kwsn homestay tu.. kwsn yng ada jual nasi bajet tu.. :)

    ReplyDelete
  6. klau la husna ada story awl2, akk kt ipoh, msti blh jmpa kn.. :)

    ReplyDelete
  7. Jejalan dibulan poser... Kak lya ingat2 dua tahulepas g Ipoh ..best jln2 kat sana ...
    Syiokk jer baca BERSAMBUNG la pulak ..

    ReplyDelete
  8. bagus course farmasi tu, good luck untuk dia dan husna juga
    best juga ea duk kat homestay :)

    ReplyDelete
  9. Assalammualaikum...husna,

    wahh... daripada hantar adik, jejalan gi makan .. balik ke rumah siap layan transformer. Tak penat esok nak bangun awal.. dah biasa takper.. orait pape ceria2 selalu dan berbahagia bersama family tercinta. Mselim3 dulu pun ambik sains gak.. tapi tak menjadi..

    mselim3

    ReplyDelete
  10. Kita suka makan nasi ayam kukus berempah. Sedap..nanti husna boleh cuba..

    ReplyDelete
  11. fuhh...murahnya harga ayam goreng berempah kat sana..kalau kat opis saya harganya RM4.90 sebungkus..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete