Thursday, May 22, 2014

Shopping di Wang Kelian, Sempadan Thailand


Assalamualaikum w.b.t..


Entry hari pertama (siang): Tasik Darulaman JItra, Kedah
Entry hari pertama (malam): Menara Alor Setar, Kedah

kalau nak travel tapi tak de perancangan, konon kata nak travel secara tetiba dan tanpa apa-apa persiapan, hanya mampu siapkan pakaian sendiri, duit, mental dan fizikal, adalah lebih baik sekiranya mintak jasa orang terdekat untuk bawak anda pusing-pusing destinasi tersebut.. at least ada jugak arah tuju.. lain lah kalau dah siap google kat mana korang nak pergi.. arah tuju kami waktu nih hanya mengiakan tempat yang dicadangkan.. sangat lah tak tahu perlis nih ada apa..-..-

memandangkan jitra dah dekat dengan perlis, keesokkan harinya siap sarapan nasi goreng sedap dari mak Dalila, terus kami gerak ke Arau.. sebab Aizat stay sana, so nak kena singgah rumah dya dulu.. diberi pilihan untuk ke Wang Kelian atau Padang Besar.. kami pilih yang dekat, Wang Kelian.. bukan untuk shopping teterok pon, cuma nak melihat suasana di sana..

husna difahamkan untuk ke sana ada dua jalan, kalau tak silap.. jalan yang kami lalu ini sangat berbukit.. terus-terusan kena naik, siap ada selekoh berbahaya, Aizat dah suruh tukar kereta naik dengan dya.. senang apa-apa hal nanti.. waktu nak naik tu, lebih kurang sama je pengalaman macam naik bukit kat Pulau Pangkor.. kalau yang arif bawak boleh lah nak fefeeling roller coaster, tapi kali nih tak mampu, semua muka cuak pucat nak meninggal.. hahaha..

sampai je sana, hujan rintik pulak.. tapi dah alang-alang sampai baik redah je.. gunakan khidmat penjualan payung yang ada.. Aizat cakap selalunya kat situ panas dan sangat susah nak shopping.. jadi hujan rahmat lah waktu tuh, suasana pon jadi sejuk.. semua kedai kami pergi dan memacam jenis barang terjual.. dan waktu ni skill tawar-menawar harus dipraktikkan supaya anda tak menyesal di kemudian hari.. husna tak shopping sangat pon sebab tak plan dari segi kewangan.. kah..

di pintu masuk paling utama..

welcome to thailand.. meh meh meh..>_<
rambang mata semua nak beli..T_T

suasana di seberang jalan..

Mira, Dalila, the one yang kami tumpang bermalam di rumah dya dan Husna..
penat berjalan perut pon dah lapar, apa lagi cari tempat nak makan lah.. jumpa satu gerai makan dalam bebanyak gerai jualan barang.. dengan yakin kami menerjah masuk.. husna dengan sorang member order nasi putih, tomyam, dan telur dadar..  yang lain order maggi tomyam..

niat hati waktu pilih kedai nih, sebab gerainya terletak dalam sempadan Thailand, so nak merasa tomyam diorang yang kaw tu.. bila dah dapat, kami terima kejutan yang pertama, husna rasa tomyam siam kat Malaysia nih lagi sedap.. T_T serius tak kena dengan tekak, plain sangat rasanya.. terpaksa habiskan semua sebab lapar punya pasal..

tiba waktu nak bayar, terkejut kali kedua dengan bil plak.. satu mangkuk maggi tomyam harganya RM8.. gila kau.. harap kepala udang je besar.. mungkin ada yang tak terkejut, tapi bagi kami sangat kaut untung.. kami dah biasa terima murah dan lebih sedap jika nak dibandingkan.. jadi balik petang tuh semua muka macam tak puas hati.. berduka dengan tomyam.. hahaha.. tapi tak leh lelama sebab benda dah masuk dalam perut dah pon..:p

cuba baca setiap menu.. harharhar..

mineral nih wajib buat husna.. kedahagaan sepanjang hari ini je yang dapat membantu..

inilah maggi tom yam yang digembar-gemburkan..

sebelum turun, Aizat ajak singgah salah satu puncak bukit kecil.. kami ikut je sebab dya yang bawak.. hehehe.. walaupun rintik hujan menimpa tetap tak lepas peluang untuk tengok suasana macam nih.. bukan senang nak dapat.. Subhanallah.. suasana kat atas tuh dingin je, disebabkan hujan, so boleh nampak kabus tebal bergerak.. tenang sekejap.. 

hijau je pemandangan.. this is why I love being at the Perlis..

Aizat dengan Atikah..
terima kasih pada Atikah, sebab tanpa dya memang kami tak sampai kot..

sekejap jelaa, kang balik demam plak.. payung ada berlagak tak nak guna..-.- masa turun risau jugak hati kecil nih, sebab jalan licin.. kalau tak kena gaya, boleh silap langkah.. tapi Alhamdulillah dapat turun dengan selamat.. ada lagi destinasi seterusnya, nanti husna sambung.. inshaAllah..

jangan lupa dapatkan tiket free ke Seoul Korea di SINI.. syarat mudah, boleh pergi dengan kawan baik.. 


Till then!! See ya~  
















p/s- banyak lagi hutang blogwalking..

19 comments:

  1. best ya husna, bawak akak pi sana buleh ? :)

    ReplyDelete
  2. Mengimbau jugak ni.. Last pegi wang kelian tahun 2005 kot.. Masa buat degree kat uitm arau..

    ReplyDelete
  3. Syeeda tak pernah sampai lagi wang kelian. Selalu dok p pdg besaq ja..

    ReplyDelete
  4. Wah bestnyerr ..kak lya tak pernah sampai sana ..
    nnt kalau pegi Husna nak temakna kak lya tak hehehe ..
    insyaallah satu hari nnt sampai sana...
    jom shopping sambil makan2

    ReplyDelete
  5. Dah lama zumal tak pergi Wang Kelian, 10 tahun pun ada rasanya *walaupun duk kat Perlis jer*

    ReplyDelete
  6. teringin nak pi.. tapi tak pernah berkesempatan. huhu

    ReplyDelete
  7. Salam Husna ..Kak Lya tag Husna tau kat sini http://akifimtiyaz3.blogspot.com/2014/05/1st-mini-giveaway-by-atikah-aziz.html
    Jom ler ada masa join sekali ya Husna..

    ReplyDelete
  8. Pernah dengarq wang kelian, kalau barang murah teringin nak pi. Best la husna dengan kawan2 explor tempat masih hijau naik bukit turun bukit tiba coihh ada tempat sopping heee :)

    ReplyDelete
  9. bestnya Husna..hijau jer pmdgnnya..sejuk mata memandang..

    ReplyDelete
  10. teringin nak pergi, mama belum pernah sampai lagi dear..

    ReplyDelete
  11. Wang Kelian ini tak pernah dengar plak..biasa kat sempadan perlis orang selalu shopping kat Padang besar jer...hehehe..tapi dua-dua tempat pun saya tak pernah pegi..hehehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  12. akak cuma sampai perlis sbb nak gi langkawi je. Lain2 tempat xpernha jejak. teringin gak nak ke padang besar tp entah bila.

    ReplyDelete
  13. Sekali je pernah pergi masa study kat perlis dulu...

    ReplyDelete
  14. pergh.. kali terakhir saya ke wang kelian masa sekolah rendah dulu.. sekali tu je.. tapi kalau kat padang besar, banyak kali dah.. pi dengan moto pun pernah, dari penang, berkonvoi. hehehe.

    ReplyDelete

assalamualaikum dan hye..
tinggalkan jejak awak di sini..
terima kasih..♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Blog ini merupakan blog peribadi perkongsian daripada penulis. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pengalaman atau pendapat peribadi, dan tidak melibatkan mana mana pihak kecuali dinyatakan sumber atau nama pemiliknya.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal, dan mungkin berbeza dengan individu lain. Penulis sama sekali tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen dan pendapat yang dilontarkan oleh para pembaca blog ini.

Terima Kasih.