Friday, May 23, 2014

Beri Penghormatan Pada Yang Tengah Solat


Assalamualaikum w.b.t..


sumber: google
susahnya nak khusyuk masa solat.. selalunya gangguan nih akan datang dalam bentuk bunyi lagu dari radio, suara dalam tv, dengar orang sembang, dengar orang nyanyi dan memacam lagi lah.. tapi bila dah berada di tempat yang sunyi, lain pulak gangguannya.. gangguan paling agong dah tentulah dari syaitan yang direjam.. elok nak start solat mulalah terfikir memacam.. fikirkan baju tak iron lagi, kejap lagi abah balik air belum masak, dan entah apa lagi yang di fikirkan.. kekadang rasa macam geram dengan diri sendiri.. sebab tak boleh nak fokus..

husna ada baca, tak khusyuk solat itu sah, tapi pahalanya kurang.. dan ada jugak alim ulama' berpendapat bahawa khusyuk dalam solat itu wajib.. terlalu banyak hadis dan pandangan.. tak berjaya husna nak coret kesemuanya.. adalah lebih baik kalau kita fahamkan sendiri..:) 

berbalik pada masalah khusyuk dalam solat, selalunya husna akan ada masalah tak fokus sebab bunyi suara dari tv.. lepas tu kalau ada yang bukak lagu dan nyanyi.. husna nih pantang orang nyanyi mulalah nak sambut nyanyi sekali.. bila dah takbiratul ihram, terdengar lagu, mulut baca lain, kepala otak ingat lagu susun semula liriknya.. apa benda laa..-.-' kalau dulu masa kat rumah sewa, jenuh mencari tempat yang sunyi sikit.. yelaa nak bicara dari hati ke hati, mestilah tak nak gangguan..

kita plak kalau uzur, dah tengok orang tu nak solat, janganlah bising.. cuba hormat dan faham sikit.. sebab tak semua individu akan mudah khusyuk dalam solat, macam husna lah.. beri individu tersebut ketenangan.. inshaAllah kita pon akan dapat penghormatan tu balik..

sumber: facebook..


Till then!! See ya~  
















p/s-bukan mudah sebenarnya, tapi cubalah..

17 comments:

  1. salam jumaat and great piece of sharing husna...

    ReplyDelete
  2. samalah ngan akak husna. kadang tu lebih pd bisikan setan. mulalah ingat itu ini..adoi

    ReplyDelete
  3. Tu la..kadang mmg terganggu kalau org bising atau bunyi TV..kadang tu amik remote terus MUTE! hahaha :D

    ReplyDelete
  4. bagus sangat perkongsian ni :) saya pulak terpaksa solat di ruang tamu kerana nak berikan keselesaan kepada roommate.. terkilan betul dgn kawan2 yang psg tv kuat2. kekadang, non-muslim pulak yang pandai menghormati apabila kita cuba menunaikan ibadah..

    ReplyDelete
  5. betul tu husna..bukan senang nak khusyuk, tu sebab tinggi ganjaran Allah bagi kat orang-orang yang khusyuk dalam solat :p

    ReplyDelete
  6. Trima kasih berkongsi info husna..sama2 berusaha supaya lbih khusyuk dlm solat :)

    ReplyDelete
  7. huhu..susah nak dpt khusyuk dalam solat..banyak gangguan..

    ReplyDelete
  8. seriously,, susah giler kot nak khusyuk,, tmbah lak ada yang mengganggu,, sobss

    ReplyDelete
  9. Sama la zumal pun mengambil masa untuk khusyuk dalam solat...

    ReplyDelete
  10. den kalu tiba2 dgr bunyi dr tv ke radio bila solat, terus kuatkan bacaan smpai telinga dengar apa yg den baca....

    tp satu je gangguan kat rumah bila solat, si Tuah yg ganggu bila tak dibagi makan..

    ReplyDelete
  11. berkenaan khusyuk ni, kalau x silap, pendapat yg paling mu'tabar, kalau solat x khusyuk x membatalkan solat. kalau khusyuk, itu pahala lebih..
    berkenaan gangguan tu, sbb tu la x elok baca alquran atau zikir kuat2 dalam masjid. sbb nk hormat org yg sdg solat..:)

    ReplyDelete
  12. tq husna. :)

    tak berapa berkenan dgn org yg dah nampak org lain tengah solat tp tak control volume suara. nak menyembang, sembang lah. tapi jgn lah bg satu kampung dengar. hmm

    ReplyDelete
  13. agreed dengan entry ini husna..orang yang tengah bersolat ini patutnya kita hormat dan jangan buat sesuatu yang mungkin boleh mengaggu mereka untuk kusyuk dalam bersolat...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  14. satu perkongsian yang bagus ni, mama ada 2 anak kecik, biasa mama solat sufi dan kakak akan solat sekali, tapi sufi akan kacau mama punya, masuk dalam telekung lah, sujud atas sejadah lah...

    ReplyDelete
  15. Sama la akak pon camtu Husna ..Kdg2 tengah solat bebudak kat luar umah duk start motor kuat2 pon boleh jd terkejut dan tak ingat apa yg kita baca huhuhu ..

    ReplyDelete

Copyright © 2017 husnazahidi
| Distributed By Gooyaabi Templates