Monday, April 28, 2014

Petua Kecantikan yang Unik


Assalamualaikum w.b.t..


seiring dengan pengenalan produk kecantikan yang sana sini heboh perkatakan, tak nafi mesti ada lagi yang mengekalkan petua kecantikan berasaskan bahan semula jadi.. selalunya biasa-biasa je tapi kali ni husna nak share sikit hasil pembacaan di laman sosial yang mana petuanya dianggap aneh oleh penulis sendiri..

1. Gunakan satu kiub ais sehari untuk menyingkirkan lemak, jerawat dan kedutan 
Tips ini kedengaran tak menarik kan?? Tapi manfaatnya sangat berguna.. Penggunaan tips ini akan mengawal sel-sel lemak, jerawat dan kedutan di bahagian muka.. Oleh itu, sebelum tidur, ambil satu kiub ais dan urut ke seluruh muka. Amalkan setiap hari untuk melihat perubahan selepas beberapa minggu.

2. Kurangkan bengkak pada bahagian mata dengan kentang mentah      
Menurut seorang pakar dermatologi, kita disyorkan menggunakan kepingan kentang mentah untuk melegakan mata. Ini kerana kentang mentang adalah 'astringen' yang bermakna ia membantu melembapkan bahagian sekeliling mata dan ia juga mengandungi enzim catalase yang membantu meringankan gelap di bawah bulatan mata. Tips ini sangat mudah dilakukan. Pertama, cuci dan kupas kentang. Kemudian, potong dua keping dan letakkan satu di setiap mata selama 10 minit. Baring dan rehatkan badan. Selepas itu, bilas kawasan mata perlahan-lahan dengan air suam apabila selesai.

curik google

3. Panaskan pelentik bulu mata anda 
Jika anda mempunyai bulu mata yang lurus, salah satu cara terbaik untuk melentikkannya adalah dengan memanaskan pelentik bulu mata anda dengan pengering rambut selama 8 hingga 10 saat. Apabila memanaskan pelentik tersebut, ia akan bertindak seperti besi pelentik, dan gunakan sekali maskara kalis air yang mana kering lebih cepat untuk bulu mata yang sempurna dan cantik.

4. Sejukkan celak mata anda 
Mempunyai masalah dengan celak hanya selepas kali pertama menggunakannya pada mata anda? Jika 'ya', tips ini sangat sesuai untuk anda. Lima belas minit sebelum mula bersolek, letakkan celak mata ke dalam peti sejuk. Apabila sudah masa untuk anda memakainya, ia lebih senang untuk digunakan pada mata berbanding sebelum ini.



sumber: yahoo.com




















p/s- blogwalking sambil kunyah kuih siput..:p

14 comments:

  1. ais tu paling senang...boleh try pas ni..tapi mlm2 mesti malas nk buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. husna ingat nak try jugak tapi pegang ais kejap pon dah tak tahan..>.<

      Delete
  2. Nak try petua guna ais kiub ni. Comel sangat jerawat di muka. Penat nak jaga. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. kalau nak datang 'bendera jepun' lagi jerawat comel mengada2..:p

      Delete
  3. tips yang pertama tu cambest..boleh try setiap hari :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaAllah.. husna kalau dah ngantuk, xde maknanya..:p

      Delete
  4. Tidak mustahil tip2 ini mujarab...kalau ia serasi dengan kita

    ReplyDelete
  5. mmg pelik la husna. berkerut2 kening bacanya. tp petuanya mudah. dlh dipraktikkan

    ReplyDelete

Copyright © 2017 husnazahidi
| Distributed By Gooyaabi Templates