Sunday, April 27, 2014

Maruku Kuih Siput


Assalamualaikum w.b.t..


pernah makan kuih siput?? bukan sejenis kuih ye, tapi sejenis maruku.. rasanya sedikit pedas.. alaaa macam maruku lah.. rangup, pedas dan tentulah sedap..

husna baru je selesai menggentel petang tadi.. mama husna uli tepung, pastu pakat-pakat gentel.. guna acuannya.. tapi kalau tak guna acuan macam mana nak menjadi kuih siput.. -..- mama buat sekilo tepung, jenuh jugak laa nak menggentel.. lenguh habis badan-badan nih.. kalau buat reramai cepat lah habis.. ni tadi kami buat bertiga je dengan adik husna.. perit sikitlah..

perit pon digagahkan diri jugak sebab nanti hasilnya memang puas.. daripada membeli kuantitinya tak seberapa dan mahal pulak tuh.. kudapan macam nih kalau kat rumah husna kejap je nak habiskan.. lelagi time tengok tv.. kejap lagi boleh kot makan sambil hadap Bintang Mencari Bintang.. hehehe..

masih mentah.. belum digoreng.. 





















p/s-tak puas kalau sikit-sikit.. >_<

26 comments:

  1. Wahh best nya pandai buat. Vee tak suka sgt ni. Hehee

    ReplyDelete
  2. Hi salam perkenalan :) U have a great and nice blog. Do u mind to visit and follow my blog ? awksweetgitu.blogspot.com =) It always open for everybody. :D

    ReplyDelete
  3. wow.. cantik rupanya.. kira dah mahir menggetel adunan buat kuih siput ar ni

    ps: meh krim sikit kt zam ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. guna acuan je zam.. xdaklah perfect sgt.. bolehlah setakat nak kunyah..hehehe..

      p/s: hehe.. boleh2..

      Delete
  4. Wah my fav too...dap nye...time nak buat memang leceh...time ngap...x sedar habis sebalang.....ada feeling2 raya tengok kuih ni huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. samalah kita kak..
      tak puas hati betul.. buat punya lama nak makan kejap je..:p

      Delete
  5. Assalammuaaikum... husna,

    mselim3 pun suka kuih tradisional nie... kuih siput susah sekarang nak cari kuih macam nie..

    mselim3

    pls: cuba husbna ingat balik kuih.. bangkit santan, putu kacang, dan kuih dangai.. sedap kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummussalam mselim..
      kuih tradisional nih area kedah still ada lagi..
      mak cik2 husna pon time raya diorang buat lg putu kacang..
      dan kuih dangai tu terjual kat pasar malam..:)

      Delete
  6. kalau masa raya, ni lah kuih yang dibantai dulu berbanding kuih² lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. selalunya kerepek lah dijadikan bahan santapan..

      Delete
  7. peberet ciksu ni husna.ntah rahun bekersempatan buat atau tak.huhu
    tak larat nak menenyeh..hahaha

    ReplyDelete
  8. kuih siput ni kuih tradisonal. suka mkn. sedap!
    wah mkn time nengok BMB erk..beznye...semalam sumbu n mmmmm bez giler performance diorg

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak.. adik husna gelak tak henti tengok MMMMM..:D

      Delete
  9. Kakak saya memang suka buat kuih siput ni. Boleh dikatakan, tiap-tiap tahun masa hari raya dia buat kuih siput ni.

    ReplyDelete
  10. comel kuih siput...cantik je buat. mesti sedap ni kan :) memang sekali hadap je habis buat kudapan sambil tgk TV

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak cantik sangat pon.. dari jauh je nampak cantik..:p

      Delete
  11. wah.. seronoknya buat kuih siput bergotong-royong.. remeh nak buat tapi sedap dimakan..hehhe

    ReplyDelete

assalamualaikum dan hye..
tinggalkan jejak awak di sini..
terima kasih..♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Blog ini merupakan blog peribadi perkongsian daripada penulis. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pengalaman atau pendapat peribadi, dan tidak melibatkan mana mana pihak kecuali dinyatakan sumber atau nama pemiliknya.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal, dan mungkin berbeza dengan individu lain. Penulis sama sekali tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen dan pendapat yang dilontarkan oleh para pembaca blog ini.

Terima Kasih.