Sunday, March 02, 2014

Ceramah Maulidur Rasul 1435H


Assalamualaikum w.b.t..


Sebulan yang lalu, 21 Januari, bersamaan 19 Rabiulawal 1435H, telah berlangsungnya Majlis Ceramah Maulidur Rasul di Dewan MRSM Merbok, Sungai Petani.. Penceramah jemputan pada malam tu ialah Imam Muda Azhar.. atau nama sebenarnya, Muhammad Khairul Azhar Ghazali..

Majlis berlansung anjuran Jawatankuasa Pelajar Non-Resident (JPNR), dan penasihat En. Norridzwan Abidin.. pada malam tu kami satu rumah hanya handle apa yang patut je.. susun kerusi, sediakan tempat duduk pelajar mengikut sekolah, usai majlis edarkan makanan.. dan Alhamdulillah.. majlis berjalan dengan lancar..

ceramah maulidur rasul, mrsm merbok, sungai petani, tahfiz mahabbah
berdebar je rasa masa mereka berqasidah

Majlis bermula dengan qasidah dari pelajar sekolah tahfiz.. dan seterusnya ceramah dari IM Azhar..

Sedikit intipati ceramah pada malam tu..

kata beliau, dengan mengamal sunnah nabi, kita akan mendapat 100 pahala shahid.. wallahualam.. tak perlu berperang pon.. antaranya ialah, posisi ketika tidur iaitu tidur ke kanan, bahu kiri ke atas.. memakai pakaian putih dan berserban, seterusnya cara duduk semasa makan..

kata beliau lagi, zaman nabi dulu, semasa nabi cedera, para sahabat bersungguh-sungguh mahu membantu nabi.. sampaikan ada yang sanggup menjilat darah nabi.. jika menjilat darah nabi, dipercayai tidak akan di jilat api neraka.. wallahualam.. jika sekarang, kita hanya perlu patuh pada kedua ibu bapa kita.. nescaya syurga ganjarannya.. inshaAllah..

banyak lagi yang diceritakan, hanya mampu berkongsi apa yang masih di ingatan.. :)

imam muda azhar, ceramah maulidur rasul, dewan mrsm merbok, uitm merbok
bersama Imam Muda Azhar


















p/s- kata IM Azhar, kalau sayang nabi, sekurang-kurangnya mesti ada sebuah buku mengenai akhlak nabi..

14 comments:

  1. Replies
    1. nabila silap org nih.. mana ada husna kat situ.. :p

      Delete
  2. Perkongsian yang baik, peringatan bersama.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum husna. alhamdullilah. bestnya dengar ceramah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummussalam kak..
      sementara ada peluang nih, hehehe..

      Delete
  4. Replies
    1. manusia biasa kdg2 tlupa, jd perlu ada yg mengingatkan.. :)

      Delete
  5. best nye ... suka tau dengar ceramah atau majlis majlis yang cenggini.

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah.. perkongsian yg baik..

    ReplyDelete
  7. trend selawat sudah berkembang di Malaysia. satu perubahan yang menarik

    ReplyDelete