Friday, July 12, 2013

Kuih Ketayap Bunga Ros Juadah Berbuka 2 Ramadhan


Assalamualaikum w.b.t..


Salam Jumaat semua.. tengah relax ke dah bertukang kat dapur tu?? Mana taw kan ada menu special berbuka hari ni.. nak buat ambil masa sikit so kenala masuk dapur awal kan.. hehe.. untuk menu kuih di rumah hari ni menu dari husna.. dah lama iolls teringin.. rasa macam mengidam je taw.. kalau tak dapat jugak kali ni kempunan mak jemah majuk tak nak balik kampung raya ni.. mihmihmih.. menu apa?? nanti la husna cite ye..

Ini perihal semalam yang KONONnya nak up malam tadi.. propa sangat taw.. bila dah kenyang mata mengantuk buat draft pon sangkut.. huehuehue.. jadinya continue tengah hari ni jelaa..


RESEPI : KUIH KETAYAP BUNGA ROS

bahan inti :
- kelapa parut 
- sehelai daun pandan
- 2 sudu tepung gandum
- gula pasir secukupnya
- sedikit air
- sedikit pewarna merah ros

cara-caranya :
- masak gula pasir dengan sedikit air dan masukkan simpulan daun pandan
- seterusnya masukkan kelapa parut dan sedikit pewarna merah
- cairkan sedikit tepung gandum dan masukkan ke dalam adunan tersebut (fungsi : mampu memekatkan kelapa parut dan tidak mudah lerai)
- gaul rata hingga warna sebati

bahan kulit :
- 3 tepung gandum
- air pandan
- sebiji telur
- sedikit garam
- air secukupnya

cara-caranya :
- blend kesemua bahan di atas hingga tepung tidak berketul dan adunan tidak terlalu cair, just fine!!
- panaskan pan (non-stick pan paling senang)
- masukkan sesenduk kecil adunan dan lenggang 360 darjah pan tersebut hingga adunan rata
- tunggu masak dan sedia di angkat untuk di gulung bersama inti tadi
- habiskan adunan tersebut dan siap di hidang!!







p/s- bunga ros sangat.. -..- menambah je keje aku..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Blog ini merupakan blog peribadi perkongsian daripada penulis. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pengalaman atau pendapat peribadi, dan tidak melibatkan mana mana pihak kecuali dinyatakan sumber atau nama pemiliknya.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal, dan mungkin berbeza dengan individu lain. Penulis sama sekali tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen dan pendapat yang dilontarkan oleh para pembaca blog ini.

Terima Kasih.