Tuesday, February 26, 2013

Untung Jadi Students?? Sometimes..



Assalamualaikum w.b.t..


Selamat tengah hari!! dah makan ke?? husna baru sudah nih.. tetiba ada mood nak menyonteng.. terus muntahkan.. kalau x nanti jenuh nak cari mood..

Eh.. cuaca kat tempat korang amacam?? merbok dah 3 hari berturut-turut hujan renyai.. turun macam xmaw turun jaa.. nampak xdak tapi sebenarnya ada.. nak bergerak pon rasa macam malas jaa.. hibernasi 2 3 hari boleh kot.. hehe.. mama husna bgtaw semalam, yg hujan spesies ni la akan mudah mendapat sakit ; demam dan sakit kepala..  so jaga diri uolls.. ;)


Petang semalam kami keluar!! actually x rancang pon.. lepas kelas pukul 12, husna balik bilik nak makan pastu rehat jap.. kemudian pukul 2 diorang ajak keluar.. nak ambil baju member yg dya alter kat kedai.. pastu ke pejabat pos.. then, alang-alang dah keluar kami berlima pon pergi lar tengok wayang di Amanjaya Mall..

Puas pilih antara Gangster Celop dengan Beautiful Creatures, last-last ambil Beautiful Creatures.. sebab cerita orang putih nih lambat sikit nak dapat yg pirates.. =P member sorang nih dah tengok trailer, nampak macam best.. nama movie pon awesome semacam je.. lagipon cerita sains fiction kan.. dapat bayang memang bestlaa.. tapi sebenarnya x sangat pon.. -.- dah lar subtitle bahasa melayu diorang translate sebijik-sebijik.. kalau guna english kan ok sikit..

Lepas layan wayang kami singgah MPH Bookstore.. katanya nak habiskan baucer buku tp husna xmaw.. nak guna RM50 jaa.. memandangkan mama dah pesan suruh beli novel untuk dya.. so husna pon cariklar sebijik.. dapat 7 Hari Mencintaiku by Siti Rosmizah.. dan Tak Secantik Husna, saja seronok nak beli.. sebab?? dapat agak kot.. haha..



Untung jadi students?? Sometimes..

  • Tiket wayang RM11.00, guna student card jadi RM7.00
  • 7 Hari Mencintaiku RM32.90 dan Tak Secantik Husna RM19.90 guna Kad Siswa dapat less 10% dah guna baucer buku konfem kena cukupkan RM50, grab 2 pen..
  • Singgah Marrybrown, pon guna Kad Siswa..



Alhamdulillah.. =)



Friday, February 22, 2013

Cerita Semalam



Assalamualaikum w.b.t..


Selamat petang!! buat apa je petang-petang cenggini?? yg kat rumah tu ada plan nak menggoreng x?? sedapnyaa.. dah goreng nanti jangan lupa pos sini sikit taw.. hehe..
*taip petang publish dah maghrib.. sebab ada kerja.. =P

Xnak merepek merapu meraban dengan lebih maju.. sebab kali nih nak cerita pasal ze classmates kite.. yang banyak habiskan masa dengan kite.. hehe.. :3


Warning!! propa is everywhere!!
Keep calm and keep reading.. =)


Untuk pengetahuan, minggu lepas uitm merbok dah menternak zombies dengan jayanya.. bukan setakat zombie je.. beruang panda?? beruang kutub?? teddy bear mata sembap?? cakap je semua ada.. hehe.. kami sebagai penghuni nak x nak terpaksa berkawan antara satu sama lain.. ajak makan sekali.. bincang keje sama-sama.. riuh rendah buat macam kolej nih kami punya.. gelak terbahak-bahak sampai x leh nak berhenti.. gelak macam nih depan mak mertua konfem kena reject.. -.-

Malam-malam dok dalam satu bilik buat projek.. almost setiap malam untuk satu minggu lepas.. yeahh~ lama kan?? Actually tiap minggu ada.. kalau kitaorang ada task yang nak kena siapkan sama-sama, bilik tuh akan jadi sarang kitaorang.. buat projek hingga larut malam.. pedulik hape kiri kanan nak cakap.. nak pandang serong?? Arghhh!! Nak pandang sorang-sorang pon boleh aih..

Minggu lepas husna dah langgar pantang larang.. kalau jadi mak budak yg tengah berpantang konfem kena hempuk.. seminggu asyik tidow lewat.. bukan lewat sikit macam kite selalu cakap kat monster hacker tuh.. nih lewat banyak.. 3 4 pagi baru tidow.. berpeleseran dengan diorang lar.. haa.. ini semua diorang punya pasal.. ajar benda x baik kat kite.. terok betoi.. kan dah jadik x baik.. -.-


Eh~~ xde!! xde!! sapa reka cerita nih?? memandai je..


Like I said before, propa is everywhere.. xdenya diorang punya pasal.. ini assignment punya pasal.. salah assignment ye kawan-kawan.. -.- yelaa.. semua nak minggu lepas.. present dengan report.. jenuh nak hadap.. sebab tuh ramai je muka-muka zombie kat sini.. haha.. lega je bila dah dapat cuti nih.. macam ada orang tuh cakap nak tidow, tidow, tidow dan terus tidow then ahad baru bangun.. muehehehe..

nih kumpulan husna.. =)

yg nih satu lagi kumpulan.. housemates to be.. campur dua orang dari kiri kat atas tuh.. ^^V

Meet ze classmates.. waktu ni baru habis kelas operation management.. time ni lar presentation yg ketaq bulu hidung habis tu.. konon lecturer tu akan tanya soalan susah lah.. soalan yg relate dgn apa yg kitaorang belajar lah.. macam-macam.. tapi bila masuk.. xde maknanya.. rilex je dya.. haha..





P/s - need to date another hectic month.. 

Salam Jumaat | Berkasih Sayang Cara Rasulullah SAW



Assalamualaikum w.b.t..


Salam Sayyidul Ayyam.. =) morning!! buat apa je tu?? membuta lagi ea?? semalam tidow pukul berapa haa?? tidow lewat layan movie lar tu.. =P eh, study kot.. haha.. husna combo!! buat tutorial law sambil layan movie.. agak-agak berjalan dengan lancar ke tuto tu?? =P for sure movie tu memang berjalan dengan lancar tanpa skip.. haha..

Pagi ni nak up entry Salam Jumaat.. dah lama kan blog ni sunyi dari entry Salam Jumaat.. =) tuan blog asyik sibuk ja.. cuti pon sibuk, membuta.. -.-



Berkasih Sayang Cara Rasulullah SAW

Umum mengetahui bahawa Nabi Muhammad SAW utusan Allah SWT yang memiliki beribu kebaikan untuk diikuti.. Termasuklah cara baginda meluahkan rasa kasih dan sayang pada umat-umatnya..

1. Tertulis dalam sejarah di mana ada seorang wanita tua bukan golongan Islam selalu membaling najis dan meletakkan duri di sepanjang jalan yang di lalui Rasulullah. Baginda langsung tidak mengiraukan kelakuan buruk wanita tersebut malah menziarahinya ketika dia uzur. Dia terharu melihat kebaikan baginda lalu memeluk Islam..

2. Ketika berhijrah ke Kota Madinah dan memulakan sesi dakwahnya, Rasulullah telah di baling batu oleh kanak-kanak dan golongan dewasa penduduk kota tersebut. Pernah ia berlaku ketika baginda sedang menunaikan solat, namun baginda langsung tidak memarahi mereka.. Malah, baginda berdoa, “Ya Allah, berilah petunjuk bagi kaumku, mereka tidak mengetahui tentangku.”

3. Rasulullah seorang yg baik hati kerana selalu membantu sahabat dan umatnya tanpa mengira latar belakang mereka.. Jika ada sesiapa yg meminta pertolongannya, baginda akan sedaya upaya membantu.. Sikap prihatin ini perlu diikuti kerana Rasulullah pernah bersabda, “Barangsiapa yg menunaikan satu hajat saudaranya, ALLAH akan tunaikan 70 hajatnya.” Wallahua’lam..

4. Satu ketika dahulu, pernah berlaku di mana seorang Arab Badwi membuang air kecil di satu sudut di dalam masjid.. Perkara kotor ini mendatangkan kemarahan kepada sahabat-sahabat Nabi Muhammad.. Baginda pula hanya berdiam diri dan tunggu hingga si polan melunaskan hajatnya.. Selepas itu, baginda tidak kekok membasuh najis tersebut lalu memberitahu tentang adab-adab ketika di masjid kepada si polan tersebut..

5. Baginda selalu berjalan dengan fakir miskin dan sering menziarahi mereka yg memerlukan sama ada bertanya khabar atau pun bertanya tentang keperluan mereka.. Baginda langsung tidak pilih bulu kerana sentiasa berbual dan makan bersama orang-orang miskin yg melarat..


Subhanallah.. hebat sungguh peribadi baginda.. Kita semua bukan insan sempurna, maka tolak ansur adalah amalan terbaik supaya jalinan kasih sayang yg di bina kekal selamanya.. In sha Allah..





p/s- lagi perubahan yang Husna nampak.. Alhamdulillah.. 
suka tengok member berubah ke arah kebaikan.. cantik je dya.. =)


Friday, February 15, 2013

Mood Apakah Cenggini??


Assalamualaikum w.b.t..


hello hello holla!! buat apa je tu?? husna kan semenjak dua menjak tiga menjak bermenjak-menjak nih, perut x pernah x di isi or lewat mengisi.. bahagianya dya.. sangat susah lar nak dengar my tummy gummy qeyau mintak penampor, eh mintak di isi.. -.- Almaklumlah, hampir seminggu berada di rumah.. haqqq tuihhh~ *gejala kurang sopan overflowed..


dan tika ini, saat ini, detik ini husna nak mengajak kalian menjamu selera dengan hidangan yg di sajikan.. muehehe.. x mo lar drooling sensorang kan.. =P x syokk r..

Alhamdulillah, nikmat bercuti di rumah.. utk pengetahuan nak cari spesies yg baik punye sedap dalam kuantiti yg banyak macam ni kat hostel or everywhere else memang x lar woi.. makna kata bertambahlar kilogeram den yunk~ :'( 


petang selasa yg lepas, mama asyik tanya minum petang nak buat apa.. puas memikir pastu teringat yg husna teringin sangat nak makan karipap.. harap maaf karipap yg saya idamkan x seperti apa yg anda idamkan.. ada certain makcik pakcik jaa yg memenuhi kriteria karipap idaman saya.. pon boleh.. -.- 

husna suka kulit karipap yg x berapa keras, dan rapuh.. lepas tu jenis inti juga memainkan peranan yg penting ye tuan-tuan dan puan-puan.. husna suka ubi keledek dan ubi kentang.. pastu inti dalam karipap tu mestilah di isi dengan melimpah ruah ke ladang gandum dan jadilah karipap krunch.. haa.. cenggitu baru sedapp.. 

maka petang tersebut setelah di ulinya tepung, mama canai, adik bongsu tekap, husna isi inti, adik kedua kelim, dan adik ketiga goreng.. haa.. puas hati.. overall memang memenuhi kriteria husna cuma inti kurang masin sedikit laa.. tapi puas hati.. =)



petang rabu plak, katanya nak buat kuih ketayap.. sebab baki inti nya ada lagi.. pink colour meyy.. ;) tapi macam malas lar plak.. dan terus teringat apa yg husna nak buat.. bahan-bahan dah lama beli.. maka terhasillah lempeng oat bersama sandwich tuna.. 

sebenarnya husna beli quaker oat tu nak makan dengan susu masa kat hostel.. lepas beria bancuh hari tu, yeackkss.. tekak x boleh terima.. terus bawak balik rumah.. pastu terpikir gak rugi lar kalau beli x makan.. then google cari resepi.. jeng je jeng.. hehe.. ^_^

dan ternyata x rugi husna google.. sedapp~ eh.. ni bukan kes naik lift tekan sendiri naa.. erk ke memang.. yg paling best bila mereka juga suka.. =) siap suruh buat lagi.. hehe..

nak resepi boleh rujuk sini --> Lempeng Oat Bersama Sandwich Tuna..



dan malam ni.. akibat terlalu menahan perut ini dari menerima sebarang makanan berbentuk maggi masa kat hostel, dengan jayanya husna telah hadam puas-puas sewaktu makan malam tadi.. makan maggi macam ni baru sedap uolls.. hehe..


so macam mana?? dah kenyang lapar balik ke?? or memang x de nafsu langsung?? haha..
Selamat Malam.. =)





Tuesday, February 12, 2013

Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M)



Assalamualaikum w.b.t..


haa tudiaaa.. dah lama tinggal blog.. update pon x.. blogwalking pon x.. hari tuh kemain tweet dengan kak ruha cakap bila dah cuti nak update blog sampai x cukup masa.. tapi sekarang, start dari cuti hari khamis sehinggalah hari nih, dah 3 hari berlalu, still x bergerak untuk menaip..

Malam nih, dengan gigihnya menaip jugak.. mana tidaknya, komen semakin kurang.. means pelawatmya pon semakin kurang lar kan.. haha.. =P  actually, tengah pikir tadi nak start dari mana tengok-tengok dah dua perenggan dah mukadimahnya.. =D


Eh.. husna ada pelawat berbangsa cina x?? kacukan sikit ke??
X terlambat kan nak wish Happy Chinese New Year!! =)


semalam husna dah pergi habiskan RM100 baucer buku.. susah woo bila diorang cakap hanya 20% je boleh habiskan untuk alat tulis.. dah lar alat tulis je yg boleh husna mainhentamamek.. =D cemuih memikirkan buku ilmiah apa yg husna nak beli.. buku motivasi pon macam-macam fesyen.. dah lar masa terhad.. kalau nak pilih betul-betul sehari pon x cukup..


memandangkan husna pergi dengan family, husna sempat habiskan RM100 je.. terjah Hasani dalam Kulim Landmark.. ragut al-Quran, *warna Oren uolls kalkulator, testpad, pembalut buku, dan notebook..

kalau tanya pasal novel, hehe, sapa nak tolak.. tapi mengingatkan novel hasil baucer tahun lepas pon ada yg x terusik lagi, so hadam nafsu pelan-pelan.. lagipon husna xdela minat novel sangat.. sebab tu x abeh baca lagi.. =P

kalau nak habiskan untuk buku-buku kat merbok, memang x lar, sebabnya kitaorang banyak guna manual.. nak beli untuk sem depan xtaw buku apa yg patot di beli.. or else masih guna manual lagi..  hmm.. lagi RM150 nak perabih untuk apa pon xtaw lar.. haha.. ada idea ke?? ^^






Sunday, February 03, 2013

Review Follower yg ke-777



Assalamualaikum w.b.t..



Selamat pagi.. dan selamat berhujung minggu.. (Kedah tidak) husna curik masa sikit ye nak review follower cun husna yg ke-777.. bulan January lepas dapat follower  yg ke-666.. rasa seronok follower meningkat setiap bulan.. lagi bertambah seronok readers meningkat.. x kisah silent readers pon boleh.. =)



Follower yg bertuah kali nih, blogger cahaya permata.. Miscellaneous yang bermaksud pelbagai.. mungkin bermaksud pelbagai kisah untuk di kongsi.. =) tagline “menulis apa yg berada diHati, untuk diKongsi, dan diabadikan sebagai memori”.

Nama di beri Nur Aljawahir Kamashah.. sedap nama.. =) *eh.. macam pernah dengar kan nama nih.. husna x dapat nak kenal pasti Nur Alja umur berapa.. huhu.. tapi Nur Alja diehardfan Big Bang nih.. sapa rasa dya minat yg sama boleh kongsi2 dengan Nur Alja.. husna x berapa minat sangat adik-beradik Korea nih.. huhu.. setakat nak nyanyi sebab lagu best, boleh sokmo.. =D


Sila terjah beliau untuk lebih maklumat.. Tekan je header tuh.. =)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Blog ini merupakan blog peribadi perkongsian daripada penulis. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pengalaman atau pendapat peribadi, dan tidak melibatkan mana mana pihak kecuali dinyatakan sumber atau nama pemiliknya.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal, dan mungkin berbeza dengan individu lain. Penulis sama sekali tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen dan pendapat yang dilontarkan oleh para pembaca blog ini.

Terima Kasih.