Tuesday, December 31, 2013

Makanan Kuat Daya Ingatan

  
Assalamualaikum w.b.t..


pepagi ni nak bercerita pasal makanan otak.. Ingat kita je ada makanan?? Otak pon ada makanan taw.. Menurut kajian American Dietetic Association (ADA) Bethany Thayer, MS, RD, otak adalah organ tubuh yang paling penting kerana otak adalah organ tubuh pertama yang menyerap nutrisi dari makanan yang dimakan.

Semoga tips yang dikongsi ini dapat membantu anda menajamkan daya ingatan. =)




1. Madu
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat kerana ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental. Manisan madu ini seeloknya diminum 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam. Ia juga boleh dimasukkan ke dalam minuman.

2. Telur
Pakar kesihatan mengakui bahawa telur adalah makanan yang bermanfaat menambah kekuatan otak kerana lengkap dengan protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Bahagian kuning telur penuh dengan kandungan kolin, suatu zat yang dapat membantu perkembangan daya ingatan serta mampu mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda.

3. Kismis
Kismis mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, dan mengalami kelemahan dalam berfikir. Kismis bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja, ia juga boleh dimasukkan ke dalam sajian.

4. Susu
Susu mengandungi protein dan karbohidrat yang menjadi sumber tenaga bagi keperluan otak.. Susu juga adalah yang terbaik untuk ketajaman minda malah berguna untuk kesihatan dan dapat mempertajamkan ingatan, serta membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Sekurang-kurangnya minumlah segelas susu pada sebelah pagi dan malam kerana ia bukan saja berkhasiat untuk merawati kesihatan umum, malah merupakan penawar penyakit lupa.

5. Oat
Oat antara makanan kaya dengan sumber vitamin E, vitamin B potassium, Omega-3, folat dan kalium yang mampu membekalkan tenaga. Oat juga mempunyai kandungan serat yang dapat membantu otak berfungsi dengan baik. Oat boleh dimakan bersama susu panas atau dimasukkan ke dalam pelbagai menu masakan.




Sumber : yahoo




















p/s- pengambilan sesuatu sumber yang berelebihan juga  mampu beri kesan negatif dalam badan..

18 comments:

  1. Kismis boleh telan lagi, oat tu macam err err hehe :)

    ReplyDelete
  2. lima2 bagus utk otak..k.muni dok telan tak pandai2 cmna nie?haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. seiring dengan perbuatan seharian kita jugak ni kak murni..

      Delete
  3. smua tu suka.. cuma oat tu je yg jarang dapat makan..

    ReplyDelete
  4. Kena perbanyakkan makanan untuk otak ni.tq share

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang cakap kuatkan otak dpt kurangkan sifat pelupa di masa tua.. :)

      Delete
  5. suka brokoli.. sangat sangat sedap. anak anak pun suka. moga daya ingatan segar bugar sokmo.

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. hehehe.. baca quran inshaAllah esok time tua ingatan kuat lagi..

      Delete
  7. dlm byk2 tu... ada 2 akk xleh nak telan.. susu ngan oat.. hahahhaa.. yg lain ok jer...

    ReplyDelete
  8. Salam Husna..

    dah jarang mkn kismis & madu.. huhu.. kena praktik semula ni..
    thanks sharing.. :)

    ReplyDelete

Copyright © 2017 husnazahidi
| Distributed By Gooyaabi Templates