Friday, December 27, 2013

Kisah Chenta Cornetto Uda & Dara


Assalamualaikum w.b.t..


Selamat petang!! Perasaan bosan menyengat tatkala keseorangan dalam bilik melayan twitter.. sambil di temani sebiji epal rangup rakus husna habiskan.. serius hari ni lapar nak mengunyah je kerjanya..

Siapa pernah tengok atau layan drama bersiri Kisah Chenta Cornetto Uda & Dara yang bersiar di Astro Ria bulan May yang lalu??

Cornetto Uda & Dara, pemenang contest uda & dara
barisan pelakon

Even dah lama berlalu, tapi husna baru sempat (bukan tak de masa) nak berceloteh, exercise jari kat sini.. mungkin ada yang tak pernah dengar pon kewujudan cerita ni.. tak de masalah, kalau nak taw lebih lanjut boleh rujuk Sinopsis Kisah Chenta Cornetto Uda & Dara..

Kalau nak tengok full episode pon boleh.. cari je kat google ataupun youtube.. bercambah je keluar.. husna plak tengok kat facebook je.. Page Cornetto.. kat rumah tak de Astro..

Orang yang ada Astro pon belum tentu tengok, husna plak gigih tengok kat facebook kejadah cari pasal?? Ntah laa waktu tu husna cuma tengok iklan je kat facebook lepas tu tengok page Cornetto.. diorang siap cakap kalau follow cerita tu dan kumpul mata dengan menjawab soalan mingguan berpotensi menang hadiah menarik..

Jujur husna cakap siapa yang tak nak kalau hanya perlu tengok dan jawab soalan.. kerja senang sangat tu.. lagipon bulan May lepas memang husna free kat umah.. jadi layan jelaa.. husna plak bila dah start tengok satu episode, rasa macam best je lepas tu terus follow.. ada 8 episod je.. spesies cerita yang tak meleret..

Tak sangka dek asyik sangat follow sampai diri tercalon pemenang mingguan.. tuah ayam nampak di kaki, tuah husna Allah yang tentukan.. :) perasaan gembira waktu tu memang tak dapat digambarkan lah.. syukur.. even tak menang tempat pertama.. lagipun melebih la kalau kau nak menang tapi tak sumbang apa-apa kan..

Cornetto Uda & Dara, pemenang contest

Husna dapat baucer makan.. 6 keping baucer Chatime, 3 keping baucer Kenny Rogers Roasters dan 4 keping baucer Starbucks.. rezeki yang datang tak semestinya dalam bentuk wang ringgit.. at least husna, family dan kengkawan (housemates) dapat rasa sorang sikit.. kalau nak beli sesaja memang tak lah.. especially ayam cik Kenny tu, mahal melutut..

Cornetto Uda & Dara, pemenang contest
baucer selamat sampai kat rumah sewa

Sebelum cuti midterm hari tu husna dah sempat habiskan baki 2 keping baucer Starbucks.. tarikh luput 31 dec 2013.. rugilaa kalau tak sempat nak habiskan..

Cakap pasal Starbucks, serius tak kekok masuk outlet diorang ni.. husna suka layanan staff Starbucks.. mesra gila vavis taw.. setiap kali (baru 2 kali) masuk kedai mesti diorang sapa mesra pelanggan.. yang tengah moody tak senyum pon boleh senyum.. diorang buat kita ni macam regular customer sangat.. terbaekk lah!! Hehehe..

Cornetto Uda & Dara, pemenang contest
bila plak nak merasa Starbucks ntah..















p/s- bukan nak menunjuk tapi nak cakap rezeki Allah tu luas.. =) Alhamdulillah..

12 comments:

  1. Tahniah HUSNAAAA!! Bestnya perasaan bila menang kan...hehe

    ReplyDelete
  2. Tahniah. Betul kata husna. Akak ni ada astro.ambik pakej yang seratus lebey tu. Tapi tak tengok pun citer ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak..
      kekangan masa membataskan.. =)

      Delete
  3. tahniah husna.. memang sedap kalau minum starbucks

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi kena pandai pilih flavor jugak husna rasa.. =)

      Delete
  4. tahniah husna. . rezeki yg tk disangka. .

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah rezeki tu.
    ciksu tak pernah tgk pong.

    ReplyDelete
  6. wahh syoknye menang..tahniah yer... dlm ramai2 pelakon tu akk kenal dafi jer.. hihi

    ReplyDelete

Copyright © 2017 husnazahidi
| Distributed By Gooyaabi Templates