Saturday, November 23, 2013

Sesi Melepas Rindu Bersama Mereka


Assalamualaikum w.b.t..


Pagi Jumaat semalam sempat lagi husna dan kengkawan berjumpa.. bertamu di rumah kawan husna, Farhana di Kampung Lindungan Raja, Sedim, Kulim.. kami berempat je yang berkelapangan.. awal rancangan nak berenam, tapi apakan daya lagi dua bertarung dengan komitmen lain..

Seminggu lagi dah plan nak ajak jumpa.. dengan cuaca yang tak menentu sekarang buat kami rasa, jadi ke tak ni?? malam semalam kawan husna, Amalina mesej cakap dya nak plan lokasi ke rumah husna.. sanggup dya dari Serdang drive sengsorang nak ke Sedim.. dah laa singgah ambil husna lagi.. perjalanan tu ambil masa lebih kurang sejam jugak laa.. akhirnya ketemu jugak semua.. syukur~ =)

precious moment

bila dah memasing sambung belajar, peluang nak berjumpa semula sangat la tipis.. jadi bila dah ada waktu yang boleh consider sesuai, memang patot ajak berjumpa.. dah la cuti tak sama.. so memain curi jelaa waktu yang ada..

bukan tak nak soal khabar dari jauh melalui fon atau media lain tapi serius rasa tak puas.. bagi husna lebih baik bersemuka dan sembang lah kau sampai ke lewat petang pon tak pa.. hehehe.. lewat malam tak boleh.. anak dara tak elok balik lewat malam.. =P


walau tak bersua, doaku sentiasa bersamamu wahai sahabat..



Till then!! See ya~ 











p/s- ada jugak yang dah lost contact.. =(

26 comments:

  1. betol2.. anak dara x manis keluar smpai lewat malam.. tapi kami yg lelaki, kalau reunion, buat malam baru layan.. main futsal sampai tengh malam, pastu lepak kedai mamak sampai pukul 4 pagi.. hehehe...

    ReplyDelete
  2. semoga di redhai ALLAH dan persahabatan yang terjalin itu berkekalan

    ReplyDelete
  3. Waahhh..bestnya. Kita pun rindu nak jumpa kengkawan lama. Kawan2 masa kat u. Now dah praktikal. Jauh dari dorang. Rindu. Lepas ni kerja, lagi la susah nak jumpa dorang.


    Btw jom singgah ke blog sy :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. husna pon tak dapat bayang bila nak berpisah dengan housemate hujung sem nih.. =(

      Delete
  4. Memang akan rindu sangat-sangat kepada kawan yang dah lama tak jumpa kan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat!! banyak cerita yg nak dikongsi yang pastinya.. =)

      Delete
  5. eh, lyeen kenal la farhana tu..dia junior lyeen dkt IPG..:)
    wahhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh..kebetulan plak ye.. =D

      skarang diorang tgh bercuti..seronoknyaa..

      Delete
  6. betul tu, bila dh smbung blajr, susah plak bila nk jumpa..emm

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. hahaha.. banyak sejarah kot di sebalik nama kampung tuh..=P

      Delete
  8. memang seronok sangat kalau jumpe kengkawan lama kan.banyak benda nak share..takpelah,jg jumpe pun asalkan keep in touch,..ade mase jumpe lagi kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak.. walaupun tak bersua, tanya khabar itu sebagai pengerat hubungan.. =)

      Delete
  9. mmg ssh nk jupak bila masin2 dh ada komitmen..tu baru komitmen belajar,klu komitmen kawen cam k.muni ni pastu yg ada pun keja tempat jauh2 lagi la tak sempat berjumpa..jumpa dimuka muka sajalah kami..

    time belajar dulu dpt gak jumpa2 kawan cam husna ni,dh kawen n mmasing ada anak mmg non hado..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin bila besar nnti dah ada family, bila jumpa selisih kat memana rasa dah bersyukur sgt kan.. =)

      Delete
  10. Sekarang ni ada berbagai cara utk kita menyambung silaturahim kan husna....

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak!! bergantung pada kita nak guna macam mana.. =)

      Delete