Sunday, September 22, 2013

Info Dalam Malay Baked Chilli Cheese Fries


Assalamualaikum w.b.t..


Boleh tak kalau cerita lama diungkit-ungkit kembali?? Dan sehingga hari ini cerita tersebut tak dapat dilupakan.. siap nak abadikan dalam blog picisan husnazahidi lagi, bukan saja buat tatapan sendiri malah untuk tatapan para pembaca.. kalau cerita tersebut boleh di kategorikan sebagai makanan, muntah hijau lah anda semua.. hahahaha..

Actually kan ini draft yg ke berapa-tak-ingat tersangkut dalam husna punya folder.. dah ada rangka tunggu masa untuk disiapkan.. bila dah siap, rasa macam satu beban berat dah terlepas.. sighhhh~ (ober taw) :3

Resepi : Malay Baked Chilli Cheese Fries

malay baked chilli cheese fries ala-ala hanis zalikha

Rasa macam pernah dengar tak resepi nih?? Alaaa kalau dah rasa diri tu stalker hebat blog kak #HanisZalikha mesti la taw kan.. resepi ni husna angkut dari blog beliau lah.. (nak resepi terjah sini)

time baca, eh stalk blog tersebut hari tu (hari tu di sini bukan bermaksud sehari or dua hari lepas harap maklum) nampak fries tu sangat menyelerakan okay.. dengan leleh-leleh cheese tambah leleh air liur sendiri masakan boleh tolak resepi semudah 123 tu kan..

yang peritnya nak cari cheese tu laa.. 2 3 tempat pergi semata-mata nak cari cheese yang halal lagi sedap.. untuk makluman, tak semua cheese kita sebagai umat islam boleh makan.. kalau dah dari awal datang tanda ragu-ragu memang tak lah jawapannya.. so husna buat sedikit kajian dan google apa yang patut lah..

kebanyakan cheese yg di jual di kedai mempunyai ‘rennet’ dalam kandungannya.. menurut sumber, rennet tak boleh di makan kerana ia adalah organ dalaman seekor anak lembu.. tapi macam mana kalau dah mengidam cheese sesangat yang rasanya boleh mendatangkan kemudaratan pada diri?? (sebab tak dapat makan boleh ada niat nak bunuh diri kot)

emborg mozzarella cheese, microbial rennet

as far as I know, rennet mempunyai banyak jenis.. animal rennet, vegetable rennet and microbial rennet.. dan untuk buat malay baked chilli cheese fries, husna pilih cheese yang kandungannya tertera microbial rennet.. since nak dapat yang vegetable tu amatlah susah..

microbial rennet diperbuat daripada kulat atau cendawan.. selalunya vegetarian akan makan cheese jenis ini.. dan bagi sesetengah vegetarian yang strict, mereka tak kan makan walaupun sebenarnya haiwan tidak digunakan dalam proses pembuatannya..

jadi lepas ni, tak lah ragu-ragu bila nak beli cheese kan.. nak masak selalu guna cheese pon boleh.. hehehe.. =)


that’s all folks!! Jika pembacaan husna belum cukup, harap di perbetulkan..
terima kasih.. =)





Sumber :



18 comments:

  1. Salam husna...

    Amboiii...jarang2 dh update entry..siap ungkis kisa lama ye....kiranya baked tu kalau dah dimasak dulu dulu dulu...nya..dah basilahkan...?hehehe...

    P/s sibuk nak final examkan...bkn minggu ni study week ke...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummussalam kak aida..=)

      hehe..nak wat mcm mna kak, mood nak update hilang tanpa jejak..=P

      yup..tgh study week..=)

      Delete
  2. mmg nmpk sedap husna..tp mozarela ni semua nkkena carik ktpsaraya besar,kt supermarket, kedai runcit n minimarket ada chesdale je kan..entah bila boleh buat..p tesco beli benda lain je,mana smpt fikir nk beli cheese.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe ni pon husna dapat kat econsave time meraya hari tu..cari kat tempat org plak tuh..=P

      Delete
  3. owhh.. entri peram la ni ye.. amboii.. terliur tgk tau...

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. hehehe.. x mampu laa.. kak terjah je link yg husna bg kat atas tu..=)

      Delete
  5. nak sikit boleh !! btw..sebenarnya susah nak cari cheese yang betul2 halal ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe dah habis la kak liza..=P
      sungguh tapi kalau kita was-was baik jangan makan..=)

      Delete
  6. nice sharing.. baru tau. nanti tak yah la susah susah kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..walau tak banyak yg tahu sikit pon jadilaa..asas..=)

      Delete
  7. Good info.. Ehee kak nani jarang amik tau pasal cheese ni. Finally berjaya terjah entri bru kak sini.. Duh.. Lamanye menghilang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..husna takut jugak nak makan kalau ada rasa was2..

      huhu..mood malas nak blog dah mai..-..-

      Delete

Copyright © 2017 husnazahidi
| Distributed By Gooyaabi Templates