Tuesday, August 06, 2013

Iftar Di Puncak Mutiara Cafe, Bukit Mertajam, Penang


Assalamualaikum w.b.t..


Last day berbuka puasa bersama, kami decide nak berbuka aje di luar.. bukan malas nak masak tapi saja ambil peluang nak jenjalan dan memakan di luar.. (dasar suka hati menggandakan kata)
 puncak mutiara cafe, pintu depan

survey punya survey, last-last sangkut di Puncak Mutiara Café, Kampung Pelet, Bukit Mertajam, Penang.. husna pon first time sampai tempat ni.. housemate husna suggest.. dya cakap memang best.. bukan setakat makanan je best, tempat pon tip top.. rasa macam nak berkampung.. kalau boleh, nak je jadi pengembala kambing kat situ.. untung-untung boleh makan free hari-hari.. muehehe..

puncak mutiara cafe, suasana

kitaorg bertolak pukul 4 lepas kelas.. perjalanan antara rumah sewa kitaorg dengan Puncak Mutiara Café lebih kurang 50 min.. tapi kalau dah naik highway, then berdriverkan driver Ferrari, sekejap je masa berlalu.. huehuehue.. lokasi Puncak Mutiara Café memang hulu.. siapa sangka dalam sebuah kampung terletak satu restoran yang bestnya korang tak dapat bayangkan.. dah la atas bukit.. mungkin sebab tu kot nama Puncak Mutiara..


sampai je terus ke kaunter order.. omak ehh~~ nak pilih menu sendiri nak bukak puasa ni pon jenuh.. 10 kali selak menu dari depan ke belakang, belakang ke depan still tak taw apa nak makan.. untuk pengetahuan, Puncak Mutiara Café ni menyediakan makanan-makanan yang luar dari kebiasaan.. kambing, arnab, rusa, dan burung unta.. dan yang paling famous amous kat sini si kambing tu laa.. sebab tu husna puas pikir nak makan apa.. mostly apa yang tersenarai, semua husna tak makan.. nak try tapi takut.. sembarangan makan pon payah jugak kan..


Puncak Mutiara Café menyediakan suasana yang lain dari yang lain.. dari pintu masuk terserlah deretan gazebo yang akan memuatkan para pelanggannya.. belum kira yang atas kayangan, bawah kayangan, tepi tasik.. pilih je mana nak duduk.. selesai je order dan book tempat, kitaorg ke surau.. ni lagi satu kemudahan yang super oh semmm.. boleh tahan suraunya.. siap aircond lagi.. memang puas hati lah..

waktu menunjukkan still awal lagi nak berbuka, so keluar kejap belasah memana tempat nak bertenggek.. pukul 7.30 sampai balik, parking full.. cuba bayangkan pada awalnya parking sebesar alam yg memuatkan 2 biji kereta kitaorg kini tiada lagi.. hebat kan.. Nampak sangat semua lapar nak makan kambing..


Puncak Mutiara Café time malam memang best.. dipenuhi dengan lelampu.. kitaorg pon tak tunggu lama nak nikmati semua tuh.. azan berkumandang je baca doa, terus belasah.. lapar tak menahan la katakan.. dan sungguh apa yang mereka perkatakan.. sedapppp.. kenyang tersandar kite taw..

nasi beriani daging masak hitam, puncak mutiara cafe
menu husna!!  nasi beriani daging masak hitam & ice lemon tea..







p/s- cecuci rumah.. (kata ganda melampau)


12 comments:

assalamualaikum dan hye..
tinggalkan jejak awak di sini..
terima kasih..♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Blog ini merupakan blog peribadi perkongsian daripada penulis. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pengalaman atau pendapat peribadi, dan tidak melibatkan mana mana pihak kecuali dinyatakan sumber atau nama pemiliknya.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal, dan mungkin berbeza dengan individu lain. Penulis sama sekali tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen dan pendapat yang dilontarkan oleh para pembaca blog ini.

Terima Kasih.