Featured

Saturday, August 24, 2013

Open House ala-ala Student


Assalamualaikum..

Salam Hujung Minggu!! lamanya blog tak berupdate.. tengok entry pon dah basi.. orang nak datang jengok tinggalkan komen pon tak lalu.. huehuehue.. sekarang husna tengah ada masa kejap nak update sikit pasal Selasa tempoh hari..

Sebelum tuh nak tanya sikit.. agak-agakkan ada tak student yang rajin buat openhouse untuk rumah sewa diorang??


Siapa sangka kami lah yang rajin tuh.. uhuk.. uhukk..
hehe.. terperasan pulok..


ntah kenapa time bulan puasa lepas rasa macam nak berbbq sangat.. ada orang suggest ajak satu kelas buat bbq.. tapi bila di pikir balik konfem ada yang tak setuju bab-bab nak keluar duit ni kann.. jadi kami decide nak buat openhouse ala-ala student je.. jemput jiran-jiran terdekat, kawan-kawan, lecturer dan yang paling penting kawan kelas..



kawan kelas


kawan kelab


jiran
kami buat makan kecik-kecik je malam tu.. budget pon ciput.. tapi nak jugak berbbq.. muehehe.. menu malam tu ayam dan sosej bakaq, bihun goreng Singapore, bihun goreng biasa, nasi impit, kuah kacang, dan kek batik.. semua handmade.. tak dak tempah menempah dari cik pah taw.. alaaa menu simple je.. masing-masing pon dah taw buat.. kalau tempah jenuh la kami, larik budget nanti..


satu kelas dengan lecturer
Alhamdulillah.. majlis berjalan dengan lancar even sehari sebelum tu kami diberi ayam busuk.. ada ke patut.. hishhh.. bikin panas je.. petang Isnin, kami punya la semangat bersihkan ayam tu kononnya malam tu boleh la perap tapi bila dah habis membersih nak simpan dalam freezer ayam tu dah bau lain.. mujur ada member husna yang taw pasal ni.. dya cakap kalau ayam baru baunya tak mungkin macam ni.. malam tu kami call abang tu tanya, dya nafi tapi dalam waktu yang sama dya sanggup nak ganti.. apa lagi kami mintak ganti laa.. tak kan kami plak nak aniaya orang dengan bagi makan ayam busuk.. tak pepasal jadi benda lain plak nanti..


Selasa pagi ayam fresh sampai.. dan abang tu bagi jugak ayam lama.. dya cakap pilih la kot-kot ada yang boleh pakai lagi.. ada ke patut.. dah taw ayam tu boleh guna kenapa tak dya je yang goreng makan.. kalau korang tengok ayam baru dengan ayam lama warnanya lain ya amat.. ayam lama isi dah naik hijau.. apatah lagi kalau dicium.. oiii loya tak menahan.. husna mohon sangat pada sesiapa yang berniaga tu jangan la nak aniaya orang.. nak berniaga ni lama bukannya sehari dua hari.. tak untung pon kalau menipu dalam perniagaan.. 






p/s-penat nak mati.. 

Wednesday, August 07, 2013

Wordless Wednesday #27


Assalamualaikum w.b.t..


wordless wednesday



star brand, pandan flavour,

di kesibukan menjelang raya









p/s- rak penuh!! 

Tuesday, August 06, 2013

Iftar Di Puncak Mutiara Cafe, Bukit Mertajam, Penang


Assalamualaikum w.b.t..


Last day berbuka puasa bersama, kami decide nak berbuka aje di luar.. bukan malas nak masak tapi saja ambil peluang nak jenjalan dan memakan di luar.. (dasar suka hati menggandakan kata)
 puncak mutiara cafe, pintu depan

survey punya survey, last-last sangkut di Puncak Mutiara Café, Kampung Pelet, Bukit Mertajam, Penang.. husna pon first time sampai tempat ni.. housemate husna suggest.. dya cakap memang best.. bukan setakat makanan je best, tempat pon tip top.. rasa macam nak berkampung.. kalau boleh, nak je jadi pengembala kambing kat situ.. untung-untung boleh makan free hari-hari.. muehehe..

puncak mutiara cafe, suasana

kitaorg bertolak pukul 4 lepas kelas.. perjalanan antara rumah sewa kitaorg dengan Puncak Mutiara Café lebih kurang 50 min.. tapi kalau dah naik highway, then berdriverkan driver Ferrari, sekejap je masa berlalu.. huehuehue.. lokasi Puncak Mutiara Café memang hulu.. siapa sangka dalam sebuah kampung terletak satu restoran yang bestnya korang tak dapat bayangkan.. dah la atas bukit.. mungkin sebab tu kot nama Puncak Mutiara..


sampai je terus ke kaunter order.. omak ehh~~ nak pilih menu sendiri nak bukak puasa ni pon jenuh.. 10 kali selak menu dari depan ke belakang, belakang ke depan still tak taw apa nak makan.. untuk pengetahuan, Puncak Mutiara Café ni menyediakan makanan-makanan yang luar dari kebiasaan.. kambing, arnab, rusa, dan burung unta.. dan yang paling famous amous kat sini si kambing tu laa.. sebab tu husna puas pikir nak makan apa.. mostly apa yang tersenarai, semua husna tak makan.. nak try tapi takut.. sembarangan makan pon payah jugak kan..


Puncak Mutiara Café menyediakan suasana yang lain dari yang lain.. dari pintu masuk terserlah deretan gazebo yang akan memuatkan para pelanggannya.. belum kira yang atas kayangan, bawah kayangan, tepi tasik.. pilih je mana nak duduk.. selesai je order dan book tempat, kitaorg ke surau.. ni lagi satu kemudahan yang super oh semmm.. boleh tahan suraunya.. siap aircond lagi.. memang puas hati lah..

waktu menunjukkan still awal lagi nak berbuka, so keluar kejap belasah memana tempat nak bertenggek.. pukul 7.30 sampai balik, parking full.. cuba bayangkan pada awalnya parking sebesar alam yg memuatkan 2 biji kereta kitaorg kini tiada lagi.. hebat kan.. Nampak sangat semua lapar nak makan kambing..


Puncak Mutiara Café time malam memang best.. dipenuhi dengan lelampu.. kitaorg pon tak tunggu lama nak nikmati semua tuh.. azan berkumandang je baca doa, terus belasah.. lapar tak menahan la katakan.. dan sungguh apa yang mereka perkatakan.. sedapppp.. kenyang tersandar kite taw..

nasi beriani daging masak hitam, puncak mutiara cafe
menu husna!!  nasi beriani daging masak hitam & ice lemon tea..







p/s- cecuci rumah.. (kata ganda melampau)


Sunday, August 04, 2013

Seronok Tinggal di Rumah Sewa Sampai Tak Sedar Diri Ada Blog


Assalamualaikum w.b.t..

nah!! kemain panjang title.. first time ni buat title panjang cenggitu.. ape ingat FL je mampu pepanjang.. husna pon mampu taw.. muehehe..

Apa cerita bulan puasa korang?? hebat tak?? Alhamdulillah dah 26 hari kita berpuasa.. sekejap je Ramadhan berlalu kan.. Untuk kesekian kalinya Ramadhan kali ni husna berpuasa bersama kengkawan di rumah sewa.. sungguh nikmatnya berbeza dengan berpuasa di kolej dulu..

Untuk makluman, husna dah 2 bulan tinggal di rumah sewa, di sebabkan itu husna dah lama tak update blog sampaikan ada yang soal siasat kemana husna menghilang.. kalau nak update pon time cuti balik kampung je.. itupon curi-curi update sebab bila dah kat rumah konfem la nak habiskan masa dengan family ye tak??

alphabet phone chain

Untuk makluman kami bukan berlima atau berenam seperti kebiasaan tapi kami bersepuluh.. hehehe ramai kan?? Sebenarnyakan bagi husna ramai tu pada angkanya saja.. bila di fikir balik ada faedahnya kami bersepuluh.. lagipon rumah yg kami sewa agak besar jadi tak guna kalau tinggal sikit je.. sunyi sepi nanti..

Kami satu kelas, lagi senang nak berurusan.. bila dah ramai macam ni, sifat tolong-menolong paling utama dan usik-mengusik, sakat-menyakat inshaAllah tak melebihi batasan.. pendek kata kalau nak orang jaga hati dan perasaan kita, jaga dulu hati dan perasaan mereka.. =)

nasi ayam homemade

Lebih meriah berpuasa bersama.. selalunya makan, kami akan masak, melainkan memasing dah penat tak larat nak masak.. setiap hari chef pasti berbeza.. itu yang seronok.. siapa cakap org yg tak pernah masak, dya tak taw masak?? Bila hati kuat nak mencuba, bagi je resepi, menjadilaa.. kurang memuaskan?? Komen dari 9 juri akan membantu.. menambah untuk menyedapkan.. siap nanti konfem licin..

Sahur bersama, berbuka pon bersama.. bila time makan, sorang je tak dak pasti rasa kekurangan.. bercerita pasal tugas, kami tak khususkan pada seseorang.. bila kerja ada yg tergendala, memasing pasti ada rasa tanggungjawab nak settlekan.. dan setiap daripada kami ada kelebihan dan kekurangan memasing.. benda macam tu la melengkapkan kami..

terawih, ramadhan

Bulan puasa ni,  2 malam je kami mampu terawih berjemaah di surau.. selebihnya terawih berjemaah di rumah.. sebab malam yang kedua tu, makmum perempuan tak cukup tempat nak solat, siap berhimpit-himpit, kau duduk atas kaki aku, aku duduk atas kaki kau.. nak solat pon jadi x khusyuk kan.. jadi kami buat keputusan terawih berjemaah je kat rumah.. inshaAllah pahala terawih dapat pahala berjemaah pon dapat.. =)

MOGA ALLAH REDHA!!
MENGUATKAN LAGI UKHUWWAH YANG TERJALIN..
AMEEN..






p/s- maaf terpanjang pulak.. =P

Copyright © 2017 husnazahidi
| Distributed By Gooyaabi Templates