Featured

Wednesday, May 29, 2013

Wordless Wednesday #22


Assalamualaikum w.b.t..


Selamat pagi!! =)

wordless, wednesday,


telur, lawak, hiasan telur

manusia mana laa yg rajin sangat nih..
sure lepas tuh rasa sayang nak guna.. =D










p/s-entry ni ditaip pada waktu malam dan di autopublish pada waktu pagi..
sekian, muehehehe~ =D

Friday, May 24, 2013

Setempek di Jari, Merah Berseri


Assalamualaikum w.b.t..


Hye hye hey hellooo~ dah makan malam?? makan apa je?? husna sefamily malam nih santap cekodok jagung.. dengar macam jaga makan je kan.. walhal cer bilang tengok berapa ketol husna sebat.. kalau timbang tara sama jaa kuantitinya dengan nasi.. muahahaha.. XD org lain boleh laa nak diet, kalau husna selagi x puasa x payah nak cakap apa.. pantang sebut dan pantang tengok.. spesies bela hantu raya nih.. >.< kat rumah payah woi nak jaga makan.. *logik gila alasan

pokok inai

Petang sabtu lepas, semasa bertapa di luar rumah, sempat la belek-belek pokok rumput yg kian panjang hasil x payah siram tetap tumbuh segar bugar.. Nampak jugak pokok inai yg baru setahun jagung tapi dah makin meningkat naik.. tinggi je lebih, lebar x pon.. sebab terpaksa berhimpit dengan pokok buah mata kucing.. daripada dya tumbuh tinggi xdak orang pakai, lebih baik husna pakai..

Sejarah husna boleh TERsuka pakai inai nih bermula dari mama husna dalam pantang bersalinkan husna.. waktu mama cerita hari tuh, husna macam like seriously?? yelaa.. tangan baby kan kecik cinonet je.. x rasa macam renyah ke?? mama cerita lagi, waktu tuh paknjang husna kawen.. kawen kan kena letak setempek inai.. so dah dalam pantang kan, memang dah xdak keja sangat, mama pon tempek la sikit masa husna tengah tido.. xnak comot ikatlar plastik..

Husna x nafi, dah besar pon husna memang suka pakai inai.. inai original ok.. bila terbaca ada yg cakap pakai inai nih kena kasik muhrim sendirik je tengok, husna rasa macam.. ermm.. ermmm.. ermmmm.. ish..ada jugak masalah dunia dengan inai nih rupanyaa.. untuk pencerahan mungkin bagi mereka yang tidak tahu pasal hukum pakai inai nih boleh terjah myvoicetou.blogspot.com.. husna rasa x perlu kot nak hurai panjang lebar kat sini.. =)

si kecik pakai inai
mama pakaikan kat anak mengasuh =)

Cakap pasal pokok inai nih lagi, setiap pokok warna merahnya pasti lain-lain.. itu mungkin melibatkan dongeng si org tua-tua.. sebabnya sebahagian daun pokok inai di ambil utk mandikan org bersalin.. wallahualam.. yg husna pasti, inai kalau siap giling atau blender mesti kena cepat pakai, x boleh simpan.. nanti kurang merah.. kira x fresh laa senang cakap.. dan kalau kat kampung, makcik suka letak daun sirih nak kasik merah makngah.. huhu.. waspada, petua nih boleh jadi merah dan boleh jadi hitam.. haha..

si kecik pakai inai
sedikit comot.. sebab x dapat nak bajet tangan dya yg cinonet tuh.. =D

Terima kasih sudi mentelaah..





p/s-bila dah pakai haruslaa satu jari pon x tinggal.. muahahaha..


Thursday, May 16, 2013

Sekuning Puding Kastard Jagung



Assalamualaikum w.b.t..


Selamat petang!! buat apa je?? petang-petang macam ni kalau lepas makan mesti mata rasa berat patplohkilo je kan.. lagi best kalau letak kepala, konfem hanyut sampai negeri China.. tapi demi pembaca setia, husna gagahkan diri ni jugak untuk taip seketul entri buat tatapan.. acewahh~ ngada taw.. :3

Bukan apa, semalam dah janji, siap post kat page lagi cakap tengah taip entri sambil layan HOT FM.. alih-alih mata nih buat hal plak.. dya rasa macam nak pejam sangat-sangat.. berat sungguh lahaii.. bukak movie pon x luak dah.. nak plak waktu tuh idea x mari, bila dah lelap baru sakan dya nak muncul.. debik kang baru ada akai.. -..-

Petang semalam macam biasa, sejak dok rumah membujang eh, menganggur je kan, tiap petang mesti ada santapan untuk di hidang bersama teh o panas.. dan petang semalam husna sempat la belasah buat pudding kastard jagung.. resepi dari ecadwinkyasha. hasil blogwalking tiga minggu lepas.. =D


RESEPI PUDING KASTARD JAGUNG..

Bahan-bahan:
1 cawan tepung kastard
2 cawan air
1 tin krim jagung
1/2 cawan gula
1/2 pek santan *ganti dengan susu cair
Garam

Cara-cara nya:

puding, kastard, jagung
gaul sebati kesemua bahan kecuali krim jagung. dah agak sebati dan santan tak berketul, masukkan krim jagung. kacau lagi sehingga adunan berubah menjadi mesra alam.. *tetiba

puding, kastard, jagung,
Masak atas api sederhana dan gaulkan sehingga adunan puding nampak pekat likat berkilat macam negro berjemur tengah panas tuh.. tempoh ambil masa dalam sejam bergantung kepada adunan anda.. untuk mencapai likat tahap maksima, anda perlulah bersabar tahap maksima juga sambil kacau hingga adunan masak.. sebabnya kalau biar, adunan mendap dan akan hangus di sambar petir..

puding, kastard, jagung,
Dah masak, letakkan ke dalam loyang, dan sejukkan sebelum sedia dimakan.. nak sejuk ni pon kena sabar.. almaklumlah, si chef x bertauliah ni jenis tak menyempat nak tengok hasil.. macam lar sedap sangat.. puihh~ -..-

hasilnya?? boleh makan!! dan mestila sedap.. kalau x sedap mana boleh makan oii.. cuma!! ngeheee.. mesti ada cuma dalam bab-bab chef baru belajar nih adik, kakak dan abang sekalian ye.. cuma puding husna kurang manis.. huhu.. kira kalau sapa yg kawal gila pemakanan dya tuh boleh laa nak makan puding husna ni.. hehe.. mama pon cakap xdela kurang manis sangat.. boleh dah tuh.. husna je rasa macam x cukup.. 


terima kasih sudi baca..





p/s-rajin datang x kira waktu.. -..-

Monday, May 13, 2013

Blog Biru



Assalamualaikum w.b.t..


hai hai haluuu~ wat mende tuh?? tadi kan husna sajalaa usha-usha site nuffnang.. macam biasa status masih lagi Glitterati tapi angka puluh sen tuh nak ubah cukup susah.. rasa macam nak kena bomoh je taw.. -.- x pon bagi dya mandi bunga ke.. silap haribulan boleh sangkut.. muehehe.. =D

apa yg husna tertarik dengan nuffnang kali ni bukan kerana nilai tersebut, malah bukan pada trafik yg macam hidup segan mati x maw tuh, tapi pada keywords yg terpapar.. dah banyak kali husna perasan, setiap kali husna terjah site nuffnang lah ye, ada satu keyword nih sering tersenarai.. husna x pasti macam mana boleh lekat..

kewords, nuffnang, blog biru, husna zahidi
this week

kewords, nuffnang, blog biru, husna zahidi
last week

kewords, nuffnang, blog biru, husna zahidi
last month

Blog biru?? Blog sapa tuh?? blog husna warna oreng.. even sepanjang berblog pon x pernah letak warna biru.. puas pikir siap main masak-masa lah, kat mana wujudnya biru tuh.. 0.o? keyword yg lain tuh ada lar jugak kaitannya.. yg satu nih hairan.. mungkin selamanya akan menjadi tanda tanya.. =D

pernah sekali usha keyword, tetiba tertempek satu keyword yg kurang menarik mata melihat mulut membaca apatah lagi otak memikir..






p/s-agaknya siapa lar yg search blog biru tu kan?? 0.o?

Wednesday, May 08, 2013

Wordless Wednesday #21


Assalamualaikum w.b.t..




lelaki, gagah, angkat, pokok

hebat!! =D






p/s-masih sedang dalam mood bermalas-malasan.. paqah~ -.-

Saturday, May 04, 2013

5 Mitos Tentang Deodorant dan Kanser Payudara



Assalamualaikum w.b.t..


Hai hai haluuu~ selamat hari minggu!! mesti tengah bersenang-lenang tu kan.. ke tengah berdebar-debar nak ngundi esok?? masih buntu nak pangkah yg mana.. org cakap atas pagar laa katakan.. jangan risau, pilihan yg terbaik di tangan anda.. maka esok juga x semena-mena husna terpaksa libatkan diri jadi petugas IT di bangsal panas untuk satu parti ni.. parti mana?? muahaha.. undi adalah rahsia.. walhal x cukup umur lagik nak ngundi woii.. -.-

mitos, deodorant, kanser, payudara

Again!! Petang ni nak up entry mengenai mitos lagi.. kali ni mitos tentang deodorant dan kanser payudara.. seriously, dulu time sekolah menengah banyak sangat desas-desus mengatakan pakai deodorant punca penyebab kanser payudara.. kali ni husna siapkan sedikit pencerahan yg husna baca di yahoo pagi tadi..

Berikut, lima mitos tentang penggunaan deodoran dan antipeluh, yang dipertikaikan oleh pelbagai pihak termasuk American Cancer Society.

1. Deodoran meningkatkan risiko kanser payudara.
Hampir tiada bukti saintifik yang menyokong mitos ini. Beberapa saintis pernah melakukan kajian pada tahun 2002 yang melibatkan 813 wanita yang menghidap kanser payudara dan 793 wanita sihat. Para saintis tidak menemukan kaitan antara risiko kanser payudara dengan penggunaan deodoran, atau dengan kebiasaan mencukur bulu ketiak.

2. Memakai deodoran selepas mencukur bulu ketiak akan menyebabkan bahan kimia berbahaya mudah menyerap ke dalam tubuh dan mengakibatkan kanser payudara.
Jika anda mencukur dan secara tidak sengaja mencederakan kulit ketiak anda, kulit anda berisiko terkena jangkitan. Apabila kulit yang terluka atau terjena jangkitan disapu dengan deodoran, sudah tentu ia akan mengakibatkan kerengsaan pada kulit.  Yang pasti, ia tidak menyebabkan kanser payudara. 

3. Deodoran mengandungi bahan kimia parabens yang mengakibatkan kanser.
Kajian menunjukkan bahawa parabens mengandungi bahan yang serupa dengan hormon estrogen. Risiko kanser payudara memang meningkat sekiranya tubuh terdedah kepada jumlah estrogen yang banyak.  Namun estrogen dalam parabens amat sedikit berbanding estrogen yang dihasilkan secara semula jadi oleh tubuh kita. Fakta lain: parabens tidak hanya terkandung dalama deodoran, tetapi juga dalam syampu, losyen badan, pelindung mentari dan pelbagai produk solekan. Kajian lain juga menunjukkan bahawa parabens boleh dikesan dalam air kencing 99% manusia. Namun hingga kini, belum ada bukti yang parabens mengakibatkan kanser.

4. Antipeluh mengurangkan pengeluaran peluh sekali gus menghalang penyingkiran bahan toksin keluar daripada tubuh.
Tubuh mengeluarkan bahan toksin yang berpotensi mengakibatkan kanser dengan bantuan buah pinggang dan hati, bukannya melalui peluh. Bahan-bahan berbahaya itu disingkirkan melalui air kencing dan najis.

5. Bagi lelaki, risiko menghidap kanser payudara adalah lebih kecil kerana mereka tidak mencukur bulu ketiak justeru bahan-bahan kimia dalam deodoran tidak menyerap ke dalam kulit.
Risiko lelaki menghidap kanser payudara adalah jauh lebih kecil berbanding wanita.  Ini kerana tisu payudara lelaki adalah sedikit berbanding yang dimiliki oleh wanita. Tisu payudara wanita adalah 100 kali ganda lebih banyak justeru wajarlah risiko kanser payudara pada wanita pun 100 kali lebih tinggi. Satu lagi perkara yang menyebabkan perbezaan tingginya risiko kanser payudara ialah hormon.  Jika seseorang lelaki mempunyai kadar hormon estrogen yang tinggi, dia berhadapan risiko lebih besar untuk  menghidap kanser payudara -- bukan kerana bulu ketiak atau pun deodoran. 


berhati-hati macam mana sekalipun kalau Allah dah tetapkan untuk ada penyakit tuh nak cakap apa lagi kan.. =) kalau dah ada tanda-tanda segeralah berjumpa yg pakar.. =)





p/s- entry sangkut berlambak dalam draft..sighh~ -.-

Thursday, May 02, 2013

Anugerah Top Commentators April 2013



Assalamualaikum w.b.t..


Selamat tengah hari!! hari ni dah 2 Mei.. cepat je masa berlalu.. debaran hari mengundi untuk PRU13 pon makin hangat kan.. kat taman husna ni sana sini kenduri bacaan Yasin dan makan-makan.. (faktor badanku semakin mengembang) itu belom mengundi lagi.. tahun ni husna x layak lagi nak mengundi.. baru 20 yunk.. =D apa-apa pon sesiapa yg layak tu, buatlah keputusan yg bijak.. =)

Ok enough!! Entry nih ditaip bukan utk PRU13 tapi untuk readers husna.. especially untuk top commentors blog ni.. hehe.. tenyum tikit.. ("(^_^)") yelaa.. entry penghargaan buat mereka ni.. rajin sangat komen kat blog usang lagi naïf ni kan.. hinggakan tersenarai dalam carta Top 10 Anugerah Top Commentators.. walhal cerita dalam blog ni xdela menarik sangat untuk di tatap.. hanya berkisar mengenai aktiviti harian seorang yg bernama perempuan..




Jutaan terima kasih yg tidak terhingga buat mereka yg sudi singgah blog ni, baca entry husna dan tinggalkan komen yg seronok lagi menasihati.. tak lupa pada silent readers husna.. husna taw ada jaa yg baca tapi saja xmaw tinggalkan jejak takut husna baca kisah diorang tu kan.. muehehe.. taw-taw je esok ada desas desus perihal kisah husna di kemudian hari.. saje lettew.. :3 setiap jejak yg di tinggalkan inshaa Allah husna akan balas.. =)

mari luangkan sedikit masa untuk jejak blog diorang.. =)

  1. Qasehnya Rania
  2. Wirda Amir
  3. Puan Kutu
  4. Ayie Abas
  5. nanieybarnieylurviey
  6. Sharina Elyana
  7. Hanif Idrus
  8. Tirana Aduka
  9. KN
  10. Shakira Pathi






p/s-dah macam menang award je ucapan tu.. -.-‘

Copyright © 2017 husnazahidi
| Distributed By Gooyaabi Templates