Saturday, July 28, 2012

Amalan | 6 Amalan ke Arah Hidup Sihat

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t..

Selamat tengah hari semua.. dan selamat hari minggu!! Alhamdulillah.. sudah hari kelapan kita berpuasa.. xdak yang ponteng lagi kan?? *wink-wink ^^ tetap maintain okeh! *except for special case.. >.< muehehehe~

tengah hari nie husna terasa nak share something dengan awak, awak dan awak semua.. mungkin ada yang dah tahu sangat dengan amalan-amalan macam nie DAN ada jugak yang tidak kan.. nak plak sekarang nie tengah bulan puasa.. haruslar ambil tahu cara pemakanan kita.. 



1. Pilih makanan yg pelbagai dan tidak tertumpu kepada sejenis makanan sahaja. Ini disebabkan makanan yg pelbagai membekalkan nutrien dan khasiat berlainan yg dperlukan tubuh.

2. Sebaik-baiknya, pilih masakan yg tidak dimasak dengan santan. Seelok-eloknya, ambil makanan yg dimasak secara kukus atau panggang. *owh..how I love mummadekari so much! >.<

3. Hadkan kuantiti sesuatu jenis makanan yg diambil. *yg nie tgh berusaha sekuat yg mungkin.. especially, junk food yg masam-masam.. dahlar pantang tengok benda masam n masin nie..

4. Elakkan mengambil minuman manis yg terlalu kerap terutamanya minuman berkarbonat. Sebaik-baiknya, minumlah air kosong. *air kosong dah sebati dgn husna, melainkan kalau makan kat kedai.. xkan nak order air kosong..

5. Hadkan kuantiti pengambilan kuih-muih kerana hampir kesemua kuih muih yg dihidangkan diadun menggunakan marjerin, telur serta gula. 

6. Jika sukar mengawal selera makan, minumlah segelas air kosong kira-kira 10 minit sebelum makan. Ini dapat membuatkan perut terasa penuh dan mengelakkan makan berlebihan. *dan menurut sumber, ia juga dapat membantu proses penghadaman dan pencernaan kita.. =)

*sumber : dara(dot)com edisi ogos '12

Tuesday, July 03, 2012

sesi memanjakan lappy kesayangan


Bismillahhirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t..

sesi menaip di waktu petang.. mood rasa mengantuk jee.. nak plak tengah hujan rintik-rintik nie.. tilam dengan bantal macam ber'hantu'.. -.-'  tapi mata nie sengaja tahan sebab nak habiskan study sikit pasal statistic (QMT 181).. ura-ura ada quiz esok.. nasib mata nie mampu bertolak ansur.. malam nanti sibuk dengan sesi videoshoot plak..  

kelmarin dan hari ni dekat uitm husna ada salesgirls mana tah dok mai promote barang-barang yang berkaitan dengan laptop.. letak harga siap tulis potongan harga lagi.. harga dari RM20 turun jadi RM15.. RM10 jadi RM5.. saja nak mengaburi mata pelanggan kan.. ceit! ingat kitaorang xtaw ke.. 

lecturer husna pernah bagitaw taktik penjual nak gamit pelanggannya.. sengaja diorang kurangkan harga beberapa percent then pamer bagi pelanggan nampak.. rasa macam murah sangat lar.. walhal sebelum diorang turunkan harga tersebut diorang dah naikkan harga berapa kali ganda tah.. tapi bukan semua macam tu ye..

dalam waktu yg sama husna sempat lar belek-belek nak hadiahkan untuk lappy kesayangan nie.. JUST untuk keperluan ye.. bukan kemahuan.. memandangkan laptop husna ada dua lubang je untuk muatkan USB, sumbat cooler, sumbat mouse dah x boleh nak sumbat yg lain.. e.g; printer, pendrive and so on.. oleh yg demikian lah, husna beli USB HUB.. murah je KOWT.. RM15..


then sesi memanjakan tuan nya haruss lar kan.. ngehee~ :D 


beli kat kafe hari tu seketul 40 sen.. kecik tapi guna harga macam besar.. ceyhh.. disebabkan kegeraman melampaui batas, mintak tolong roomate beli time dya balik langkawi minggu lepas.. satu pek 25 unit.. cuma RM8.90.. murahkan.. muehehe..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Blog ini merupakan blog peribadi perkongsian daripada penulis. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pengalaman atau pendapat peribadi, dan tidak melibatkan mana mana pihak kecuali dinyatakan sumber atau nama pemiliknya.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal, dan mungkin berbeza dengan individu lain. Penulis sama sekali tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen dan pendapat yang dilontarkan oleh para pembaca blog ini.

Terima Kasih.