Featured

Friday, May 11, 2012

Masak | Tuna Roll Rangup


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t..


selamat petang jumaat semua.. jumaat penghulu segala hari.. petang-petang cenggini kalau tidoq memang syiokk.. nikmatt~ lepas tu malam berjaga sampai ke subuh plak kan.. dah tu mata pon lebam macam panda.. haha.. tapi tidur lepas asar nie x elok ye.. otak boleh jadi gila kalau cukup 40 hari berturut-turut.. bahaya tuu..

untuk makluman, baru-baru nie husna ada buat sandwich yang lain sikit.. main gulung-gulung plak.. husna amek resepi dari che mat gebu dalam blognya Dapur Tanpa Sempadan.. nama resepi kali nie agak berbelit sikit nak sebut.. maw tergeliat lidah nie.. Tuna Roll Rangup.. 

resepi nie memerlukan serbuk roti.. *someone dah sebut serbuk roti as pasir..-.-' dah ada lebihan serbuk roti dalam peti ais so husna pon try buat.. x pernah lagi makan ikan tuna cap ayam brand yang dalam tin tu.. pergi kedai main belasah beli jaa.. balik gulung-gulung.. goreng buang 2 bijik.. bagi family jamah sorang sikit.. ibarat tester lar nie.. haha.. juri kata sedap baru kita gulung lagi.. hehe..




BAHAN INTI :

1 tin ikan tuna, toskan
1 biji bawang besar saiz sederhan, didadu kecil
2 pokok kuchai @ 3 helai daun bawang, hiris halus *husna guna daun bawang
1 1/2 camca besar mayonnaise
Serbuk lada sulah secukup nya
Sedikit jus lemon *xguna pown

BAHAN2 LAIN :

2 biji telur, dipukul sedikit dengan 1 camca besar susu air dan secubit garam
7 - 8 keping roti sandwich Gardenia
Serbuk roti secukupnya, mat guna kaler oren kekuningan
Sos cili + mayonnaise, kacau rata..

CARA MEMBUATNYA :-)


1. UNTUK INTI :- Satukan semua bahan2 untuk inti, kecuali jus lemon, gaul rata dan perah sedikit jus lemon dan kacau rata, rasa dan jika ok, ketepikan.
2. UNTUK TUNA ROLL RANGUP :- Canai sedikit roti sandwich tadi hingga leper. Ambil 1 camca besar penuh inti dan ratakan pada 2/3 bahagian roti, sapu telur pada bahagian depannya.
3. Gulung kemas dan ketepikan. Telur tu umpama gam dia. Buat kaedah sama pada baki bahan2 hingga siap. Kemudian celup dalam telur tadi dan golek atas serbuk roti hingga semua bahagian bersalut rata. Ketepikan dan buat hingga siap.
4. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan, angkat, tos dan letak atas beberapa kepingan paper towel. Kemudian kerat dan hidangkan ikut gaya masing2 bersama sos cili + mayonnaise. Selamat mencuba untuk semua....

and satu lagi bahan penyedap.. sos cheeze dari diancheezedotcom.. ^^V
serious rasanya sedap.. dah macam rasa kat KFC dah..




Terima Kasih~

Masak | Bergedil



Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t..

Selamat pagi readers!! Pagi nie sarapan apa?? Hari nie husna nak tukar selera, makan bihun goreng plak.. selalu sangat bernasi lemak, naik muak dah.. tapi sarapan apa pon x kisah kan.. yang penting sarapan tu haa.. sarapan tu penting ye untuk energy kita di pagi hari.. x susah, sekeping roti pon dah cukup.. =)

Untuk pengetahuan, husna dah buat bergedil yang di rancang sangat lama actually.. buat petang ahad yang lepas tapi pagi nie baru sempat taip dan publish post berkenaan.. huh~ hampir seminggu.. -.-‘ sibuk kalah PM haishh~ *PM-pendamba mawar mungkin..:D

Sibuk, sibuk jugak.. blog mana boleh tinggal, hehe.. anyway, bergedil tersebut di adun menjadi sangat bagus ye.. dan sudah tentu sedap di makan.. hee~ mama husna siap pesan ‘esok akak boleh buat lain nie’.. hehe.. kembang semangkok sat.. =..=’



Husna copy resepi dari ciktomdotcom.. terima kasih ye ciktom.. =) husna ingat lagi first time buat blog, blog pertama yang menjadi perhatian ialah blog ciktom.. haha.. ciktom banyak share info mengenai blog.. x rugi follow blog ciktom.. so cepat usha sana..

Bahan-bahannya:

500 gram kentang (direbus dan dihancurkan)
200 gram daging kisar [*husna guna daging ayam kisar]
2 biji telur (dipukul) [*husna guna sebiji je..]
½ cawan bawang goreng
2 tangkai daun sup (dimayang halus)
2 tangkai daun bawang (dimayang halus)
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu besar tepung jagung
Garam secukup rasa
Secubit bahan perasa [*x letak..bahan xdak]
Minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara-caranya :

1. Gaulkan semua bahan-bahan bergedel daging sehingga sebati kecuali telur dan minyak.
2. Bentukkan adunan supaya menjadi bulat dan leper.
3. Celupkan adunan ke dalam telur yang telah dipukul.
4. Gorengkan adunan bergedel yang telah dicelup dengan telur ke dalam minyak.
5. Goreng sehingga garing kekuningan dan angkat serta toskan minyak.
6. Sedia untuk dihidangkan bersama mee sup, nasi air, makanan lain yang disukai atau makan begitu sahaja dengan sos cili.



Mudah je kan?? 
Selamat Mencuba! ^^V





Terima Kasih~

*update! terlupa letak picture td..huk3..

Copyright © 2017 husnazahidi
| Distributed By Gooyaabi Templates