Friday, December 28, 2012

Salam Jumaat | 8 Amalan Murah Rezeki



Assalamualaikum w.b.t..


Selamat petang!! tengah buat apa je?? menggoreng kat dapur ea?? semenjak dua menjak nih minum petang kami sekeluarga asyik di hidang dengan cucur cempedak.. haa.. cakap lagi kempunan.. abah ngan mama dah pergi amek kat kebun arwah tokwan berbiji-biji.. =P tapi petang nih xnak buat korang terliur lak dengar cerite nih.. lain tahun sila terliur sekali lagi ye.. =D


Fokus!! husna nak up entry 8 Amalan Murah Rezeki.. diketahui umum rezeki Allah datang dalam pelbagai bentuk.. tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit, boleh jadi kesihatan, pekerjaan, dan lain-lain.. Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperoleh rezeki dalam pelbagai bentuk yg boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.. =)

Beribadah à telah di nyatakan dalam hadis qudsi Allah yg berfirman ; “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jikka tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

Banyakkan Beristighfar à Sabda Nabi SAW : “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

Berbakti dan Mendoakan Ibu Bapa à Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah SAW berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambah rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.

Tinggalkan Perbuatan Dosa à Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih berbuat dosa. Dosa bukan sahaja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi SAW : “dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

Tunaikan Hajat Orang Lain à Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi SAW : “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya, maka Allah akan menunaikan hajatnya....” (Riwayat Muslim)

Berpagi-pagi à Menurut Rasulullah SAW, berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

Menjalin Silaturrahim à Nabi SAW bersabda : “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya, maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

Amal Kekal Berwuduk à Seorang Arab desa menemui Rasulullah SAW dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah.  Baginda SAW bersabda : “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

sumber : Dara(dot)com


dan sedikit sedikit sebab mengapa rezeki susah nak masuk dari Ustaz Don Daniyal..





46 comments:

  1. amboi sedapnya cucur cempedak..hehe
    nice entry dear...kita kena tmbhkan amalan dr masa ke smsa..brulah rezeki mudah nak dtg dgn kita...insyaallah..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..nak ke?? meh nak pos sikit..=D
      terima kasih..in shaa Allah..hati pon tenang kan..=)

      Delete
  2. Semoga kita semua mendapat manfaat dari perkongsiaan ini...

    ReplyDelete
  3. Terima Kasih Atas Perkongsian ini...:D

    ReplyDelete
  4. Angin perut nati banyak makan cempedak...hehhe!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh..boleh rebus makan lar..=P
      ada org siap buat masak lemak cili api..haha..

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. mungkin nama sama dan alamat hampir sama dgn husna.tu yg ta tanya..jgn marah erk.nanti kena jual tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yakaa..xlah..husna ada satu ni je..=)
      x marah pon..hehe..x salah kan nk tnya..=D

      Delete
  8. Salam...azie singgah sini....ahaks...moga murah rezeki saya dan awk husna...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkumsalam..terima kasih azie..=)
      in shaa Allah..Ameen~

      Delete
  9. nice entry
    semoga jadi pengajaran dan tauladan bersama
    alhamdulillah :-)

    ReplyDelete
  10. salam husna :)

    aik mcm mana ayie boleh tertinggal entry yg ni..adehhh rugi nyer

    besar betul manfaat entry nih...amat2 berguna pd kita semua..terima kasih husna :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkumsalam..=)

      haha..terlepas pandang lar tuu..xpaa..

      alhamdulillah..husna pon rujuk yg lebih mengetahui..=D

      Delete
  11. so ekarang kene rajin2 bersedekah ni.. :)

    ReplyDelete
  12. janji Allah kalau memberi sedekah konfom dibalas belipat kali ganda. tapi berapa ramai ambil kesempatan ni untuk "melabur". kalau tak dapat di dunia, akhirat dapat.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin manusia x nampak ganjaran akhirat nnti..wallahualam~ =)

      Delete
  13. perkongsian yang bermanfaat... mari lah kita sama2 amalkannya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak ruha..
      in shaa Allah..jadi dorongan buat kita semua..=)

      Delete
  14. nice sharing dear :) semoga kita dimurahkan rezeki :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih!! =)
      in shaa Allah..Allah Maha Pemurah..

      Delete
  15. kebanyakan org sekarang suka sebut yg no dua tu.cmna nak ada duit klu asyik cakap takde duit jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul!! betul!! husna pon perasan jugak..dan pernah jugak buat..=P

      Delete
  16. assalamualaikum husna....menariknya perkongsian yang ini...terimakasih ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkumsalam kak wirda..
      alhamdulillah..terima kasih kembali..

      Delete
  17. Lapar cempedak plak dah!!! :)

    Thanks sharing husna.. Sling ingat mengingati. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aiyokkk..maaf lar kak nani..haha..=P

      sama-sama..husna sekadar berkongsi..=)

      Delete

assalamualaikum dan hye..
tinggalkan jejak awak di sini..
terima kasih..♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Blog ini merupakan blog peribadi perkongsian daripada penulis. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pengalaman atau pendapat peribadi, dan tidak melibatkan mana mana pihak kecuali dinyatakan sumber atau nama pemiliknya.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal, dan mungkin berbeza dengan individu lain. Penulis sama sekali tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen dan pendapat yang dilontarkan oleh para pembaca blog ini.

Terima Kasih.