Tuesday, November 27, 2012

menjawab soalan kalian


Assalamualaikum w.b.t..


selamat tengah hari.. ✿◕‿◕✿ sedang asyik melayan lagu dari siaran radio HotFM, husna baru tersedar yg hari tu berikutan entry sebelum ini, ramai yg tertanya-tanya apa itu pokok putat?? 

nampak buah putat?? 


sebelumnya minta maaf ye, sebab husna baru je tengok pokok putat sejurus ke kampung garok hari tu.. apatah lagi memakan buah putat atau pucuk putat itu sendiri.. bila tengok Mariam Kampung Putat baru-baru ni husna sendiri tertanya-tanya apa itu pokok putat?? 


jadi husna pon tanya mama husna.. *of course tanya mama sebab itu sumber yang paling dekat.. hehe.. beritahunya, pucuk putat dan buah putat sering dijadikan ulam.. apa rasa mereka husna sendiri xtahu, sebab x pernah makan.. 




Daun Putat berbentuk bujur, panjang dan tebal. Tepi daunnya bergerigi kecil. Urat daun boleh dilihat dengan jelas. Pangkal daunnya menirus dan bertangkai pendek. Daun muda di bahagian pucuk lembut dan berwarna merah keunguan. Manakala daun yang matang berwarna hijau tua dan tebal. Pucuk Putat lembut dan biasa dibuat ulaman, kerabu atau perencah laksa.
sumber : pahitjadiubat



Buahnya boleh diparut untuk dibuat jus minuman ataupun ditampalkan pada bahagian muka bagi melicinkan kulit. Akar Putat yang direbus dan diminum air rebusannya dipercayai boleh mengurangkan keputihan dan menghilangkan ketagihan dadah. Akar Putat juga boleh menyejukkan badan kerana ia mengandungi saponin.

sumber : fazlisyam.com




p/s- harap menjawab soalan kalian.. ✿◕‿◕✿

12 comments:

  1. terjawab sudaa.. tp still xpuas hati sbb xdpt tgk dpn mata n sentuh.. blik kg nnti nk try tnye la org2 tua. hehe

    ReplyDelete
  2. mcm baru tgk cerekarama tentang pucuk & buah putat ni he he he

    ReplyDelete
  3. @nanieybarnieylurviey haha..selalunya mcm tulaa..xpaa2..kat kg mesti ada punya..=)

    @Kesuma Angsana yelaa..cita Mariam Kg Putat..=)

    ReplyDelete
  4. daun tu hana pernah tengok. rasanya pernah makan kot. pahit sangat2. tol x?

    ReplyDelete
  5. okay takpernah jumpa pulak, sekarang baru tahu :)

    ReplyDelete
  6. ni buah rare ni..xpenah jmpa selama idup..hehe

    ReplyDelete
  7. ayie pernah dengar nama putat tu sebelum nih..husna...

    tapi btknya x berapa perasan sangat..skrg maru ayie tau rupanya mcm mana... :)

    terima kasih pd husna...:D

    ReplyDelete
  8. first time dengar dan jumpa . . .

    erm boleh kurangkan ketagihan dadah ..

    mesti dalam medical ade guna benda ni kan ..erm . . .Ilmu Allah tu luas

    from:-

    Fariz Reza Dot Com

    ReplyDelete
  9. goood info
    tertanya tanya amenda buah putat ni
    xpenah dgr sblm ni

    ReplyDelete
  10. akakpun tak pernah tgk pokok ni tp pucuknye tu adalah nmpk kat pasar.

    ReplyDelete
  11. pernah makan ke tak ye..? tak tahu... hihi..

    ReplyDelete

Copyright © 2017 husnazahidi
| Distributed By Gooyaabi Templates